Saturday, March 10, 2018

Reviu Hotel Hard Rock Penang 2018

Sejak aku kahwin, kami tak pernah lagi arrange sebarang holiday berdua apatah lagi bila dah bertiga ni. Memang tak pernah honeymoon tau! Jadi bila baby dh besar sikit, aku ajak suami lepak hotel dekat Penang walaupun satu malam. Kenapa Penang? Sebab lepas lepak hotel, nak terus balik rumah nenda yang berdekatan jugak dan sebab nak layan makan sedap kat situ. Anak aku ni pulak, memang tak biasa dengan pool lagi. Jadi eloklah kami stay kat hotel yang ada kemudahan pool.

Jadi aku pilih Hard Rock Hotel Penang sebagai tempat lepak kami. Satu-satunya hotel Hard Rock dalam Malaysia. Yang dekat KL dan Melaka tu, cuma Hard Rock Cafe aje. Tiada hotel. Selalunya rate satu malam dekat hotel ni dalam RM800 tapi sebab ada promotion dalam online, harga bilik termasuk dengan segala caj, dalam RM400. Tapi tanpa breakfast. (Sebab lupa masukkan!) Aku dah bayar siap-siap secara online jadi, masa check in tu terus bagitau nama je.

Masa dekat kaunter check-in sementara staff HR tu nak sediakan dokumen dan kunci, ada complimentary drinks dari diorang. Air oren campur nenas kalau tak silap. Sedap oiii! Dah dapat kunci terus bergegas ke bilik, tak sabar nak tengok keadaan bilik macamana. Tapi itula, excited sangat sampai terlupa nak snap gambar bilik. (Padahal memang jenis masing-masing malas nak bergambar, kalau salah sorang tk ingatkan).

Kami dapat bilik yang menghadap pool, yang menghadap pantai tapi sebab kami dapat menginap di tingkat yang rendah jadi tak dapat nak tengok sunrise. RUGI!

Welcome greetings dekat screen TV

Sambut anniversary sebenarnya. Hehe *blush*

Toiletries yang disediakan. Wangi gilaaaa. Memang rembat bawak balik

Ni view dari balkoni bilik kami

Malam tu, kami layan dinner dekat Hard Rock tu sendiri. Sebelum datang, elok buat reservation jugak, nak elakkan tunggu tempat. Kami saja nak merasa menu yang ada dekat situ. Sedap weh! Portion pun besar. Suami kenyang gila, nak suruh abiskan bahagian kita pun tk mampu. Burger je pun!!!


Original Legendary Burger

Twisted Mac, Chicken & Cheese

Dapat lagi kek anniversary. hehe!

Belanja hangus untuk makan dalam RM100 termasuk discount 10%. Mana nak dapat 10% discount tu? Masa nak buat bayaran, sebut nombor bilik. Jadi dia dah ada rujukan. 10% discount tu pun boleh diguna pakai dekat kedai baju dia. Kami ni memang tk biasa makan tempat macam tu, tapi memang lain perasaannya bila sambil makan, manager akan check samada kita happy ke tidak dengan menu tu. Kalau staff dia hantar lambat, diaorg akan cepat-cepat minta maaf, dimana aku tk perasan lambatnya tu sebab dok melayan perangai anak. Sambil makan, sambil layan lagu. Itupun masa tu, stage baru nak setup band.

Pagi-pagi, kami dah melayan pool dengan anak. Sadly, anak sejenis tak boleh terima lagi mandi pool. Jadi mak ayah jela yang dok amik turn, untuk berkubang. Mak ayah pulak yang tk boleh move on nak keluar dari pool tu.

Sebenarnya, banyak lagi fasiliti yang korang boleh guna. Boleh check dekat website dia. Tapi dek kekangan masa, pool aje yang kami sempat layan. Konon nak bawak anak pegi main dekat kawasan budak-budak pun tk sempat. Pegi pantai pun tak sempat. Apakahhhhhhh~!

Macam biasa, check out jam 12 tengahari. Rasa tk puas stay, macam nak mintak extend sehari lagi kat suami tapi bila teringat janji dekat nenda, yang nak balik haritu jugak, kemas jela walaupun berat hati. Mungkin suami perasan riak muka kita yang sendu tu, suami kata nak repeat lagi tahun depan bila ada kelapangan. Kononnya nak buat rutin tahunan. So kalau camtu, kita request Hard Rock Hotel jugak tapi kat negara lain la kan. Hahahah!

Next time, aku bagi komitmen lebih sikit untuk gambar-gambar buat tatapan eh. Aku sendiri rasa sendu tengok koleksi gambar kami. Ngeh-ngeh-ngeh.

Macamana pun, akak bagi 4 bintang!


Image may contain: food

No comments:

Post a Comment

Kongsikan apa yang awak rasa! Positif atau tidak, aku tak amik kisah!
Share your thought! Positive or negative, I really don't mind!