Tuesday, January 23, 2018

Suami kumpul medal MDCC NYE Fun Run 2017

Selamat tahun baru semua walaupun hari ini sudah hari yang ke-23 menjenguk tahun 2018. Hehe. Orang kata, "Better late than never"!

Haritu aku ada kongsikan yang aku ada terlibat dalam virtual run, untuk kumpulkan medal. Cik suami kita ni pun tumpang cemburu, sebab tak melibatkan beliau sekali dalam acara virtual run tu. Jadinya, di saat terakhir, dua hari sebelum tahun baru, beliau sertai 'Fun Run', yang kebetulan nya belum tutup penyertaan.

Jadi sempat lah juga beliau kumpul sekeping medal sebagai koleksi. Alahai cik suami, itu pun nak dicemburukan. Tapi cemburu bagus ni. Cemburu yang sihat, yang positif.

Ikutkan hati nak juga sertai tapi setelah berfikir panjang, lebih baik sekiranya aku berpeluk-peluk, bermanja-manja dengan anak daripada bazirkan cuti untuk pergi 'run'. Hehe. Lagipun, malam tahun baru, tentu sesak sini sana. Lewat pula nak ambil anak dekat pengasuh nanti.

Jersi yang diberikan oleh pihak penganjur

Fun Run yang cik suami sertai, adalah MDCC NYE Fun Run (Mutiara Damansara Commercial Centre, New Year Eve). Acara ini adalah acara tahunan yang dilansungkan setiap kali malam tahun baru. Jumlah kilometer adalah lima (5) sahaja. Tak jauh mana tapi bagi siapa staminanya yang tak padu, semput juga.

Acara dimulakan pada jam 8.30 malam. Dianggarkan dalam tempoh sejam, acara patut tamat.

Bagi cik suami, beliau berjaya habiskan lariannya dalam tempoh setengah jam. Untuk pelari pertama, berjaya habiskan larian lima (5) km tersebut dalam tempoh lapan belas (18) minit.

 Medal Finisher yang diberikan kepada pelari yang berjaya tamatkan lima (5)km

Sebaik saja tamat larian tu, cik suami berlari pula untuk pulang ke rumah, gara-gara malas memandu ke tempat acara yang berlansung. Dalam jam 10, dah pun sampai rumah. Itulah cik suami kita, kalau datang tekadnya, diusahakan begitu sekali. 


Wednesday, January 03, 2018

Cari kerja dekat IKEA Damansara

Dulu aku pernah share cara-cara nak shopping dekat IKEA ni, iaitu secara walk in. Walaupun taklah begitu membantu, tapi aku rasa ramai jugak yang tak familiar dengan sistem belian dekat IKEA ni. Kali ni aku nak share tentang cara-cara nak apply kerja dekat IKEA ni. Banyak benefit yang kauorang boleh enjoy apabila jadi pekerja IKEA ni. Antaranya:

1. Staff discount
Dah kerja dekat dalam IKEA, mestilah boleh dapat diskaun kan. Merasalah kauorang shopping barang dengan menggunakan staff discount sampai penuh rumah. Masa tu, tetamu datang pun, "Wow, perabot Ikea la!" Mesti bangga sampai lenguh pipi nak senyum.

2. Cuti bersalin
Bagi pekerja wanita, anda diberikan selama empat (4) bulan cuti bergaji untuk meraikan kelahiran tersayang. Puas hati kan? Dahlah boleh bermanja dengan baby, lepas tu gaji masuk macam biasa. Phewww!

Untuk pekerja lelaki pula, diberikan selama dua puluh lapan (28) hari cuti bergaji. Syok kan. Sambil belek anak, boleh belek bini. Eh.  jaga bini. Alhamdulillah.

3. Gaji ke-13 bulan
Selain dari insentif, pekerja juga layak mendapat gaji yang ke-tiga belas (13) bulan. Diberikan semasa bulan Disember. Yang mana ada anak nak masuk sekolah bulan Januari, memang tak payah nak sesak nafas sangat fikirkan duit belanja nak masuk sekolah tu. Untuk yang bujang, masa ni ramai yang ambil kesempatan untuk kahwin atau beli gadget.

Banyak lagi benefit yang disediakan tapi kalau dedahkan semua, tak syoklah. Sebab kalau diikutkan, selalu saja ada 'suprise' dari Ikea yang tidak ditetapkan dalam buku. 

Kalau kauorang nak apply kerja kat IKEA ni, boleh apply melalui website, www.ikea.com.my

Nanti dia akan keluar macam gambar bawah ni.


Dah sampai kat website macam ni, fokus. Jangan pulak sibuk nak belek barang-barang perabot, pinggan mangkuk apa semua. Skrol ke bawah sampai jumpa bahagian Working at IKEA.


Ada tulis Jobs available kan? Klik situ. Lepas klik, dia akan pergi ke satu halaman yang ada pencarian. IKEA bukan ada kat Malaysia je, seluruh dunia. Kalau rasa nak apply kat Jepun ke, Sweden ke, boleh cuba. At your own risk. Sekarang ni aku tunjuk kalau kauorang nak apply kerja dekat Damansara. Jadi, taip Damansara. 



Tadaaaa! Dia akan tunjukkan hasil kerja carian. Kalau rasa sesuai dengan jiwa kauorang, apply. Kalau tak, jangan susahkan diri. Sekiranya ingin apply, kauorang kena daftar akaun, untuk kauorang upload resume dalam tu. Resume, sijil, gambar dan sebagainya. 


Selain dari apply secara talian (online), kauorang boleh cuba tinggalkan resume di kotak yang disediakan, berhampiran dengan Swedish Shop (bagi cawangan Damansara) atau, boleh juga sertai walk-in interview.

Setiap Rabu, jam dua (2) petang sehingga empat (4) petang.

Ok, setakat ini saja perkongsian aku. Selamat mencuba dan selamat maju jaya!

Agak-agak kalau ada yang mencuba, lepas tu nak letak nama reference tu siapa, letak nama Hamirza Johari okeh! Hahaha!

Ni bukan main-main, ni serious. Tak tipu! Letak Hamirza Johari. Pandai-pandai lah diorang nak cari Hamirza Johari tu siapa.

Kalau kauorang berjaya masuk ke dalam Ikea ni, InsyaAllah kauorang akan happy dengan persekitaran kerja kecuali kauorang tu tak boleh ngam dengan pelanggan. Itu memang tak boleh nak buat apa. Dan jangan lupa cari aku bila dah berjaya masuk kerja. Siapa yang berjaya cari aku, aku belanja makan dekat restoran. Hehehe!



Wednesday, December 27, 2017

Virtual Run: Run 4 Malaysia

I was thinking that previous entry will be the first and last entry for 2017. But sadly no! Eh, sad ke? Hahaha! Yela, baru terjumpa balik dengan mood blog, jadi elok kita teruskan dan gunakan sebelum mood tu hilang balik.

Bertahun-tahun yang lepas, Cik Azira Aziz ni gemar masuk Run. Tak ingat kenapa dia begitu berkobar-kobar tapi lepas tu, dia terpaksa stop atas sebab kesihatan. Masa tu, dia ada ajak aku join. Bukan tak minat tapi mood belum sampai. Nak masuk Run tu, badan kena fit sikit, tak boleh la semborono nak join walaupun setakat 5KM. Kang semput, menyusahkan pihak event nak jaga kita pulak. Kasut khas untuk Run kena ada. Takkan nak pakai converse. Lagi-lagi pulak, sejak ada anak kecik, kena fikirkan lebih pasal hal dia. Ni semua sejenis komitmen kau tau.

Tapi hati nak jugak kumpul medal Run. So macamana?

Aku join Virtual Run!

Mula-mula, aku cari link-link Run ni. Dari situ, cari event yang offer Virtual Run. Maknanya aku boleh buat 'Run' aku sendiri bila-bila masa, selagi dalam tempoh event.

Jadi ni my first and last medal for this year 2017.


Untuk event ni, aku cari dekat Race X Asia. Dari situ aku browse cari event yang sesuai dengan kehendak dan keadaan aku. Apalagi, cari keyword 'Virtual Run'. Register, buat bayaran dan RUN!

Untuk Run 4 Malaysia ni, cuma perlu selesaikan walk/run sejauh 7KM ikut laluan sendiri dengan menggunakan sebarang apps yang boleh tentu ukur jauh walk/run tersebut. Untuk event yang ni, boleh kumpulkan jarak KM dan tak semestinya selesaikan pada waktu yang sama.

Tapi for my side, sehari pun dah lebih 7KM dok berjalan dalam ofis ni. So mission accomplished!

Oh ya, selain dapat medal, dapat Bib dan jugak T-Shirt.


Cantik jugak kan T-Shirt ni! No 1187? Will be the luckiest number for me to try 4D? Hahaha! 

So I am looking forward for next event.

Anak pun dah besar sikit, cuti pun dah reset ke normal balik. Boleh start slot cuti untuk actual run pula! Kan!!! 💋💋

Thursday, December 21, 2017

Entri pertama dan terakhir 2017

Beristigfar apabila mula sedari entri terakhir di blog ini pada bulan Mei tahun 2016. Dan sekarang, tinggal beberapa hari lagi, hampir menjengah tahun 2018.

Dengan itu, mudah bagi aku jika aku rumuskan saja apa yang aku dah lalui dan kecapi selama tidak mencoret di sini.

Aku masih bekerja di syarikat yang sama sejak tahun 2015. Belum lagi ada rezeki untuk dinaikkan sebarang pangkat. Lagipun awal Disember 2016 tu, aku dengan gembira, menikmati cuti bersalin selama 5 bulan. Jadi hanya pada bulan Mei, baru mulakan tugas. Tak sempat nak tonjolkan kelebihan diri. Malah kerap pula ambil cuti untuk temankan anak. Hehee.

Hubungan aku sesama mertua, so-so je. Bukan tak cuba nak perbaiki, tapi ada masa, aku tak mampu untuk berbaik sangat dengan mertua. Bila terlebih baik, ada pihak yang akan terasa. Aku akui sejak berumahtangga ni, tak mudah untuk senangkan hati semua pihak. Masing-masing pentingkan diri sendiri, tapi tak fikirkan perasaan kami yg sebagai anak menantu ni. Aku dan suami cuba untuk bersikap adil antara kedua keluarga. Tapi seadil mana kami buat pun, masih lagi ada perasaan syak wasangka. Yang keluarga sini mengandaikan keluarga yg sana mendapat layanan lebih. Keluarga sana pun mengandaikan sedemikian. Padahal macam la kami ni keluarga yang ada-ada sangat untuk melebihkan wang ringgit sampai kenyang pecah perut.

Kawan aku yang sorang tu, namanya Azira Aziz pun tak kahwin lagi sampai sekarang.

Eh! Terupdate pasal tu pulak.

Malas plak nak update pasal lain.

Tapi yang aku tau, ada Magnum Cafe kat IPC Shopping Centre. Kalau tak dapat aiskrim kat situ, dapat aiskrim Snickers kat BIG pun ok dah!