small advertisement

Sunday, September 13, 2015

Luahan rindu

Angah, sorry. Suddenly, meza rasa rindu dengan angah. Dan bila pikir-pikir balik, lama dah kan kita tk bersembang. Sekarang ni, kalau bercakap pun, sebab hal orang lain, or pasal duit.

Dulu, masa angah belum kawin, single mingle, rajin jugak angah bawak balik piza dari ipoh untuk meza. Asal tau angah nak balik je, meza tunggu piza tu. Hehe. Then masa angah kawin pun, meza busy body dengan angah masa tu. Meza taula busy body, sibuk la nak mengacau. Lepas je angah kawin, seingat meza, angah still stay serumah dengan mi. Then, masing-masing pindah ke Ampang. Rumah pun tak jauh, mengadap belakang, selang beberapa unit. Masa tu, meza tk stay dengan mi lagi, still dok dengan tok dan arwah wan. Pernah jugak terpikir, sesaje nak pi umah, tapi tktau pulak nak buat apa. Dan ada masa-masanya, angah ade jugak ajak makan sama kat luar, bawak meza jalan-jalan naik kereta walaupun keliling taman je. Masa tu, Akmal kecik lagi.

Angah extend rumah, angah satu famili dok umah mi. Meza pun masa tu dah pun dok dengan mi rasanya. Masa tu, tkde kisah ape pun tapi sikit sebanyak dah rasa jurang. Being anak tunggal, yes, i was seeking attention from all the family members. Jadi bila ada akmal, so glad ade little brother. Tapi satu benda yang meza ingat sampai sekarang, ingat nak seronok-seronok celebrate my birthday, arwah wan pun jemput akmal dari rumah nenek. Tapi end up, kat umah, ade benda tak puas hati. Sebab "kidnap" Akmal without her known. Meza makan piza sambil nangis. Sedih. Sebab rasa macam meza punca malapetaka tu.

Lepas tu, arwah wan dengan tok, dah taknak amik Akmal lagi kat umah nenek. Takut ada orang mengamuk tak tentu hala. Dahla, perangai jenis tarik muka dan tak bertegur satu famili.Jurang makin terbentuk.

Masa angah stay kat umah mi dulu, kerap jugak kita makan sekali especially masa berbuka puasa. Quite fun sebab rasa close balik. Tapi ntah nape, kadang-kadang boleh rasa your wife didn't prefer to dine with us. Did you realize, arwah wan dengan tok selalu makan hati dengan your wife. Tapi takleh cakap ape, sebab diorang menumpang je kat umah angah masa tu. Dan sebab tu, arwah wan ngan tok rajin tido kat umah mi walaupun sempit dari umah angah tu.

Masa meza dapat keputusan PMR, arwah wan ade tanya meza, nak amik course ape. Meza nak amik mechanical, sebab want to be like you but end up amik civil. Hmm, ok lagi sebab still in engineering. Lepas SPM pulak, ingat nak sambung mechanical jugak. Tapi end up, dengan mechatronic. Masa tu seriously, ape ke bendela course ni, tapi oklah ade jugak mechanical nye. Sebelum meza start masuk U, meza ingat lagi, angah ajak makan dekat KLCC and give some pocket money untuk sambung belajar tu. I think, that was the last time kita makan sama dekat luar.

I still try to make the gap closer with your family, tapi  ntahlah. Ade je benda yang jadi gosip, benda yang jadi fitnah. Did you know, tok mengamuk gila bila someone informed her, yang adiknya nampak meza kat desa pandan? Padahal meza kat perlis. Dalam kelas. Cakap betul pun, tok was-was lagi. Haih.... Lepas tu, ada orang report, nampak meza kat KLCC masa weekend. Meza ngaku meza kat KLCC masa tu, dan samalah jugak dengan orang tu. Takkan dia boleh nampak meza kat klcc klau dia kat rumah. Unless rumah dia pun kat KLCC. And yang nampak meza tu pun, younger than me. U get what i mean kan? Bab buruk-buruk, cepat-cepat cari dan dipersoalkan.

Dan i know, she taknak anaknya kalah dengan meza sampaikan pernah keluarkan statement, "kalau tak dapat 5A untuk UPSR, jangan mengaku anak mama". Wow, sampai that extend. Meza seriously tak rasa pape pun kalau your children cemerlang dari meza, sebab they have enough love, care, belajar pun kat sekolah swasta. Meza? Ape ade? Lack of everything.

To be continue



















Hilang

Semalam, macam-macam dok melintas-lintas dalam fikiran, nak share dalam blog. Sekarang ni, hilang pulak.

Haih.

Maaf ye