small advertisement

Friday, April 03, 2015

tolong lepaskan dia untuk hidup berdikari

Ni kisah pasal kawan aku, dia tinggal sekali dengan mak dan abang dia.

Dia mula kerja selepas SPM. Ada peluang untuk sambung belajar tapi mak dia suruh kerja je, sebab bagi mak dia membazir sambung belajar sebab tak pasti apa gerentinya keja yang boleh dapat lepas grad. Lagi-lagi abang dia bagi contoh yang kurang elok bila abang dia tak tamatkan belajar. Kot?

Sejak dari mula kerja sampai 8 tahun kemudian, dia masih belum pernah pegang gaji 100% dalam tangan dia sebab mak dia yg pegang gaji. Dia cuma dapat duit belanja hari-hari (RM10 sehari) dan mungkin extra untuk dobi baju ke, main futsal ke, tambang taxi pergi keja. Tapi kalau pasal hal pakaian ke, yang lain-lain yang mungkin nampak bukan keperluan adalah suatu pembaziran.

Tambang teksi tu pun sebab bila time-time mak dia tk dapat antar dia pegi keja. Oh, dia ada lesen, boleh drive malah ada extra satu keta kt umah tapi mak dia tk percaya dia. Lebih baik bagi keta tu kat abg dia, yang tk keje tetap, banyak melepak seharian kat umah.

Sekarang ni, sebab banyak benda dah naik harga, mak dia taknak bagi duit teksi dah dan mintak dia pergi keje naik bas. Hmm, ape guna gaji dia tu? Sebulan maybe spending dalam rm300-rm400 je. Ada balance rm1200 lagi betul ke simpan? Bila nak beli kete asing, "is ok, mom can send u to work selagi nyawa ada." But now complaining, "i cant send u, pls belaja susah"

Takyah kira Rm1000 simpan sebulan selama 8 tahun. Kita cuma kira RM1000 sebulan untuk 3 tahun je. Sepatutnye ada RM36,000, or plus minus ada masa beli handphone dan 'emergency' yg tk emergency sangat tu, kita agaklah RM30,000 patutnye. Tapi realiti, cuma ada RM10,000. Opps, mana lagi RM20,000?

Well, mak dia yang pegang gaji, anak keje buta-buta je. So biarlah mak yang spending kan dgn mewahnya. Beli TV, beli perabot, beli aircond, shopping, karaoke, bagi duit ngan pakwe pastu mention, "ouh, this is all yours" Tapi bila nak tengok TV, bila nak on aircond, is no-no. Only mak dia yang boleh pakai.

Is it fair enough?

Si anak dh umur 25 tahun dah pun, tk boleh ke bagi dia merasa sendiri gaji dia and biar dia decide nak bagi berapa monthly kat mak dia? Bila dia nak belajar tanggungjawab tentang belanjawan bila mak dia anggap macam budak kecik lagi?

Itu just sentuh pasal hal gaji, not mentioning pasal hal-hal kat umah lagi. Abg dia tk keja, banyak meluangkan masa kat umah, but resist to kemas umah or at least umah dalam keadaan kemas. Yang si adik ni, balik kerja dah kena bebel, rumah semak padahal sama-sama balik dengan mak dia dari tempat kerja. Yang si adik ni, penat kerja. Kerja dia pulak bukannya bersenang lenang terpacak jadi promoter atau jawab call je kat tempat keja. Si adik buat kerja angkat barang, pasang barang, check stock, uruskan projek. Banyak pakai kudrat, banyak pakai otak. Tapi nak jugak disuruh adik yang buat kerja. Dhla awak bagi duit belanja sehari RM10. Ingat cukup? Dengan awak sendiri jarang masak kt umah.

Adik bagi duit, adik yang kerja, adik juga yg kena jadi bibik?
Abg?

As a friend, sikit sebanyak tumpang bengang. But who am i to sound mak orang kn? I'm outsider. Always been outsider, even how close I am dengan that family. Even how I been accepted by the family.

Aku selalu doakan yang baik-baik untuk family dia walaupun hati sakit menengoknya. Aku selalu berharap Allah lembutkan hati mak dia dan terima kenyataan bahawa anak dia bukan lagi anak kecik dan lepaskan untuk anak dia hidup lebih tenang dan puas hati dengan keputusan sendiri. Bukan lagi bawah telunjuk mak nya supaya tkde penyesalan dan ungkitan di kemudian hari.

Geram aku ni tahap nak menangis kesian...











No comments:

Post a Comment

Hello!