small advertisement

Friday, April 10, 2015

Cara-cara nak shopping kat IKEA versi lebih senang

Sebelum ni, ada letak entri pasal cara-cara nak shopping kat IKEA, tapi nampaknya ramai yang rasa leceh dengan cara tu. Well, IKEA amalkan konsep DIY, memang cam gitu la.

Sebenarnya senang je pun nak shopping kat IKEA nih. Tapi dengan syarat, kena ada camera phone di tangan. Wajib oh!

1. Bila sampai kat IKEA tu, masuk dari main entrance ye. Untuk amik idea beli barang apa, unless memang korang dah tau barang apa nak beli, boleh la terjah melalui cashier pun. Sebab ada yang terus ok je bila tengok barang kat website tu.

2. Tengah jalan-jalan ni, nampak barang berkenan yang dok display. Sila snap gambar barang atau snap gambar price tag dia.

contoh price tag. ada nama, detail, harga, nombor artikel dan lokasi barang

3. Nampak tak yang tag merah tu? Kat situ ada tulis, self serve area, maknanya kena amik barang kat situ. Kalau tag kuning, korang boleh order kat pekerja dia.

4. a) Tag kuning - 
Order tu macamana? Lambat dapat ke? Sebenarnya, order tu, maksudnya korang place order kt pekerja dia, dan diorang akan bagi invoice (valid untuk tarikh tersebut sahaja), dimana selepas korang buat pembayaran, baru order tu akan diaktifkan untuk pekerja IKEA collect untuk korang. 
Contoh barang yg kena place order: katil queen & king, sofa, kabinet dapur, tilam queen & king

Boleh self collect ataupun home delivery.
Untuk self collect, lepas pembayaran, sila singgah di Merchandise Pick Up yang berhampiran dengan Customer Service untuk collect. 
Untuk home delivery pulak, lepas pembayaran, sila ke Home Delivery Counter, pun berdekatan dengan Customer Service dan Merchandise Pick Up counter untuk bagi details seperti nama, alamat dan nombor fon dimana akan dihantar dalam tempoh 3hari dan ada kadar tertentu dikenakan mengikut kawasan, lebih-lebih lagi di luar daerah.

b) Tag merah - 
Sila terus ke destinasi yang dipaparkan. Kalau self serve, self serve lah. Kalau markethall, markethall lah. Nanti tak pasal, tercari-cari kat tempat yang salah. 

MARKETHALL - selalunya barang-barang kecik ada kat sini. Contoh: periuk, gelas, curtain, bantal, cermin, lampu, tong sampah, karpet, bingkai gambar

SELF SERVE - 75% perabot-perabot ada kat sini. Contoh: rak kasut, almari buku, almari baju, kerusi, meja makan, meja ofis, katil bujang, tilam bujang. Kat sini, perabot dah dipek dalam kotak, bukan dalam bentuk display. Dan sini memang stail amik sendiri ya walaupun tengok barang tu macam besar gedabak, berat cam gajah untuk amik sendiri. Tapi percayalah, elok dah diorang susun kotak-kotak tu untuk kesesuaian pembeli. 

Macamana nak cari barang? Refer balik dekat gambar yang korang snap pakai phone tadi. Ada details kan, rack mana seksyen mana. Dah jumpa lokasi, compare pulak nombor artikel. Sama ke tak. Kalau takde stok ke takde barang kat lokasi, boleh tanya dengan information counter.

Pekerja memang ada kat situ, tapi diorang cuma bantu pelanggan yang ada kurang keupayaan seperti warga tua, perempuan mengandung, orang ketidakupayaan, perempuan yang shopping sorang-sorang. Sebab kat situ kan konsep amik barang sendiri. Kena paham tu.

Jangan pulak, ada yang komplen, "eh, kami perempuan. takkan amik sendiri."
Dah tau datang shopping almari, barang-barang berat, bawaklah kawan laki ke, abang ke, boifren ke, suami ke. Jangan datang dengan kawan pompuan je. Tula gunanya diorang tuh. Tapi kalau bawak lelaki pun, untuk display je buat pe. Tak gentleman la camtu. (sila jangan pilih orang cam ni buat kawan, buat malu je. Nyah pun larat angkat tau)

Awal Ashaari selalu shopping kat IKEA, dan dia angkat sendiri. Bukan setakat Awal la, Nabil ade, Fazura ade, Wati Elite pun selamba je angkut barang sendiri kat Self Serve tu. So jangan nak QUEEN sangat tau.

Eh, terkomplen plak.

6) Cashier sedang menunggu sebelah korang semua puas shopping. Hehe. Sebelah je ngan department self serve tuh. Nak cari ATM? Lepas counter cashier tu, ada ATM CIMB, Maybank dengan Alliance Bank. 

Ok, Sekian!

*dinasihatkan mind set yang tempat tu macam kat pasaraya groceries macam Tesco tu semua okeh. Pekerja IKEA takkan berkepit dengan customer masa beli barang. Sebab konsep SELF SERVICE/ DO IT YOURSELF!

*kalau macam pening-pening jugak, mcm "apa bendala aku baca ni syaiton", makanya korang upahlah PERSONAL SHOPPER. Biar diorg susah-susah buat kerja, bagi info ada barang lagi ke tidak dan korang tunggu di rumah sajok!







No comments:

Post a Comment

Hello!