small advertisement

Friday, April 10, 2015

apa jadi selepas kuasa R.A.H.M.A.N?

#kali ni tentang politik

Teori aku pada hari ini, saat ini.

Kita selalu diwar-warkan dengan teori R.A.H.M.A.N. sejak beberapa tahun lepas. Jadi apa akan jadi selepas di bawah kuasa N?

Aku bukanlah peminat politik, malah sebelum ni pun aku jarang nak amik tahu tapi sejak awal tahun lepas, sejak kehilangan pesawat MH370, aku mula amik berat dengan hal negara. Taklah sepenuhnya tapi mula la nak busy body sikit.

Aku kagum dengan semangat rakyat-rakyat Malaysia sebab keprihatinan, sikap togetherness walaupun kita tk kenal satu sama lain. Dan dalam tahun lepas, banyak jugak malapetaka yang melanda negara, dan kita, sebagai rakyat Malaysia, cuba jadi cool, tak panik malah memberi bantuan fizikal dan moral sesama rakyat. Alhamdulillaj, sungguh lah aku merasa kagum dan bersyukur.

Namun, kecelakaan yang menimpa negara seperti seolah tiada hentinya. Mungkin kecelakaan diberi untuk diuji kepada seluruh rakyat samada mampu bertahan, mampu bersatu atau diingatkan untuk kembali kepada yang Satu setelah ramai rakyat jelata yang leka melakukan suruhannya yang wajib tapi bangga melakukan perkara yang sunat. Mungkin juga kecelakaan ni sebenarnya didedikasikan kepada kerajaan, untuk memastikan samada kerajaan itu benar-benar kukuh atau tidak.

Wallahualam.

Berbalik kepada teori RAHMAN, aku merasakan mungkin selepas kuasa N, parti politik yang selalu dipercayai dan dibanggakan itu tak dapat lagi menjaga Malaysia. Rakyat jelata akan mula beralih arah ke parti politik yang lain walaupun diragui tujuan dan objektif parti politik tersebut. Kerana apa? Kerana rakyat jelata sudah puas memberi peluang kepada parti politik yang pernah hebat suatu masa dulu di bawah kuasa M.

Aku rindukan zaman di bawah kuasa M. Walaupun negara dilanda kemerosotan ekonomi pada tahun 1997, aku tak pula dengar orang tua dalam famili komplen berhari-hari, perbelanjaan harian mahal. Tapi sekarang, perbelanjaan hari Isnin boleh dibebelkan seminggu lamanya. Nanti jangan ditanya pulak kenapa rakyat Malaysia ramai dapat penyakit sakit jantung apa semua ye.

Banyak kebanggaan lagiyang diberikan oleh M. Tahun 1998, negara yang kecik comel ni, dikenali seluruh dunia kerana mengadakan sukan Komanwel yang prestij dan merupakan tuan rumah negara Asia pertama. Masa tu rakyat tak komplen sangat pun, duit negara dibelanjakan ke arah tu. Sebab rakyat Malaysia termasuk makcik-makcik dengan nenek, seronok bangga Malaysia kenal. Stadium Bukit Jalil tu pun masih digunapakai sehingga sekarang. Tak membazir okeh. Masa tu, baru berlaku kemerosotan ekonomi pada tahun sebelumnya tapi mampu bangkit untuk mengadakan sukan komanwel tu. Hebat kan!

Zaman kuasa N apa ada? BR1M? Bukan semua orang boleh rasa pemberian BR1M tu. Itupun yang mana yang betul-betul miskin, dapat sama nilai yang miskin ala-ala kadar. Itupun kalau tengok gaji asas yang nyata, menepati kriteria untuk terima BR1M. Tak kira pulak ada yang buat side income dan dapat duit beribu-beribu sebulan tapi takda payslip dan tak istiharkan kat Lembaga Hasil. Tapi masih lagi boleh terima BR1M tu. Dan baru-baru ni, dengan kurang kecekapan sistem dan staf, ada penebus BR1M menebus lebih dari sekali untuk tahun tersebut. Sebab tu ramai rakyat yang tak sokong BR1M ni. Nampak ketidakadilan tu.

GST tu? Lain yang dikempenkan, lain yang jadi. Kalau dulu gaji RM2000, mampu simpan RM100 sebulan tapi sekarang, belum tentu mampu simpan RM50 kecuali lah rakyat tu sendiri kena kurangkan perbelanjaan harian. Mungkin kurangkan duit belanja mak, tak perlu langgan insurans, mula bawak bekal ke tempat kerja, tak perlu lagi bawak anak-anak melancong (dalam negara pn tk mampu, apetah lagi luar negara), duduk rumah pun jangan pasang elektrik. Duduk dalam pelita. Konsep berjimat cermat la katakan.

Macamana pun, elok kita bagi peluang kepada kerajaan. Cuma diharap kerajaan mampulah nampak peluang yang diberi tu. Menghargai peluang yang ada tu. Jangan nanti dikemudian hari menyesal. Dan merayu-rayu untuk mintak peluang lagi.

Last but not least, aku sayang Dr M.



No comments:

Post a Comment

Hello!