small advertisement

Thursday, April 02, 2015

1 April

Setiap tahun, 1 April ditunggu untuk buat prank sesama kawan tapi kali ni, seluruh rakyat Malaysia tak nak menghadapi 1 April 2015, kerana tak yakin dengan sistem GST kerana, rakyat dh disogok dengan perasaan, selepas GST dilaksanakan, semua harga barang akan naik dan sekurang-kurangnya 6%.

Tapi, bukan semua, malah Honda dah pun mengumumkan penurunan harga bagi kenderaan di bawah jenama mereka, kerana tidak dikenakan lagi SST yg lebih tinggi dari GST itu. Namun, majoriti harga barang yang digunakan seharian, tidak mengalami penurunan harga.

Sebenarnya, bukan nak sentuh pasal hal GST sangat cuma nak menyibuk viralkan perkataan GST ni. Yelah, sana sini sibuk memperkatakan GST.

1 April, sempena GST juga, aku telah update status di FB berkaitan hutang dan perlu ke aku kenakan tambahan 6% sebab selama aku pinjamkan duit tu, aku tk pernah kenakan bunga walaupun setiap tahun aku yang dikenakan bunga dari pihak perbankan selama 3 tahun yg lepas.


Dan mestilah orang yang berkaitan melenting tapi tidak bagi wifenya, yang mempunyai adab sopan lebih baik dari suaminya tu. Si suami menjanjikan bayaran 8hb sekiranya aku request cash dan kalau nk segera, dia boleh issue cheque. Manakala wifenya pulak, terus menjanjikan cash deposit pada hari yang sama. Cuma dalam tempoh perbincangan berasingan antara suami dan juga isteri (asing-asing), ada ayat-ayat yang masih sempat dilontarkan untuk menyakitkan hati aku. 

Dan selepas wifenya dah deposit amount ke dalam akaun aku, segera suami isteri informed aku (pun asing-asing), yang mana yg suami bersikap sarcastic dan yang isterinya pun cuba informed dengan cara comel-comel. 

Macamana pun, aku tak terima sebarang ucapan terima kasih untuk hasil pertolongan tu. Yelah, orang tk kenang dh hasil pertolongan tu malah menganggap sebagai beban sebab kita ni selalu mintak dengan dia. Kita memang kena mintak hutang dengan peminjam sebab andainya aku mati dulu, dan aku tk halalkan, dia pun tkda inisiatif nak bayar balik, maka berjawablah dia dengan Tuhan di akhirat kelak. 

Andainya dia mati dulu dari aku, dan aku mintak dari ahli keluarganya tapi ahli keluarga taknak percaya kat aku yg dia berhutang dengan aku, tergantunglah rohnya antara 2 alam.

Macamana pun selesai sudah urusan aku dengan dia. Alhamdulillah. Dan aku doa, harap dijauhkanlah aku dari bersua muka dengan dia dan famili lagi kalau bertujuan untuk mengherdik diri aku lagi



No comments:

Post a Comment

Hello!