small advertisement

Tuesday, March 24, 2015

pendendam

Kebelakangan ini, aku mulai perasan yang sebenarnya hati aku adalah pendendam. 

Selagi aku tak terasa hati dengan orang tu, selagi aku rasa ok dengan kerenah dan perangai orang tu, keadaan semua ok. Mungkin aku tak ingat lansung, ada salah orang tu dengan aku. Sikit pun tak. 

Tapi sekali aku dah terasa hati, sekali aku dah ingat kata-kata sumbang yang pernah kau lontarkan kat aku, sepuluh tahun lagi pun aku boleh ingat. Dalam tempoh tu jugak, selagi aku tak dapat apa-apa ucapan maaf ataupun kau maintain perangai macam tu lagi, memang sikit pun aku tak diskaun perasaan dendam tu.

Aku hati fragile. Cakap maaf betul-betul, tak buat lagi dah, aku boleh lupakan silap kau. Senang je nak pujuk tapi jangan diambil kesempatan pulak.

Hanya kerana aku berlembut, hanya kerana aku masih cakap seperti biasa dengan kau, hanya kerana aku masih melayan karekter kau tu, tak bermaksud aku masih ok dan suka dengan kau tau. Sebab aku percaya kifarah. Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah dan balasannya. Samada sebenarnya untuk aku ataupun kau sendiri.

Aku harap kau jangan nak ulang perangai bodoh kau lagi. Sesuka hati nak melenting, sesuka hati nak melantang, sesuka hati nak ngamuk. Ikut rasa, binasa kau tau. 

Dan jangan kau cakap kau selalu ingat Tuhan tatkala lidah kau mudah memaki hamun orang sekeliling kau seperti kau tiada Tuhan. 

No comments:

Post a Comment

Hello!