small advertisement

Wednesday, September 24, 2014

Si Kucing Lara

Semalam, 23hb September, bawak Lara jumpa veterinar. Ada luke-luke kecik kat belakang leher dia. Mula-mula kecik je, tapi sekarang dah merebak.
Sebelum Lara kena check, doktor vet tu akan timbang dulu, pastu check temperature. So far, berat Lara dah pun 3.2kg. Padahal baru genap setahun bulan ni. Patutla berat semacam je. Dah dekat sama berat dgn beras selalu dukung. Hehee.

Lara as usual suke buat perangai. Takut pe benda tah ngan doktor vet ni. Padahal doktor vet ni cantik kot. Hehe. Actually, takdela meroyan bising cuma kaki tu standby je nk lari jauh2. Tangan plak nk capai panjat badan kita nih. Kuku tu tkyah cite, standby dh dalam mode cakar. Adela kot bunyi-bunyi sedih. Kita ni,kenala comfortkan dia, taknak pulak sekarang dh luk-luka, kang ade plak tragedi patah kaki ke ape nanti pulak.

Lepas check, doktor vet bagitau, tu cuma fungus je. Kalau bahasa kita-kita ni, jerawat sebenarnya. Hahahaa. So takde ape nak risau. Lara stress je tuh, sbb tu naik banyak kat badan. Bole berjangkit jugak dengan manusia, cuma bergantung antibodi tu tahan ke tak. Kalau lemah dan stress, sila berjaga-jaga.

Doktor vet bagi ubat makan, untuk bagi kurang stress dan baik balik macam selalu. Kalau tak, samada makin merebak atau bulu banyak gugur dan boleh botak. Is a no-no okeh. Not agree. Kalau Lara botak, abislah saham. Macamana nak ngorat kucing baka Maine Coon. Hahaha! Gigih nak jodohkan Lara dengan baka Maine Coon nih.


Somehow si Lara ni, pandai tengok kamera. Kalau mood baik, dia nampak je kita bawak keluar henfon nak snap gambar, dia dok diam-diam sambil tengok kamera. Kalau mood tak baik, japgi, dia buat perangai main-main, tengok tempat lain la, jalan-jalan, lompat-lompat.

Nanti-nanti story pulak pasal pertemuan pertama dengan Lara ni. Rezeki tuuuuuuu! Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment

Hello!