small advertisement

Friday, August 29, 2014

mengimbas kehidupan lalu

Bersyukur sangat kerana masih hidup di bumi Allah pinjamkan ini.

Semalam, masa on the way pulang ke rumah, tetiba teringat pasal blog ni, terasa betapa rindu nak mencoret sesuatu, perasaan hati dan segalanya seperti masa-masa lalu. Tanpa meneruskan coretan, aku pun mula menyelak entri-entri yang 3-4 tahun lepas.

Ok-ok. Intro atas nak bagi sedap je, yang sebenarnya pencetusnya adalah dari komen di instagram.

Sebenarnya, tengahari semalam, aku ada upload gambar selfie yang terbaru. And actually, aku amik masa jugak untuk upload gambar selfie aku sebab aku rasa macam muka makin melebar, senang hati lebih agaknya. Tapi ntah camne semalam, confident lebih, snap-snap, trus share kat instagram tanpa pakai filter pun.

Petang, ada seseorang komen, 'meza potter heheh'.

Mula-mula aku blur, lepas tu, baru teringatkan Harry Potter, relate nya dengan aku adalah kerana parut di dahi. Kelakar bila diingatkan setiap kali aku ditanyakan soalan penyebab parut tu. Antara soalan popularnya, "Adakah disebabkan bergaduh dengan boifren sampai kena tetak?" *masa 1st time kena tanya macam ni, memang terkejut sendiri, sebab berfikir-fikir, teruk sangat ke gaya parut tu. bahahaha!* Lepas tu, soalan kedua fames, "Parut tu sebab jatuh tangga ke?" *yang ni bagi aku cam logik sikit* Tapi bila aku jawab, sebab eksiden kete, masing-masing tak nak percaya. Tapi Alhamdulillah, aku masih di sini.

Lepas baca komen tu, aku pun cuma reply, 'eh, bole bikin new hash tag ni! bahaha!' sebab aku memang clueless, nak jawab apa. hahaha!

Masa tu, si dia kat sebelah aku, terus teringat nak godek cari gambar fresh lepas eksiden, kat blog. Rasa macam pernah upload je. And yes, memang ada upload. Tapi versi suci. Takda yang versi gothic cam tu. Hehee! Serta-merta tunjuk ngan dia, "ni ha, gambar lepas eksiden aritu" Gaya macam show off tak? Ha, ade kan sikit?

Dah membelek gambar tu, terus membelek entri yang lain. Serius rindu diri aku yang dulu jugak. Sebabnya, aku rasa diri aku 5-6 tahun yang dulu, adalah orang yang lebih tenang, lebih tahu menghargai kehidupan walaupun duit poket tak seberapa, punya lebih kawan, dan lebih bebas dari sekarang ni.

Sekarang, bukanlah tak bersyukur dengan apa yang ada, cuma kehidupan sekarang, lebih kepada mendambakan diri kepada kerja dan duit. Kerja untuk selesaikan hutang, curi-curi simpan duit untuk holiday, curi-curi simpan duit untuk shopping diri sendiri, yang selesa cuma ada duit untuk makan yang sentiasa diingin di hati.

Aku mula rasakan mencoret, walau macamana tak teratur dan huru hara pun, tetap dapat meredakan hati yang gelora walaupun secalit.

No comments:

Post a Comment

Hello!