small advertisement

Tuesday, June 17, 2014

adik ipar bonda

Tadi aku nampak status kat fb dari adik ipar bonda, tentang kecemerlangan anaknya menamatkan pengajian untuk 'foundation', dan akan menyambung 'degree' pulak lepas nih. Perkara benda yang terlintas dalam hati, "Takpala, mak ayah ada duit banyak, cukup keperluan nak belajar".. Tiba-tiba aku insaf sendiri, sebab seolah-olah masa yang sama pertikaikan nasib dan takdir aku.

Aku pernah tersentak dulu, bila diperli dan diherdik belakang-belakang, sebab aku tak memilih kerja ikut kelayakan aku, dan betapa aku membazir duit dan masa untuk sambung belajar dulu. Betul, orang nampak aku membazir duit dan masa tapi rezeki kerja aku bukan di dalam bidang yang aku belajar. Nak pergi merayu berlutut mintak kerja berkaitan dengan aku belajar dulu supaya masa dan duit tu berbaloi? Bukan semua perancangan berjalan lancar tanpa izinNya.

Dulu, suami dia pernah tawarkan, kerja sementara dengan syarikat dia. Aku fikir, kalau aku terima, sempatlah jugak aku ambil experience, lagi-lagi berkaitan dengan bidang belajar dulu. Tapi, aku mula dengar suara-suara tak 'best', tak bagi aku kerja dengan suami dia. Sebab, kalau aku kerja dengan suami dia, semua adik-beradik dia pun kena kerja dengan suami dia jugak. Dan aku pun, tolak tawaran tu dengan cara sombong, nak cari pengalaman sendiri, padahal dah makan hati dah.

Ada ketika, aku dapat kerja dengan bank di kampung. Ye, bersyukur, Alhamdulillah. Adik ipar bonda suka, sebab bakal mudahkan dia nak buat pinjaman di kemudian hari, dan ada orang temankan tok di kampung selepas kematian arwah wan. Cuma kerja ni pun bertahan hampir setahun. Seperti, cukup untuk beri semangat kat tok untuk berdikari tanpa arwah wan.

Sekarang, adik ipar bonda selalu pesankan anak-anak dia, supaya jangan ikut jejak langkah aku. Jangan ikut perangai aku yang manja nih. Belajar dan kerja elok-elok, jangan menyusahkan orang. Hmm, aku ni menyusahkan orang ke? Kalau orang tu rasa susah, tak perlu tolong aku. Tak perlu nak bagi bantuan. Dan paling penting, eloklah kalau tak dicipta hubungan antara manusia nih.

Ye, aku memang merajuk hati. Bukan aku tak tahu, adik-adik dia, kalau diminta tolong, cepat je akal fikiran dia pujuk suami untuk diberi bantuan dan pertolongan. Tapi bila aku je, dipersoalkan sebab. Banyak akal fikiran juga, tapi lebih kepada pujuk suami, supaya jangan dihulurkan bantuan.

Nak dijadikan cerita, pernah aku mintak tolong pinjam duit. Suaminya taknak pinjamkan sebab nilai banyak katanya. Aku bukan nak ambil kesempatan sebab dia ada banyak duit apa semua, tapi aku fikirkan, pertalian darah antara aku dan dia, tak sepatutnya dipersoalkan tentang nilai duit tu. Cuma, seminggu lepas tu, suami kerap sakit, masuk hospital dan tanpa mengetahui penyakit yang serang suami tu, habis beribu-ribu lebih dari nilai yang aku nak pinjam. Entah sebab dia sakit atau memang tergerak hati, dipinjamkan jugak duit tu tapi bersyarat. Aku kena cakap dan mintak dari isterinya, dan buat perjanjian yang aku akan bayar duit tu.

Itulah kuasa wanita, menguasai lelaki sehingga anak saudaranya mintak tolong pun, diperlakukan macam tu. Lepas dari peristiwa tu, aku memang akan mengelak dari jumpa famili mereka terutama sekali raya. Biarlah mereka dengan keluarga dan hal mereka sendiri. Aku dan hal aku sendiri.

Pernah jugak aku nak berbaik dengan famili mereka, sebab selain dari bonda dan tok, aku cuma ada mereka sebagai keluarga aku, tapi takpela. Adik ipar bonda tak pernah pun nak anggap kami ni keluarga dia jugak, pun tak sama layanan macam diberikan dengan keluarga sebenar dia.

Sampai masa sekarang, aku cuba memaafkan dan cuba menerima perangai adik ipar bonda seadanya, cuma masih belum menjadi. Sebab kebanyakkan benda yang tak berapa nak 'best', boleh dikatakan datangnya dari dia. Betapa besar pengaruh dia atas famili aku yang sedia kecil ni.

...

1 comment:

  1. Aku daripada kecil memang istilah "Jangan sesekali susahkan orang lain!" tersimpan rapi dalam otak aku. So smp sekarang aku tak pandai nak susah kan orang lain untuk diri aku sendiri. Kalau orang lain dan nak minta tolong dari aku, aku akan tolong dengan seikhlas nya.

    Bila isteri lebih kuasa dari suami dalam rumahtangga, memang akan bawa bencana. Suami sepatutnya bertegas dengan suami. Apa pun semua nya kena balik pada fitrah kita sendiri.


    Hai Za, selamat berpuasa. :)

    ReplyDelete

Hello!