small advertisement

Friday, May 16, 2014

Cara-cara nak shopping kat IKEA

Aku rasa ramai dah terer-terer shopping kt IKEA tuh, tapi dari segi pemerhatian aku, ramai jugak yang kaku bila nk shopping kt IKEA ni. Blur, ape kejadahnya la kalau pi IKEA tu, kena lalu showroom dulu, pastu kena amik barang sendiri.

Al-konsepnya, IKEA ni, dia nak share idea-idea hias umah tu macamana, betapa kita boleh kreatif dengan ruang-ruang yang ada. Dia share idea, lepas tu ikut korang nak implement macamana. Sebab tu, dekat IKEA Damansara tu, kena naik atas dulu, lalu showroom by department. Amik idea, angan-angan sikit, pastu catit dekat kertas yg disediakan dekat information counter. Pensel dengan pita ukur pun ada disediakan. Pita ukur tu pastila untuk buat ukuran, agak-agak berapa besar panjang lebar apa semua.

Dekat showroom tu, kena alert sikit. Bila dah berkenan dengan sesuatu barang, kena amik detail dia selengkapnya. Nama barang tu, berapa harga dia, artikel nombor dia. Dan paling penting, tengok kat mana kena ambil benda tu, dekat bahagian self serve ke (layan diri) yang ada tag merah, yang akan tunjuk lokasi ambil barang tu, rak mana, seksyen mana. Markethall ke, ataupun kena contact staff, yang bertag kuning.

Katakan lah, bila korang pergi bahagian dining (ruang makan),  berkenanla dengan satu meja makan ni, kononnya meja makan MELLTORP, langkah yang korang kena buat,

  1. amik kertas dengan pensel dekat information counter berdekatan
  2. catit nama barang MELLTORP
  3. saiz barang tu, 125cm x 75cm
  4. catit warna barang, putih
  5. ambil nombor artikel, 702.800.97 dengan 702.801.01. Kenapa ada dua, sebab kebanyakan barang IKEA dijual asing. Table top asing, frame kaki pun asing. Jadi satu nombor artikel untuk kaki meja, satu lagi untuk table top. Jangan malas catit semua nombor artikel kalau ada sepuluh pun. Kalau tak, memang tak cukup part la nanti. 
  6. ambil harga sekali, nak check tally tak harga bila bayar nanti. Sebab takut nanti, salah amik kaki meja atau table top. Tapi kalau nombor artikel dah ambil, tak perlu risau okeh. Diingatkan, barang tu belum siap pasang. Jadi dalam kotak lagi.
  7. catit lokasi barang tu kat mana. Contoh barang ni kt bahagian self serve, rak 23, seksyen 23 dan rak 23 seksyen 26.
  8. jadi nanti kena pergi bahagian self serve, ambil barang tu kat lokasi tu, compare kan nama barang, saiz barang, warna, dan paling penting nombor artikel. diingatkan, tulisan tu pun kena elok-elok. bukan apa, masa tulis tu, nombor 7, tapi bila nak compare, rasa macam nombor 1 pulak. Tak ke dah jauh beza tuh. 
  9. oh ya, sebelum nak ambil barang, jangan lupa ambil flat trolley sebelum masuk ke kawasan self serve tu. Diulang, flat trolley. Kalau ambil basket trolley, rasa ketat dada nanti nak angkat letak barang tu nanti. percayalah. Lagipun basket trolley, gunanya untuk letak barang kecik-kecik je. Mana sesuai letak barang-barang besar. 
  10. katakanlah takde barang tu kat lokasi dia, boleh check status barang kat information counter berdekatan. Mungkin dah habis, mungkin salah catit, mungkin salah lokasi. 
Katakanlah pulak, korang berkenan dengan sebiji katil ni, siap-siap landing, test, selak tilam apa semua, dalam kepala memang rasa nak beli,

  • ulang langkah dari no 1 hingga 7
  • tengok tag tu, samada merah atau kuning. Katil ni selalunya tak boleh ambil sendiri. atas sebab apa, not too sure. Jadi, tag tu warna kuning, yang bermaksud sila hubungi staff untuk check status atau membuat pos-order. 
  • Maksud pos-order tu, staff akan bagi satu invois, yang stated barang yg nk dibeli tu, terus proceed kat cashier dan bayar. Kalau nak buat penghantaran, boleh menonong je ke Home Delivery. Tapi kalau nak bawak balik sendiri, boleh ambil barang tu dekat Merchandise Pick Up, berdekatan dengan customer service department. Invois tu, sah untuk tempoh 24jam je. Lepas tempoh tu, kena request balik balik kat tempat yang sama.
  • Diingatkan invois tu, bukan booking barang tau. So jangan berangan once dah ada invois, confirm barang tu boleh dapat okeh.
Kalau nak check status barang tu, samada stok banyak ke, sikit ke abis ke dekat lokasi barang, boleh call customer service. Sebab diorang boleh advise almost 80% accuracy. Nak check kat website pun boleh tapi, takyah percaya sangat sebab kuantiti stok tu kadang-kadang bercampur dengan stok dalam warehouse. Yang mungkin release masuk location barang dalam 2-3ari. Itupun ikut had limit barang tu.

Dekat IKEA tu, memang nampak macam ramai staff berbaju kuning, tapi percayalah, diorang tu cuma dapat tolong kalau diorang tu kerja dekat bahagian berkenaan je. Diorang tu bukan sales promoter, memang kerja yang tak dapat komisen, so diorang memang takkan beriya promote barang.  Diorang cuma sales assistant, membantu menjual barang. IKEA ni pulak, menjual barang berkonsepkan DIY, do it yourself. So diorang ni, akan educate customer untuk collect sendiri and DIY. Ala macam kat Tesco la jugak, ambil sendiri beras, ambil sendiri TV. Diorang tolong bila diperlukan je.

Kalau ada sesiapa nak tanya, boleh tanya setakat yang mampu. Sebab ni pun ikut pengalaman je. Hehehee.