small advertisement

Friday, April 11, 2014

tanpa hala tuju

Mintak maaf bebanyak sebab baru nak login blog, baru nak check komen anda semua (ertikata lain, baru nak release komen korang tuh). Bila dok belek-belek komen yang belum release, terasa jugak diri ni kena scam bila rata-rata yang komen pasal smartphone dari MyEg tu, dapat Ninetology Pearl Mini. Never mind, pi mai pi mai pun aku tak pakai henfon tuh sebab sempat beli henfon baru masa nak tunggu henfon dari MyEg nih. Nak pass kat bonda pun, dikomplennya skrin kecik. Hahaha!

Baru kesempatan nak online hari ini sebab baru hari ini line clear nak mengular kat PC ofis. Selalunya tu, memang dok mengadap kerja je. Internet wujud ke tak wujud ke, pun tak sempat tengok. Henfon memang boleh browse segala macam sebab data on 24 hours. Itupun tak nyempat jugak, sebab sibuk main game, release tension kononnya. Sesekali ada jugak mengomel kat fesbuk tapi sekarang ni, gambar menceritakan aktiviti yang dilakukan tuh. Ape lagi, instagram la kan. Walaupun followers ciput je, sebab bukan like yang dicari, tapi saje nak insta, kekonon boleh simpan memori untuk dibelek kemudian hari.

Entri kali ni memang sangat spontan, tanpa ada hala tuju. Lebih nak bagitau, "wey, aku sibukla sekarang ni. Nak lawat-lawat ni, takdan. Tak sempat. Boleh stalk je. Jadi, jangan rindukan aku" Ha, gitu mesejnya..

Sekian



2 comments:

  1. Woi!!! Aku dok tertunggu jugak mana kau pegi?
    Hidup lagi ke tidak?
    Sihat ke tidak?
    Dah kahwin ke tidak?
    Diam aje.

    Apa pun alhamdulillah kau dah muncul semula.

    Welcoma back Meza!!!

    ReplyDelete
  2. Hahaha!! Ko je pun yang nk tanya khabar aku pun... Hidupla nih kalau dok reply.
    Sehat lagi. Nk pikir kawen pun tak sempat, apetah lagi nak kawen. Hahaha

    Ya, ya... Nanti try aktif balik

    ReplyDelete

Hello!