small advertisement

Tuesday, April 15, 2014

Hej Gundam!

Aku sekarang ni tengah menggila dengan benda bawah ni, gundam (sebut gandam). Ini bukan toys ye, ini sejenis barangan collection. Dekat kotak tu sendiri ada letak, "This is not toys". Hahaha... Tapi barangan ni bukan beli tu, terus tersedia seketul camtu, dia adalah dari kepingan-kepingan yang kena dicantumkan untuk jadi satu model yang boleh digayakan macam-macam posisi. Serius, seronok hati bila tengok hasil lepas pasang-pasang badan dia nih.



Setakat ni aku dah ada 5 model Gundam iaitu SD Sazabi, SD Kshatriya, HG Miss Sazabi, HG Throne Eins and RG Justice. Itu bukan nama-nama rekaan aku sendiri, tapi tu adalah nama-nama gundam tu, datangnya dari anime atau komik Jepun. Sila tanya pakcik google lagi.

Mesti tertanya ape maksud SD, HG, RG tu semua? Sila tanya pakcik google lagi. Hahaha.. Ok-ok. Actually model-model ni ada gred-gred dia sendiri. Macam nak beli handbag Chanel, ada gred AAA, AA, camtula. So lebih kurang dengan gred gundam ni.

SD - Super Deformed
Gundam yang dah dipenyek-penyekkan kata orang melayu. Haha.. Badan kecik, kepala besar, montel-montel gitu. Tak semua model ada versi SD nih. Pemasangan amik masa dalam kurang 2 jam, tanpa make-up atau touch up model.

HG - High Grade
Boleh dikatakan versi basic. Tapi tetap cool, sebab pedang, pistol, apa semua ada. Cuma tak berapa detail. Pemasangan maybe dalam 3-4 jam camtu, pun bergantung kepada model tu. Ade macam-macam aksesori ke macamana.

RG - Real Grade
Yang ni dah tentula upgrade dari versi basic. Banyak tambahan pedang ke, model pun lebih detail. Pemasangan maybe dalam berhari-hari sebab kena buat rangka badan dulu. Lagipun baru try pasang sebiji, so takleh komen banyak. Hahaha!

MG - Master Grade
tak dapat nak huraikan, sebab belum experience. teori je ada. jadi pakcik google la jawapannya (oh again?)

PG - Perfect Grade
tak dapat nak huraikan, sebab belum experience. teori je ada. jadi pakcik google la jawapannya (oh again?)

Dan of course! Aku dah ada banyak wishlist untuk Gundam Collection nih, terutama Gundam Exia Dark Matter. Aku rasa macam cool gila....


Korang tak rasa cool ke? Or tak minat? Hehee.. 
Ok fine, apa pulak hobby di zaman teknologi ni, selain dari fesbuk?

2 comments:

  1. Za, aku duduk zaman batu. Gundam tu memang aku terus terang cakap aku tak minat.
    Tapi fesbuk pun aku tak de tau. Hahaha. Zaman batu tak aku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gelak terkikikih aku baca komen kau tuh. gundam tu dari zaman 90an pun dh ada tp masa tu tk cntik sgt. kau tkda fesbuk lagi bagus, byk kburukan dari kebaikan. lagi bagus berzaman batu. amik tahu apa didepan mata je.

      Delete

Hello!