small advertisement

Friday, April 25, 2014

ibarat melepas batuk di tangga

Sejak sebulan yang lepas, ofis tambah satu staff. Kononnya menolong aku tapi sesekali serabut jugak dibuatnya. Sebab taknak amik tanggungjawab. Cuba melepaskan balik tanggungjawab tu kat aku balik.

Aku cuti haritu balik kampung. Sebelum nak cuti, aku ada habit untuk mengemas ofis, kemas-kemas mana yang patut, susun itu ini. Dengan harapan, masa cuti, semuanya tersusun, tak perlu nak kacau aku. Dengan harapan jugak, balik dari cuti, kemas macamana aku kemas haritu. Konon-konon ajaran dalam tak sedar, kalau kemas-kemas macamtu, senang nak buat kerja.

Tapi aku balik dari cuti, lebih bersepah dari hari biasa. Kalau dulu file setakat satu dua terbuka dan tak disimpan, kali ni, bukan dua tapi lima. Itu cerita pasal file. Tak masuk lagi pasal alat-alat tulis yang melompat-lompat dari meja ke meja. Stok pen yang sekotak pun (tinggal 4batang macam tu), abis. Takpun dah kena curi dah.

Masa tu bersabar lagi, tapi bila sampai satu masa staff baru ni nak mintak tolong ajar dekat pc, boleh pulak kita dok terhegeh-hegeh tolong, dia sibuk belek henfon. Terus aku menghembus segala tak puas hati. Janganla sebab aku sorang je perempuan kat ofis ni, harapkan aku je yang mengemas, harap aku je yang nak simpan file, yang nak peka benda-benda kecik tu.

Tapi dia buat tak reti. Buat tak paham. Dikatanya pc tu memang ade problem. Ok. Fine.

Gaji aku dengan dia beza cuma dalam RM200 je. Camne aku tau sebab aku yang prepare gaji dia. Tapi bila sampai bab-bab kerja, separuh masa dia membelek henfon. Sempat update instagram, sempat update facebook. Macamana aku tau, sebab time aku pegi lunch break atau nak balik, paling-paling sempat nak belek internet.

Aku selalu kena ingatkan diri aku, bersabar. Semua ni pengalaman yang boleh dijual kelak. Sabar, semua ni pasti ada ganjarannya sendiri. Sabar, ini salah satu suruhan dari Nya jua.

Kalau tak, memanjang rasa nak berenti kerja. 

Wednesday, April 16, 2014

Hukum Dan Reminder

Zaman sekarang, boleh dikatakan semua orang mula peka dengan perkara-perkara yang boleh dan tak boleh. Lebih update dengan segala ilmu-ilmu yang kadang-kadang tak terjangkau nak berfikir. Contoh mudah, tentang MH370. Macam-macam teori yang kita baca, ada yang bagi pendapat mengalahkan engineer tu sendiri, pun ada yang boleh mengaitkan sampai hal-hal politik.

Tapi sepanjang mana akal kita, tak termampu nak melawan segala peraturan Yang Maha Esa. Jadi, tak usahlah nak menjadi Tuhan di dunia ini. Nak menghukum sesuka hati. Sebelum nak menghukum, check dulu diri sendiri. Betul-betul ke kita tak buat macam tu. Betul tak pernah? Kalau betul tak pernah, ada tak terpikir untuk menasihat dulu sebelum menghukum. Salah kita tau kalau kita tak usahakan dulu sampai mereka terjebak. Nasihat dan tegur pun ada banyak cara. Bukan terus give up, dan cakap pada hati, "Eh aku dah nasihat pakai hati dah." Memang lepas tu aku terus hentam je, "Kepala hotak ko dah tegur pakai hati. Masa nak menghukum, bukan main lantang cakap kan"

Tentang isu 'Raja', tak usah menghukum terus yang dia akan terus ke neraka apa semua. Biarlah Allah yang tentukan, sebab belum tentu hijab yang akan jadi puncanya untuk ke neraka, namun tak mungkin dengan kebaikan lain yang kita tak nampak, boleh untuk dia ke syurga. Subhanallah.

Aku bukan orang yang baik, aku pun kadang-kadang menghukum orang tanpa sedar. Dan tika ini, aku pun belum berhijab. Sebab aku taknak dambakan hijab yang fesyen tapi sebenarnya nampak segala bentuk dan aurat. Tapi pasti aku nak berubah, sikit demi sikit. Taknak lagi menghukum orang, sebab kita ni bukan siapa-siapa pun di sisi Allah kelak. Aku akan cuba menegur baik-baik, kalau tak, jomlah berdoa supaya mereka tak sesat lebih jauh dan mampu kembali ke jalan benar. InsyaAllah, Allah selalu memberi peluang kepada kita dan mereka.

Entri ni bukan untuk menunjuk aku baik ke apa, tapi sebagai reminder yang pernah suatu masa aku ingin berubah andaikata aku sesat jauh. Manusia selalu kena ada reminder, kalau tak, manusia takda wawasan, takda tujuan, takda objektif dalam hidup. Even kalau tak diingatkan petang ni ada meeting, takdala hidup nak serabut-serabut haritu buat preparation meeting. Kalau takda reminder pasal date special, dah tentu kau kena kejar dengan orang tu sebab lupa.




Tuesday, April 15, 2014

Hej Gundam!

Aku sekarang ni tengah menggila dengan benda bawah ni, gundam (sebut gandam). Ini bukan toys ye, ini sejenis barangan collection. Dekat kotak tu sendiri ada letak, "This is not toys". Hahaha... Tapi barangan ni bukan beli tu, terus tersedia seketul camtu, dia adalah dari kepingan-kepingan yang kena dicantumkan untuk jadi satu model yang boleh digayakan macam-macam posisi. Serius, seronok hati bila tengok hasil lepas pasang-pasang badan dia nih.



Setakat ni aku dah ada 5 model Gundam iaitu SD Sazabi, SD Kshatriya, HG Miss Sazabi, HG Throne Eins and RG Justice. Itu bukan nama-nama rekaan aku sendiri, tapi tu adalah nama-nama gundam tu, datangnya dari anime atau komik Jepun. Sila tanya pakcik google lagi.

Mesti tertanya ape maksud SD, HG, RG tu semua? Sila tanya pakcik google lagi. Hahaha.. Ok-ok. Actually model-model ni ada gred-gred dia sendiri. Macam nak beli handbag Chanel, ada gred AAA, AA, camtula. So lebih kurang dengan gred gundam ni.

SD - Super Deformed
Gundam yang dah dipenyek-penyekkan kata orang melayu. Haha.. Badan kecik, kepala besar, montel-montel gitu. Tak semua model ada versi SD nih. Pemasangan amik masa dalam kurang 2 jam, tanpa make-up atau touch up model.

HG - High Grade
Boleh dikatakan versi basic. Tapi tetap cool, sebab pedang, pistol, apa semua ada. Cuma tak berapa detail. Pemasangan maybe dalam 3-4 jam camtu, pun bergantung kepada model tu. Ade macam-macam aksesori ke macamana.

RG - Real Grade
Yang ni dah tentula upgrade dari versi basic. Banyak tambahan pedang ke, model pun lebih detail. Pemasangan maybe dalam berhari-hari sebab kena buat rangka badan dulu. Lagipun baru try pasang sebiji, so takleh komen banyak. Hahaha!

MG - Master Grade
tak dapat nak huraikan, sebab belum experience. teori je ada. jadi pakcik google la jawapannya (oh again?)

PG - Perfect Grade
tak dapat nak huraikan, sebab belum experience. teori je ada. jadi pakcik google la jawapannya (oh again?)

Dan of course! Aku dah ada banyak wishlist untuk Gundam Collection nih, terutama Gundam Exia Dark Matter. Aku rasa macam cool gila....


Korang tak rasa cool ke? Or tak minat? Hehee.. 
Ok fine, apa pulak hobby di zaman teknologi ni, selain dari fesbuk?

Friday, April 11, 2014

tanpa hala tuju

Mintak maaf bebanyak sebab baru nak login blog, baru nak check komen anda semua (ertikata lain, baru nak release komen korang tuh). Bila dok belek-belek komen yang belum release, terasa jugak diri ni kena scam bila rata-rata yang komen pasal smartphone dari MyEg tu, dapat Ninetology Pearl Mini. Never mind, pi mai pi mai pun aku tak pakai henfon tuh sebab sempat beli henfon baru masa nak tunggu henfon dari MyEg nih. Nak pass kat bonda pun, dikomplennya skrin kecik. Hahaha!

Baru kesempatan nak online hari ini sebab baru hari ini line clear nak mengular kat PC ofis. Selalunya tu, memang dok mengadap kerja je. Internet wujud ke tak wujud ke, pun tak sempat tengok. Henfon memang boleh browse segala macam sebab data on 24 hours. Itupun tak nyempat jugak, sebab sibuk main game, release tension kononnya. Sesekali ada jugak mengomel kat fesbuk tapi sekarang ni, gambar menceritakan aktiviti yang dilakukan tuh. Ape lagi, instagram la kan. Walaupun followers ciput je, sebab bukan like yang dicari, tapi saje nak insta, kekonon boleh simpan memori untuk dibelek kemudian hari.

Entri kali ni memang sangat spontan, tanpa ada hala tuju. Lebih nak bagitau, "wey, aku sibukla sekarang ni. Nak lawat-lawat ni, takdan. Tak sempat. Boleh stalk je. Jadi, jangan rindukan aku" Ha, gitu mesejnya..

Sekian