small advertisement

Wednesday, January 08, 2014

target dan prinsip

Aku bukan seorang yang bercita-cita tinggi macam orang lain. Nak mengumpul harta banyak-banyak, untuk beli kereta mewah atau rumah besar-besar macam istana tu. Aku pentingkan keselesaan dan kesenangan hati. Aku jugak tak minat dalam mengejar publisiti samada cari kerja yang hebat-hebat atau yang gah-gah di mata orang. Sebab aku seronok dengan apa yang aku buat dan kerja yang aku pilih walaupun bagi sesetengah golongan, gaji aku sedang-sedang je.

Aku memang cenderung tukar-tukar kerja dua-tiga tahun ni sebab aku nak cari kepuasan dan keseronokan kerja. Aku taknak buat kerja yang buatkan aku stress hari-hari. Aku taknak kerja kat tempat yang buatkan aku selalu maki-maki dalam hati hari-hari. Sebab, aku taknak duit gaji yang aku dapat tu tak berkat. Bila duit gaji yang dapat tu tak berkat, memang mudah duit tu hilang entah ke mana. Itu yang aku lalui masa aku awal-awal mula kerja sebab kerja terpaksa dan buat benda yang aku tak suka.

Sekarang, Alhamdulillah. Walaupun gaji tak banyak macam kawan-kawan lain, walaupun aku kerja tak menggunakan kelulusan aku (aku belajar lain tapi kerja memang takda kena mengena), walaupun ada shift, tapi aku seronok. Hati aku lebih menerima untuk kerja walaupun ada hari-hari malas.

Target aku tetap melibatkan duit. Cuma kali ni, aku target untuk selesaikan hutang-hutang yang sedia ada ni, dan beli rumah kat kampung, untuk nenda meneruskan kehidupan hari-hari. Sekurang-kurangnya nanti, aku ada rumah kat kampung untuk aku jenguk-jengukkan. Dan kalau ke depan nanti nenda dah takda, aku masih ada sebab nak balik kampung. 

InsyaAllah kalau Tuhan mengizinkan, aku nak beli kereta yang besar sikit dari sekarang, supaya nenda lebih selesa, supaya orang lain yang menumpang pun rasa selesa sikit. Sebab kereta sedia ada ni, lebih berfungsi untuk dua orang penumpang termasuk pemandu. Nak travel jauh pun, kadang-kadang gusar jugak, cuma bila bahagian petrol tu, dapat jimat sikit. 

Aku bukan tak nak berjaya macam orang lain, cuma target aku tak sama macam diorang semua. Kejayaan aku sendiri tu, biar aku seorang yang tahu pun takpa, asalkan aku puas hati. Kerana hati dan badan yang akan nak melaksanakan kerja-kerja tu. 

Aku tak harap orang faham prinsip aku tapi aku cuma mintak supaya orang respek apa je keputusan yang aku buat. Sebab setiap keputusan ada hasilnya, tak kisah negatif atau positif. Dan setiap keputusan tu, ada pengajaran dan hikmahnya sendiri.

 

3 comments:

  1. You said exactly what I wish to say. Kita sama dalam hal itu. Aku sangat enjoy dengan kerja aku setakat hari ini. Gaji aku pun kalau orang tengok mesti rasa tak mampu nak ambil alih tempat aku. Tapi aku tak kisah sebab aku datang kerja dengan ikhlas. Jadi bak kata kau aku dapat rasa kan keberkatan duit kalau kita kerja ikhlas ni.

    Aku pun bukan jenis yang materialistik. Aku nak beli rumah sebab aku tak nak susah kan orang lain bila aku tua esok. Aku nak beli kereta yang lebih selesa sebab aku nak bawak family aku jalan-jalan pun senang. Kiranya aku nak ada duit lebih dan kemudahan lebih so that if any of my family tengah terdesak perlukan pertolongan, aku dengan kadar segera akan tolong mereka.

    Aku jenis kalau orang tak kisah dengan aku, aku pun tak kisah dengan orang tu. Kalau orang tu sangat berkira, aku akan jadi yang lebih berkira lagi dari dia.

    Aku happy dengan diri aku setakat ini. In fact lepas solat bila doa aku selalu beritahu Dia yang aku sangat bersyukur dan ikhlas dengan segala apa yang berlaku pada diri aku dan aku mohon Dia kekalkan kadar kebersyukuran aku itu sentiasa. Aku tak kisah dengan diri aku, jadi aku harap orang lain jangan invade my privacy of my comfort zone. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah terasa rendah diri tapi slalu ingatkan diri, itu pilihan aku dan aku bangga dgn segala pilihan dan keputusan aku tuh.

      InsyaAllah mudahan selalu dimurahkan rezeki, tak lupa diri dan sombong, sentiasa bersyukur dengan segala pemberian nikmat-nikmat olehNya.

      Delete
    2. betul za. aku selalu jugak bila jumpa balik bebudak bawah aku yang dah berjaya, gaji besar bapak tikus, aku terasa rendah diri. memang down giler masa tu. rasa macam teruk nya aku ni. masih di tahap lama.

      tapi bila fikir balik aku happy dengan hidup aku asalkan aku tak dengar cucuk kata org, aku masih ok. walaupun kerja aku ni rendah aje tapi dapat tolong orang aku dah rasa bagus.

      Delete

Hello!