small advertisement

Monday, January 13, 2014

Rabu

Tinggal Rabu ni je, aku nak abiskan masa-masa terakhir aku kat syarikat ni. Aku decide untuk berhenti selepas aku bagi peluang hampir 5bulan kerja kat sini dan rasa macam takleh nak 'go' dengan department aku nih. Aku boleh 'well blend' dengan semua orang tapi bukan yang satu department aku nih. Terasa macam 'gap' besar. Padahal 'teamwork and togetherness' yang paling penting dalam satu-satu department tu kan.

Well, masa aku tender surat resign kat bos aku, bos pun tak cakap banyak dan boleh nampak rakan sekerja aku ni cam happy, siap nak buat farewell kat karaoke Rabu ni katanya. Padahal kami tak pernah bersembang melainkan kerja. Itupun kalau bos aku 'not around', aku terpaksa tanya dia.

Cuma bila sehari ke sehari, sorang-sorang macam concern pasal aku nak berhenti. Takda orang kononnya yang boleh buat kerja tu sebaik aku. Takda orang yang boleh bagi komitmen dalam kerja macam tu. Eleh bukannya kalau aku berhenti ni, syarikat ni nak lingkup pun. Ade jugak yang terasa kononnya sebab takda kawan nak sembang-sembang.

Aku suka bersikap natural, tak sebelah mana-mana geng. So semua orang aku tegur walaupun aku takde urusan dengan orang tu. Aku boleh keluar lunch break dengan sape-sape je tak kisah umur dan golongan mana. Mungkin itu personal touch aku. Agaknya.

Minggu lepas rasa cam happy gila, tak sabar nak tunggu Rabu, sebab taknak jumpa orang yang selalu sakitkan hati. Minggu ni pulak, tak sabar nak tunggu Rabu sebab dah mula terasa sedih nak tinggalkan orang yang menghargai aku.

Anyway, kerja yang aku bakal mula Isnin ni, kerja biasa-biasa tapi aku rasa aku mungkin akan rasa lebih happy dari tempat sekarang ni. InsyaAllah. Aku memang tak nak kerja kat tempat yang boleh buat aku stress-stress sangat, sebab aku tak nak hati berat nak pergi kerja, badan mula nak sakit-sakit. Itu yang terjadi kat aku baru-baru ni.

Tak perlu aku nak berulang-alik Shah Alam lagi lepas ni. Boleh jimat petrol dan masa. Hehee




4 comments:

  1. Za, tempat baru ni gomen ke bukan? Tempat lama gomen ke bukan?

    ReplyDelete
  2. tempat lama bukan gomen.
    tempat baru pun bukan.

    umor cm aku ni dh ujung tanduk kriteria gomen nk apply pn. kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanduk anak kerbau ke bapak kerbau? Hahaha.

      Berapa umur kau?

      Delete
  3. tanduk bapak kerbau tu besar sikit, ye tk.

    umur aku lagi stahun dua masuk la 3 series

    ReplyDelete

Hello!