small advertisement

Tuesday, January 28, 2014

smartphone free dari myeg - dah dapat

Maaf sebab tak sempat nak update pasal status smartphone ni walaupun dah collect dari myeg, 16hb haritu.

Setelah berminggu-minggu status permohonan diluluskan, smartphone tak jugak sampai. Jadinya aku secara tak sengaja, email dekat salah seorang staff myeg, bertanyakan status dan mintak nak collect sendiri dekat Myeg tu. Segera dia reply, boleh collect sendiri dan bawak sekali kad pengenalan untuk pengesahan. Collection cuma semasa office hours.

Kebetulan Khamis tu, cuti. Terus bergegas ke Myeg untuk collect smartphone. Collection bukan di bangunan yang buat segala roadtax, insurance tu semua tapi kat Myeg marketing. Bersebelahan dengan bangunan TV3 tu.

Smartphone yang diberi, boleh dikatakan minimum spesifikasi. Agaknya maybe harga smartphone dalam rm100 macam tu.




Comel kan smartphone ni? Jangan tanya macamane function dia, sebab memang tak pakai lagi, lagi-lagi SD card kosong pun takde nak try.

Anyway, simkad Celcom belum terima sebab ada isu teknikal katanya. Simkad tu bakal dipos bila dah ok. 

Ade sape-sape yang dapat smartphone yang jenis lain ke?

Monday, January 13, 2014

Rabu

Tinggal Rabu ni je, aku nak abiskan masa-masa terakhir aku kat syarikat ni. Aku decide untuk berhenti selepas aku bagi peluang hampir 5bulan kerja kat sini dan rasa macam takleh nak 'go' dengan department aku nih. Aku boleh 'well blend' dengan semua orang tapi bukan yang satu department aku nih. Terasa macam 'gap' besar. Padahal 'teamwork and togetherness' yang paling penting dalam satu-satu department tu kan.

Well, masa aku tender surat resign kat bos aku, bos pun tak cakap banyak dan boleh nampak rakan sekerja aku ni cam happy, siap nak buat farewell kat karaoke Rabu ni katanya. Padahal kami tak pernah bersembang melainkan kerja. Itupun kalau bos aku 'not around', aku terpaksa tanya dia.

Cuma bila sehari ke sehari, sorang-sorang macam concern pasal aku nak berhenti. Takda orang kononnya yang boleh buat kerja tu sebaik aku. Takda orang yang boleh bagi komitmen dalam kerja macam tu. Eleh bukannya kalau aku berhenti ni, syarikat ni nak lingkup pun. Ade jugak yang terasa kononnya sebab takda kawan nak sembang-sembang.

Aku suka bersikap natural, tak sebelah mana-mana geng. So semua orang aku tegur walaupun aku takde urusan dengan orang tu. Aku boleh keluar lunch break dengan sape-sape je tak kisah umur dan golongan mana. Mungkin itu personal touch aku. Agaknya.

Minggu lepas rasa cam happy gila, tak sabar nak tunggu Rabu, sebab taknak jumpa orang yang selalu sakitkan hati. Minggu ni pulak, tak sabar nak tunggu Rabu sebab dah mula terasa sedih nak tinggalkan orang yang menghargai aku.

Anyway, kerja yang aku bakal mula Isnin ni, kerja biasa-biasa tapi aku rasa aku mungkin akan rasa lebih happy dari tempat sekarang ni. InsyaAllah. Aku memang tak nak kerja kat tempat yang boleh buat aku stress-stress sangat, sebab aku tak nak hati berat nak pergi kerja, badan mula nak sakit-sakit. Itu yang terjadi kat aku baru-baru ni.

Tak perlu aku nak berulang-alik Shah Alam lagi lepas ni. Boleh jimat petrol dan masa. Hehee




Thursday, January 09, 2014

tinggi pendek

Dulu aku selalu ingat orang asia ni pendek-pendek
Dulu aku selalu ingat orang yang tinggi-tinggi ni, ada darah kacukan
Darah kacukan dengan omputih
Atau arab ke

Memang asal aku jumpa orang asia memang pendek
Vietnam ke, Siam ke, Indon ke, Bangla ke

Tapi apasal mamat Korea yang aku jumpa ni tinggi
Lee Kwang Soo pun nampak tinggi jugak

Eh jap, aku lupa 'si dia' pun tinggi jugak
Memang ada darah kacukan
Tapi darah kacukan Selangor dengan Melaka je pun

Heh!

tinggikn mamat ni? mamat korea kot! apsal tinggi sangat!


Wednesday, January 08, 2014

target dan prinsip

Aku bukan seorang yang bercita-cita tinggi macam orang lain. Nak mengumpul harta banyak-banyak, untuk beli kereta mewah atau rumah besar-besar macam istana tu. Aku pentingkan keselesaan dan kesenangan hati. Aku jugak tak minat dalam mengejar publisiti samada cari kerja yang hebat-hebat atau yang gah-gah di mata orang. Sebab aku seronok dengan apa yang aku buat dan kerja yang aku pilih walaupun bagi sesetengah golongan, gaji aku sedang-sedang je.

Aku memang cenderung tukar-tukar kerja dua-tiga tahun ni sebab aku nak cari kepuasan dan keseronokan kerja. Aku taknak buat kerja yang buatkan aku stress hari-hari. Aku taknak kerja kat tempat yang buatkan aku selalu maki-maki dalam hati hari-hari. Sebab, aku taknak duit gaji yang aku dapat tu tak berkat. Bila duit gaji yang dapat tu tak berkat, memang mudah duit tu hilang entah ke mana. Itu yang aku lalui masa aku awal-awal mula kerja sebab kerja terpaksa dan buat benda yang aku tak suka.

Sekarang, Alhamdulillah. Walaupun gaji tak banyak macam kawan-kawan lain, walaupun aku kerja tak menggunakan kelulusan aku (aku belajar lain tapi kerja memang takda kena mengena), walaupun ada shift, tapi aku seronok. Hati aku lebih menerima untuk kerja walaupun ada hari-hari malas.

Target aku tetap melibatkan duit. Cuma kali ni, aku target untuk selesaikan hutang-hutang yang sedia ada ni, dan beli rumah kat kampung, untuk nenda meneruskan kehidupan hari-hari. Sekurang-kurangnya nanti, aku ada rumah kat kampung untuk aku jenguk-jengukkan. Dan kalau ke depan nanti nenda dah takda, aku masih ada sebab nak balik kampung. 

InsyaAllah kalau Tuhan mengizinkan, aku nak beli kereta yang besar sikit dari sekarang, supaya nenda lebih selesa, supaya orang lain yang menumpang pun rasa selesa sikit. Sebab kereta sedia ada ni, lebih berfungsi untuk dua orang penumpang termasuk pemandu. Nak travel jauh pun, kadang-kadang gusar jugak, cuma bila bahagian petrol tu, dapat jimat sikit. 

Aku bukan tak nak berjaya macam orang lain, cuma target aku tak sama macam diorang semua. Kejayaan aku sendiri tu, biar aku seorang yang tahu pun takpa, asalkan aku puas hati. Kerana hati dan badan yang akan nak melaksanakan kerja-kerja tu. 

Aku tak harap orang faham prinsip aku tapi aku cuma mintak supaya orang respek apa je keputusan yang aku buat. Sebab setiap keputusan ada hasilnya, tak kisah negatif atau positif. Dan setiap keputusan tu, ada pengajaran dan hikmahnya sendiri.

 

Thursday, January 02, 2014

hantar anak sekolah

"Akak, mana abg r**** ni?"
"Hantar anak sekolah"

"Akak, mana akak n*** ni?"
"Hantar anak sekolah"

"Akak s***** ni cuti ke?"
"Hantar anak sekolah"

"Akak, semua orang cuti, akak tak cuti?"
"Akak cuti petang, hantar anak sekolah jugak"

Lama kelamaan baru sedar.
Yang kerja harini semuanya yang masih muda-muda, yang berstatus single, yang masih belum punya anak yang layak ke sekolah.

Agaknya kalau aku cuti arini, boleh buat sebab anta 'anak' sedara pergi sekolah tak? Anak jugak tu walaupun anak orang! Hahaha!





Sigh!
Tak lawak pun.
Lagi-lagi keja time mood blues nih.