small advertisement

Monday, December 23, 2013

henfon dan shopping

Pagi-pagi, aku on internet, login dan check akaun gaji. Alhamdulillah, gaji dah masuk. Mula la berangan masa tu, kalau beli barang online harini, sempat ni dapat barang tu esok, sebelum Rabu ni cuti.

Masa yang sama, aku pun dah siap buat listing, apa yang nak dibayar secara online. Bil elektrik, pinjaman. Itulah gamaknya kehidupan orang yang bekerja untuk menanggung komitmen kan.

Lepas tu, bersiap-siap pergi kerja macam biasa. Dah elok separuh perjalanan nak sampai ofis, teringat pulak nak check sumthing dekat henfon. Dicari-cari henfon dalam henbag, takde. Bila difikir-fikir kat mana, barulah teringat, terlupa nak capai henfon tadi atas katil. Nak patah balik, memang tak berbaloi. Jauh jugak perjalanannya. Jadi, terus je ke ofis tanpa henfon.

Hari ini, hari tanpa henfon.
Tak payah whatsapp, tak payah facebook, tak payah candy crush.
Bagus!
Boleh fokus buat kerja.

Tapi macamana kalau tok call aku?
Macamana kalau ayah aku ada nak bagitau pape?
Macamana kalau-kalau ada panggilan penting.
Haih!!!~~

Tapi kan, itu takdela terkilan sangat.
Yang paling terkilan sekarang ni, macamana aku nak bayar bil ni.
Dan paling penting, macamana nak shopping online sekarang ni?
Hekhekhek..




4 comments:

  1. Baris kedua terakhir ayat kau yang last tu memang tak boleh blah. Hampeh aje. Shopping jugak yang kau lebey kan eh? Kau tak pakai PC ke bayar bil tu semua?

    Za, kau masih tinggal dengan tok ke? Tok kau sihat?

    ReplyDelete
  2. Aku memang byr online tapi kalau dah tak setup feveret, mmg kne request TAC la kan. klau nk buat feveret, cam tk yakin plak. hehee

    2bulan skali, aku balik kg, dating ngn tok. haha. tp skrg tok bercuti dgn anak cucu kt KL. Alhamdulillah sehat, sampai kadg2 lupa nk pantang makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun sebenarnya was-was juga bila first time nak buat fav. Sebab depa tak tulis nama dengan no. akaun. Depa depends on kita yang masukkan. Dibuatnya salah masuk no. haa tak ke ter bayar kat orang lain punya dah.

      Delete
  3. klau sedar salah no akaun xpela juga tata. ini klau msuk bln ke2 bru sedar, xsusah kita... sigh~~

    ReplyDelete

Hello!