small advertisement

Friday, November 15, 2013

mengapa mereka telah berubah?

Dari dulu aku ketahui
Malah sedar
Manusia yang diciptakan oleh yang satu itu
Diberikan perasaan
Untuk membezakan antara yang benar dan salah

Tapi kini
Baru ku ketahui
Malah bertambah sedar
Manusia yang diciptakan oleh yang satu itu
Sangat lemah hatinya
Walaupun hari-hari
Sentiasa melalui kebenaran dan penipuan

Manusia pada hari ini
Lebih peka pada hal sekeliling
Lebih mengambil tahu hal di sekeliling
Sehinggakan perkara yang tidak logik
Masih dipercayai oleh mereka
Masih disanjung-sanjung oleh mereka

Dimana kebenaran jika penipuan disanjung-sanjung
Dimana kebenaran jika hati tidak lagi cekal seperti dulu
Hati yang sangat rapuh

Manusia yang berhati rapuh ini
Mudah melenting jika ditegur
Manusia yang berhati rapuh ini
Mudah menjadi amarah bila disentuh

Tiada lagi semangat kejiranan
Tiada lagi semangat kekeluargaan
Yang disemai dalam hati mereka

Mengapa mereka telah berubah?

2 comments:

  1. antara sifat manusia adalah amat sensitif bila ditegur. tengok aje la jenayah zaman sekarang ni. bila kita tegur kesilapan mereka, kita pula yang kena balik.


    tak payah gusar, tak payah risau bertanya kenapa mereka telah berubah. memang sudah itu sifatnya manusia akhir zaman.

    ReplyDelete
  2. bila zaman terlalu moden, manusia cenderung untuk menjadi bodoh sombong. mintak simpang jadi macam tu di kemudian ari

    ReplyDelete

Hello!