small advertisement

Thursday, October 31, 2013

cara nak positifkan mood di pagi hari

Sebaik saja bangun pagi, keadaan sekeliling yang berlaku ketika itu akan memberi kesan untuk keseluruhan hari samada secara positif atau negatif. Tak kisahla dari sekecil-kecil benda apatah lagi yang besar-besaran.

Contoh..

Bangun pagi, tengok henset, ada text, "Salam, saya mc arini. Dah notify bos" Nak happy ke atau stressed? Kalau kerja banyak, yang melibatkan dia, stressed. Kalau dia jenis yang cakap banyak, menyusahkan orang, jadinya gembira.

Contoh lagi..

Pagi-pagi, on the way nak ke tempat kerja, ada sebiji kereta yang begitu slow, dan masa tu pulak dah terlambat. Dalam hati, mula mencarut-mencarut. Hanya kerana beberapa minit yang slow tu, memberi kesan sampai malam. Abis semua orang sekeliling dicarut jugak. Sebab kononnya, semua ni mengarut. Buat kerja slow.

Lagi contoh..

Sakit perut di pagi hari. Automatik sepanjang hari, mindsetting perut rasa sakit. Padahal pepagi je.\

Lagi-lagi contoh..

Pagi-pagi dapat text, "Saya dah bank in duit dalam akaun." Wow! Senyum lebar ke petang...

Eh, banyakla contoh-contoh. Sebab pepagi je ade je yang moody. Ade yang senyum lebar. Ade yang tetiba jadi baik hati. Kan? So apa yang aku cuba sampaikan, kalau boleh, elakkan buat benda-benda tak best untuk diri sendiri dan orang lain. Kekalkan mood positif, sebab ia akan beri kesan sepanjang hari. Kalau-kalau mood dah ke laut, ceriakan hari korang. Bersedekah ke, belanja kuih ke, senyum-senyum sikit, greet people.

InsyaAllah mood positif activate!



Jom beli banyak-banyak cokelat untuk sedekah esok hari. Mesti yang memberi suka, dan yang menerima pun lagi suka. Ooppss.. Tapi kempen kurangkan gula dalam minuman masih diteruskan tau. Hehehe!

Tuesday, October 29, 2013

nasi beriani review

Dalam sebulan, aku mesti pekena nasi beriani sekali. Wajib! Kadang-kadang tu, setiap minggu sekali. Tapi takla kat tempat yang sama. Akan bersilih ganti lokasi nasi beriani yang best tu. Salah satu feveret aku, nasi beriani kat Restoran Syed Bistro, Kelana Jaya. Diorang ni ada banyak branch, bukan kat sini je. Terima kasih dekat BulanBintang, sebab perkenalkan tempat ni, lepas aku komplen nasi beriani kat JM Beriani mahal. *mahal sangat kalau nak pergi makan beramai-ramai gitu* Kat Syed Bistro tu, aku akan amik nasi beriani biasa dengan ayam goreng. Ayam goreng dia pun kick tau. Ummmphhh gitu. Itu pun dah cukup. Maybe tambah sikit-sikit kuah masak itam. Makan untuk dua orang pun tak sampai RM20 (termasuk minuman bancuh)

Kalau aku ke Jalan TAR, hari sabtu, aku akan singgah makan nasi beriani kat dalam pasarmalam tu. Nasi beriani Johor. Sedap wey. Pilih la lauk antara ayam masak merah atau daging masak kurma. Itu pun dalam RM9 sepinggan. Nak cari gerai yang mana tu, gerai dia kat tengah-tengah. Dekat-dekat dengan Mydin dah. Gerai tu ada jual nasi ayam jugak. Dari awal-awal aku suka makan ni, sorang brother berbadan besar yang akan attend aku. Bila bulan Ramadhan pulak, korang boleh cari dia kat bazar Ramadhan Taman Tun.

Semalam, mood nak makan nasi beriani lagi, padahal dua minggu lepas baru makan kat Jalan TAR tu. Hehe. Nampak tak aku ni tegar sangat dengan nasi beriani. So, malas nak drive jauh-jauh, singgah makan nasi beriani kat Mahbub, dekat je ngan kawasan umah aku ni. Dan sini memang terkenal dengan nasi beriani dengan ayam madu dia. Ayam madu dia, walawey! Menjilat jari. Cuma satu set tu mahal sket dari Syed Bistro, dalam RM12 camtu. 


Macam semalam, nak jimatnye pasal tapi still nak makan nasi beriani, amik dua pinggan nasi beriani kosong. Pastu seketul ayam madu share dua orang. Lepas tu, tak pasal berebut sebab rasa macam si dia makan ayam lebih. Hehee. So total termasuk air suam dengan teh ais, RM18.50.

Sebenarnya kalau ikutkan, aku boleh nak masak nasi beriani tu kalau dah teringin sangat tapi malas nak cari dan siang ayam. Kot nak beli lauk pun, ayam madu kat Mahbub jugak menjadi pilihan. Pun sebab malas nak tunggu-tunggu sementara nasi nak masak. Baik makan terus kat kedai, standby duit je. *Agagagagaga*

Aku dengar-dengar ada nasi beriani sedap kat Sungai Buloh. Tapi sebelum tu, bila-bila nak gi try nasi arab pulak kat TTDI Jaya. 

Adoy. Tak pasal-pasal berlegar-legar lagi terliur dek terbayang gambaran nasi beriani kat kepala.. 



Tegar tak, tegar tak? 



Wednesday, October 23, 2013

leisure sangat ke?

Baru dua bulan kerja di tempat baru, aku dah mula boring. Boring gila yang tahap gaban *walaupun aku tak pasti sangat gaban tu apa* Aku buat kerja kejap je, siap. Buat kerja je siap. Bukan la nak tunjuk aku terer buat kerja tapi memang task agak simple dan cepat siap.

So it is a little bit leisure here. No-no-no.. Very the leisure. *yes, i know, im not suppose to use 'the' there* Jadi, aku dah mula boring sebab dulu kat tempat kerja separuh masa, sangatla rushing. Masa too tight untuk pergi kencing apetah lagi nak berak. Too tight untuk pergi makan sekalipun. Memang jangan berangan nak pergi mengular kecuali kalau aku dah stressed, baru la mengular. Itupun siap mintak permisi dari ketua. Mengular secara berhemah okeh! *takdela aku cakap nak pergi mengular, tapi pergi amik short break la*

While enjoying the leisure, ape lagi aktiviti aku seharian selain dari blogwalking, fesbuking, gaming, and chatting kat henset. Hahaa! Tengok, free tak, free tak. Ko hade!

Sekarang aku dah bertambah bosan. Perlukan sumthing untuk jadi pemangkin datang ke tempat kerja selain dari aktiviti di atas. Serius doh, aku bosan. Sekali sekala best la leisure, kalau dah hari-hari macam ni, mula la aku nak buat bisnes online. Bagi aktiviti yang sibuk sikit untuk diri sendiri. Kan?

Apa komen korang?


Tuesday, October 22, 2013

si dia dan awal

Si dia keja sales consultant selalu sangat attend customer yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat, dari yang kepochi, datang dari kampung, nyah, gay, miskin tapi berlagak kaya, bodoh sombong, artis-artis filem dan drama, orang kenamaan, dan macam-macam lagi.

Aku sendiri pun selalu attend customer-customer yang macam tu, tapi taklah seramai yang pernah si dia attend. Dua-tiga bulan yang lepas, aku attend si artis, Awal untuk dia return barang-barang yang dia salah beli. Aku pun story dengan si dia, pasal Awal. Excited sebab rupa dan personaliti Awal tak banyak berbeza dengan yang ditonjolkan dalam media dan secara lansung. Excited jugak sebab tak sangka artis macam dia, sangat polite.

Selepas beberapa ketika, si dia pulak cerita, yang si dia tolong buat order untuk Awal. Si dia tak se'excited' aku, mungkin sebab si dia dah biasa ataupun jenis tak kisah jumpa retis-retis ni. Berkali-kali jugak si dia cerita yang si dia selalu attend Awal untuk buat order. Bagi aku, maybe Awal dah biasa dan senang dengan cara si dia, sampaikan ada beberapa kawan mencari si dia untuk buat order, yang diperkenalkan oleh Awal.

Ahad lepas, kami ke Ikano. Sementara aku settlekan hal aku, si dia ke Pet Safari. Saja nak melayan tengok-tengok kucing kat situ. Bila aku dah settle hal aku dan pegi jumpa si dia, si dia cerita pasal hal kat Pet Safari tu.

"Tadi ada orang tepuk bahu saya kat Pet Safari tu. Sambil bertanya, tak kerja ke hari ini. Saya dok la pikir siapa yang tepuk bahu saya ni. Bila dah tengok siapa, rupanya Awal."

Wow. Dasat. Tak sangka si dia masih dikenali walaupun berbaju biasa, tak berbaju uniform. Agak-agaknya kalau jumpa kat hutan, Awal kenal si dia lagi tak?

Hehehee

Monday, October 21, 2013

adik ayah

Aku tahu ayah aku ada beberapa orang adik beradik tapi aku takde peluang untuk berkenalan dengan diorang dari aku umur muda-mudi sampailah ke umur yang nak menjengah three series ni. Malah aku tak tahu pun, ayah aku ni adik beradik yang nombor berapa. Berapa orang adik beradik ayah. Sebab... Famili sebelah emak aku tak bagi aku berbaik dengan ayah aku selepas kejadian ayah aku beristeri lain. Kalau dengan ayah sendiri pun tak dapat nak berbaik, macamana pula aku nak berbaik dengan adik beradik sebelah ayah aku kan. Memang tak kenal la jawabnya. Lagipun dulu-dulu, mana ada henfon, ada wassap ni semua.

Minggu lepas, ayah aku ada mesej, bagitau ada adik dia mintak nombor telefon aku, untuk bertanyakan khabar. Aku terkejut tapi sangatlah berbesar hati, dan tunggu je bila adik ayah aku ni nak contact aku.

Dan tadi aku dapat mesej dari nombor yang tak dikenali,

"Kerja ke hari ini? - Pak Tam Shuib (adik ayah) Kedah"

Wow, cool! Walaupun paktam hantar mesej macam tu je, terasa dah dekat dihati. Dan lepas tu, bermula sesi perkenalan secara singkat melalui mesej. Sebelum ni, ada jugak seorang sepupu aku pun menjejak kasih, dengan menggunakan mesej tapi seriously, masih terasa jauh. Mungkin sebab dari cara mula-mula bertegur.

Yeay, dah bertambah adik beradik aku. InsyaAllah akan cuba jumpa diorang semua dalam tempoh terdekat. Mengikut kata ayah aku, aku ni famous dan wanted sebab aku adik beradik yang rare. Sebab diorang kenal nama tapi taktau aku siapa. Hahaha. Lucu kan ayah aku ni, boleh dia kata aku ni rare.

Tapi ni semua aku kena rahsiakan dari famili mak aku. Hek! Tak best betul lah!


Friday, October 11, 2013

stalker di fesbuk

Aku bukan lah stalker tapi sejak wujudnya fesbuk ni, aku cenderung untuk menjadi stalker orang, stalk apa yang kawan-kawan aku ni buat, update itu, update ini. Ouh, thanks news feed. You help me alot! *sigh!*

Kadang-kadang tu, memang terasa busy body. Busy body sangat sampai sibuk je nak tanya yang tu yang ni. Tapi tula, sometimes bila sibuk tanya yang tu yang ni, maybe kita get closer dengan orang yang kita sibuk komen tu ataupun jadi annoying. So aku pun beware apa yang aku nak tanya dan komen. Taknak melukakan hati atau buat orang tu sentap. Itu bila ada mood la.

Ce kalau masa takde mood?

Masa takde mood, scroll atas bawah, belek apa yang patut, pastu dapat mood balik jadi stalker, klik yang tu yang ni, sebab nak jadi busy body lagi. Astagfirullah... Apa nak jadi ni, keja nak stalk. Nampak kat situ, tetiba dah apply kerja jadi stalker. Haha

Tapi kan, dalam dok membelek fesbuk, aku nak jugak check profile orang tu. Saje nak tengok, awek baru lagi ke. Ni awek yang mana pulak. Apa pulak yang orang tu cuba kikis dari awek tu. Motif? Entah, kepuasan kot celah mana tah agaknya. Cuma aku bersyukur, aku bukan lagi dengan dia. Aku tak lagi dengan orang yang rajin mempergunakan barang dan duit aku. Sesekali, terasa nak tolong menyelamatkan awek yang bersama orang tu, tapi dah tentu perempuan tu takkan percaya aku. Automatik aku akan jadi watak antogonis. Heh!

Tapi kan... *bape punya tapi la*, kalau aku nak list awek-awek orang tu yang aku tau kot fesbuk, pergh. Berderet wey! Padahal baru 2 tahun aku takde pape dengan dia. Memang macam tukar baju je dia buat. Memang aku nak doa tak baik je untuk dia tapi pikir-pikir balik, Allah lagi tahu apa yang nak dibuat dengan orang macam tu. Allah lagi tau apa balasan yang akan dia hadap kelak. Aku takut kalau aku doa yang bukan-bukan, aku pulak yang dapat tempias balik. Jangan main-main apa yang korang doa tau.

Untuk elak dari jadi stalker kat fesbuk, meh kita jadi stalker kat blog. Jom blogwalking! :)

Thursday, October 10, 2013

events with pictures

Daripada pagi sampai ke saat ni, aku dah pun bukak page untuk create post baru, dok berfikir-fikir, apa yang nak ditaipkan kat post ni. Dan apa yang aku taip saat ini adalah, "Daripada pagi sampai ke saat ni, aku dah pun bukak page untuk create post baru, dok berfikir-fikir, apa yang nak ditaipkan kat post ni. Dan apa yang aku taip saat ini adalah,"

Nampak tak keserabutan, sampai boleh dok ulang ayat yang sama berkali-kali.

Finally.... *finally la sangat, kalau baru nak mula meluahkan perasaan* Aku nak share tentang aktiviti-aktiviti yang aku involve setakat baru 2 bulan bekerja di tempat baru. Entah kenapa aku ada 'pemanis' kat sini. Or maybe, sebab nampak aku tak kisah join untuk first event, so diorang ingat untuk event lain pun, aku tak kisah jugak.

Untuk first event, aku jadi assistant locater. Kononnya la. Tapi task lebih dari tu, sebab aku kemaskan area untuk hidang makan, angkat dan hidang makan kat meja buffet, make sure keadaan dalam terkawal. Dahla aku masih baru masa tu, nak sesuka panggil orang pun tak tau nama. Hiks!


Selepas beberapa minggu pulak, aku dijemput untuk jadi coordinator pada recruitment day untuk dua hari. Yerp, very glad to be part of the family now. Sebab dengan adanya event, aku mudah bergaul mesra dengan ahli-ahli famili baru ni.


Dengan secara tak semena-mena, networking makin meluas. Dua minggu lepas tu pulak, aku join trip bas sekolah anak-anak staff. Kesnya sebab salah seorang staff tak dapat hadir ke trip tu, jadi diorang mintak aku gantikan. Sweet kan. Once orang dah kenal dan percaya, senang je nama aku jadi sebutan untuk event.


Next, ada event yang menanti tapi aku pulak tak dapat bertugas sebab kena bertugas di ofis masa tu. Event yang diorang nak buat ni dekat luar ofis. Anyhow, dengan pengalaman ni, buatkan I got good networking dan I dah jadi most wanted yo! *pfftttt!*




Wednesday, October 09, 2013

merah itu memang berseri

Semalam, berlansungnya annual dinner yang diadakan oleh tempat kerja separuh masa tu. Yang bertemakan Night of Stars. 
ini bukan invitation aku. no kad invitation aku 1248

Jadi aku pilih baju dress merah untuk digayakan semalam. Konon-konon nak jadi star kan. Dan merah itu buat aku rasa menawan. Sungguh!


Baju tu bukan mahal sangat pun, baru RM70. Labuh pulak tu. Lepas ni, baju ni takde aku nak simpan tersadai. Cuma penggayaan baju ni akan jadi berbeza. Aku akan mengenakan inner lengan panjang itam untuk nampak gaya sopan dan trendy ataupun sarungkan jaket di atas untuk nampak gaya rock. 

Setelah genap 3 dekad, baru perasan warna yang sesuai dengan aku ialah merah. Jadi lepas ni, aku target baju merah je ye. Hehe

Tuesday, October 08, 2013

gelis

Tetiba aku geli sendiri baca artikel di blog aku yang lagi satu. 
Jiwang keparat rupanya aku nih

Friday, October 04, 2013

sis dan junior

Lunch break tadi, sepatutnya aku lunch dengan si azira, tapi entah miscommunication yang macam mana tah, aku keluar lunch dengan orang lain dan si azira ni boleh pulak tunggu aku kat ofis. Sori, sebab aku tak buat message susulan untuk confirm. 

Aku keluar lunch dengan sorang sis ni, dari different department but same division. Jadi, boleh dikatakan aku agak faham dengan job description sis ni. Dari awal kami cuma sembang-sembang kosong tapi final topic adalah tentang seorang staff yang pernah kerja dengan sis ni, yang sekarang dah pun berpindah ke division lain, yang aku bagi nama junior.

Sis sembang sambil mengadu tentang junior, bukanlah tujuan untuk memburukkan junior tapi seolah-olah memberi penjelasan kenapa junior dipindahkan ke division lain. Dan dua-tiga hari lepas, aku pernah lunch dengan junior sambil bertanyakan sebab-sebab pindah division, dan nampaknya di sini, memang sebab-sebab diberikan sangat berbeza. 

Aku tak salahkan junior, aku jua tak salahkan sis. Sebab dari awal, masalah yang berlaku terjadi dari management itu sendiri, yang salah tafsirkan kelayakan junior untuk bekerja di division sebelum ini. Cuma, aku kasihankan mereka berdua, sebab masing-masing taknak bertegur siapa. Tersentap dan terasa hati antara satu sama lain.

Junior pernah mention, management menyatakan sebab pertukaran junior ke division lain sebab tak dapat 'perform'. Bagi bahagian junior, dia rasa dia sangat memberi sumbangan dan tak layak untuk dinyatakan tidak perform tu. 

Bagi sis pula, junior tak dapat perform sebab division sebelum ni tak sesuai untuk junior yang mana, kelayakan junior tidak lansung sesuai dengan division tersebut. Contoh rambang iaitu kalau kelayakan junior di dalam bidang masakan tapi job description dalam bidang menjahit. Jadi, dah tentulah istilah tak perform yang akan digunakan. 

Walaubagaimanapun, junior happy dengan kerja baru dia, dan sis dah pun dapatkan staff baru untuk gantikan junior, yang bakal memulakan kerjaya minggu depan. 

Harap mereka berdua akan rapat kembali dan tidak menyimpan dendam atau kenangan tidak baik itu.
 

Thursday, October 03, 2013

kawan pondan

Aku ada sorang kawan pondan, panggilan Su. Baru-baru ni je pun, aku mula kawan dengan dia, itupun sebab dia satu department dengan si dia. Macamana aku direct sound pondan, sebab dia sendiri buat statement camtu. Tahun lepas, aku kena attend satu training dengan staff-staff department lain. Jadi ada la sikit sebanyak sesi perkenalan. Su pun ada sekali, dan Su ni dengan sukarela memperkenalkan diri. Dari nama, asal, status semua. Alih-alih ayat penutup dia siap dengan gedik-gedik, "Apa lagi yang U olls nk tanya? Yes, I ni pondan okeh" Dah tergelak satu kelas dengar statement dia.

Ada satu masa, tak ingat bila, masa aku saja nak singgah jumpa si dia, aku jumpa dengan Su sekali. Aku offer asam kering, sebab masa tu pun aku tengah layan makan. Asam tu merah, dan boleh pulak dia bersungguh makan dan 'tenyeh' asam tu kat bibir, dengan harapan jadi merah natural dan jadi seksi. Lepas tu sibuk tanya, "Merah sangat tak U?" Dan aku pun geleng sambil senyum-senyum. Sabar jela...

Kadang kala tu, aku pulak yang termalu sendiri sebab Su nampak lebih lembut dan keperempuanan, yang aku ni pulak kebanyakkan masa pulak agak kasar dan ganas.

Selasa ni, dekat I_KEA ade event tahunan, iaitu dinner. Aku dengar cerita dari si dia, yang Su bersungguh-sungguh nak melaram sampaikan nak pakai push-up bra. Aku tergelak lagi sebab aku pun tak terfikir ke arah tu untuk melaram. Maybe sebab dah ada original agaknya. =P

Tahun lepas, Su ni bergaya sakan jugak, pelik nape dia tak menang. Atau maybe, juri confuse nak klasifikasikan Su bawah gender yang mana satu... kot.

Su dan aku di annual dinner 2012

Selasa ni, kalau ada kesempatan, aku cuba snap gambar dengan Su lagi..



Tuesday, October 01, 2013

aku adalah (separuh + sepenuh)masa pekerja

Lately ni, aku kerap cerita tentang kerja aku as part timer untuk bahagian perkhidmatan pelanggan. Sungguh, aku rindu dengan kerja tu lagi-lagi bila dah dekat sebulan aku tak kerja situ. Kelebihan bekerja sebagai part timer, kau boleh pilih hari dan masa yang kau suka atau senang untuk bekerja. Dalam kes aku, selalunya aku dah 'fill up' sebulan sebelum tarikh bekerja dengan fikirkan komitmen di tempat kerja yang full time tu. Sebab tu, aku hampir sebulan tak kerja sebagai part timer sebab ingatkan jadual yang padat di tempat kerja full time tu.

Sebelum aku dapat kerja di tempat full time sekarang, boleh dikatakan sebelum ni, status aku adalah full time sebagai part timer. Jadi kebanyakkan masa, aku memang selalu menghadap (face to face) pelanggan sampaikan sesetengah pelanggan pun mulai kenal aku. Kiranya kalau berselisih kat luar pun boleh tegur aku camtu. Tapi masa tu, aku tak excited kerja seperti sekarang, selepas dari aku mula kerja di tempat kerja fulltime yang baru.

Pelanggan rajin tegur aku yang aku lebih bersemangat dan lebih ceria untuk melayan pelanggan berbanding sebelum ni. Dan sebab ceria dan semangat tu, kebanyakkan masa pelanggan akan tolak ansur atau cepat 'kaw-tim' kalau ada perselisihan faham walaupun tidak melibatkan diri aku. Hebat kan?

Seperti artikel sebelum ni, yang mana pelanggan sikit sebanyak kurang berbahasa dan ajar, sebenarnya orang yang macam ni, pasti akan beri kesan secara negatif kepada kita dan keadaan sekeliling. Jadi aku selalu mengingatkan diri aku sendiri untuk kerap dan teruskan senyum sebagai semangat positif untuk stabilkan keadaan. Jangan menambah bara dalam panas tapi tambahkan ais. Tapi kalau keadaan betul-betul tak terkawal dan sikap positif macam tu pun tak beri kesan jugak, kita cari orang lain untuk tambah beri aura positif tu. Dah reramai nanti, mesti punya keadaan jadi sejuk.

Mungkin dari segi cakap dengar macam senang, tapi kebanyakkan akan fikir, susah nak buat. Sebenarnya susah nak buat, kalau kita tak cukup pengalaman. Dari pengalaman yang akan mengajar seseorang untuk jadi yakin. Bila kita dah cukup pengalaman, yang susah akan jadi senang untuk diselesaikan.

Niat dalam ati juga penting. Kalau dari awal hari bekerja, dipasang niat untuk kerja secara ikhlas walaupun sekadar 'part timer', perasaan tolong pelanggan secara ikhlas, urusan akan dipermudahkan. InsyaAllah rezeki yang kita dapat mungkin lebih dari yang diharapkan. Tapi kalau dari awal diniatkan, kerja arini hanyalah untuk cukup syarat, hanyalah sekadar kerja, ada saja yang tak menjadi semasa bekerja nanti. Rezeki tu jugak mungkin lebih senang ditarik ke sana-sini tanpa sebab.

Politik semasa bekerja tentu ada. Mungkin 'kipas' salah satu cara untuk pastikan kedudukan kita stabil tapi lebih baik sibuk kipas diri sendiri supaya prestasi lebih baik dan ada kedudukan yang stabil. 'Once' kau dah pandai buat kerja, kita dah jadi 'favourite' diorang sebab walaupun kau cuti sekalipun, mereka akan cuba panggil kita bekerja juga. Mungkin pada mulanya kita rasa stress bila dipanggil bekerja semasa cuti tapi itula petunjuk yang prestasi kita dalam keadaan yang terbaik. 

Oh ya! Tempat 'part-time' ni akan mengadakan annual dinner minggu depan. Untung ada annual dinner dua kali setahun. Tema tahun ni pulak, Nights of Star. Baju yang macamana patut aku pakai ye?