small advertisement

Friday, September 27, 2013

10sen

Dengar khabar berita, harga minyak bakal naik 10sen lagi selepas kenaikan 20sen haritu.

Aku berperasaan gusar. Baru je memulakan kerjaya di tempat yang baru, yang perjalanan pergi baliknya dalam 50km sehari. Baru sangat, kiranya baru je 2 kali terima gaji dekat tempat baru. Gaji sekarang memang berbeza banyak dengan gaji yang diperoleh sebelum ni, lebih lumayan. Tapi selepas kenaikan harga minyak, sikit sebanyak mengganggu perbelanjaan seharian. Seolah-olah macam memperoleh nilai gaji yang sama seperti di tempat lama. Efek kenaikan harga minyak bukan setakat nilai minyak yang diisi seharian, tapi turut pengaruhi harga keperluan lain. Kalau setiap satu barang naik harga walaupun 10-20sen, nanti bila dicampur-campur, bukan makan beringgit. Boleh jadi berpuluh-puluh ringgit. Kalau nak dikira sebulan pulak, dah jadi beratus.

Nampaknya, kena 'double'kan permintaan gaji andaikata ada rezeki di tempat lain. Itupun kalau ada tawaran kerja yang masih boleh 'offer' gaji lumayan. Dan dah tentu semua orang pun sibuk berlumba-lumba cari peluang pekerjaan yang boleh bagi gaji lebih lumayan.

Andai tiada rezeki untuk memperoleh pendapatan yang lebih lumayan, mudahan kita semua masih boleh memperoleh kehidupan yang selesa dan stabil. Diharap juga, negara kita masih aman damai. Mintak simpang jauh-jauh kalau negara kita jadi seperti negara-negara jiran, yang terlalu beza taraf kehidupan antara yang miskin dan kaya.

Alamak... Aku belum kahwin. Jangan pulak harga hantaran turut melonjak tinggi. Macamana nak kahwin kalau harga hantaran pun dah 'naik harga'. Memang lambat lagi la agaknya kot. Adoyainya pun....

*salahkan kerajaan ataupun salahkan diri sendiri sebab tak kahwin lagi? teng-teng-teng-teng~~~*

Ok-ok...
Harap-harap, kalaupun harga minyak naik lagi lepas ni, mudahan kita semua sebagai rakyat negara ini, kekal aman makmur, sentiasa dilimpahi rezeki dari kekayaan Allah itu dan berjiwa tenang. Ameen~~


No comments:

Post a Comment

Hello!