small advertisement

Monday, September 30, 2013

budi bahasa budaya kita

Sudah dua tiga minggu, aku mula melepak menonton tv di rumah berbanding yang sebelumnya, aku gemar jadikan McD atau kedai mamak sebagai pengganti. Maklumlah, mereka ni langgan astro. Boleh la tengok crita yang rare sikit. Takpun, layan tengok bola. 

Tapi sejak aku jadi penggemar RTM2, aku mula tertanya-tanya dengan segala motif iklan-iklan di tv tu, yang aku jarang-jarang nampak di channel lain. Iklan yang berbentuk pelajaran dan pengajaran.

Aku sedar dengan 'kempen berbudi bahasa, budaya kita' tu, cuma iklan-iklan tu buat aku tersedar yang kita semua memang sudah kekurangan budi bahasa sesama rakyat. Kementerian Penerangan pun dah terpaksa keluarkan iklan-iklan yang betul-betul nak mengajar dan menyedarkan perkara yang kita anggap selama ini remeh dah pun jadi berleluasa.

Antara iklan yang buat aku tertarik, iklan tentang tempat letak kereta. Macamana kita 'parking' kereta tu, macamana kadang-kadang kita pentingkan diri dengan mencuri tempat letak kereta orang lain, yang dah pun beratur dan tunggu sebelum tu. Iklan yang satu lagi, yang panjang lebar ceritanya pun, sikit sebanyak menyedarkan aku dengan mentality masyarakat sekarang ni. Kebanyakan masyarakat tidak lagi pandai menghormati satu sama lain, tidak lagi fikirkan kepentingan orang lain, tidak lagi pandai untuk memaafkan orang lain..

Aku akui, turut bersalah, sebab kadang-kadang aku selalu pentingkan diri sendiri. Dalam tengah pentingkan sendiri, aku sedar aku turut disrespect orang lain. Aku minta maaf. Namun, sejak aku mula berkecimpung dalam bidang perkhidmatan pelanggan, 'disrespect' aku tak sehebat dengan pelanggan-pelanggan yang aku pernah attend. Dan yang menyedihkan hati, kebanyakkan yang suka melenting tak tentu pasal tu dari bangsa aku sendiri.

Kerenah pelanggan berbagai-bagai dan kadang-kala menuntut aku untuk melenting tapi apa gunanya aku melenting dan mengamuk seandainya aku pun turut dilabel sebagai orang yang tidak berbahasa dan kurang ajar walaupun ketika itu, kebenaran di pihak aku. Di tempat kerja aku, slogan 'customer always right' tak diaplikasikan sebab pelanggan sendiri tak tahu apa yang disoalkan dan dipertahankan itu betul, mengikut 'terms & regulations' syarikat. Tapi sebab nak tunjuk 'good customer service', ade aje benda yang tak boleh pun dibolehkan. Lepas dah dibolehkan, majoriti lupa plak nak berterima kasih atau bersyukur. 

Pengalaman kerja dalam 'customer service' best, sebab aku jumpa dengan ramai orang yang dengan pelbagai kerenah tu. Yang mana yang sombong, yang mana yang ramah, yang mana yang sopan, yang mana yang sangat 'decent'. Perhaps, dikongsikan dalam artikel seterusnya... InsyaAllah






Friday, September 27, 2013

10sen

Dengar khabar berita, harga minyak bakal naik 10sen lagi selepas kenaikan 20sen haritu.

Aku berperasaan gusar. Baru je memulakan kerjaya di tempat yang baru, yang perjalanan pergi baliknya dalam 50km sehari. Baru sangat, kiranya baru je 2 kali terima gaji dekat tempat baru. Gaji sekarang memang berbeza banyak dengan gaji yang diperoleh sebelum ni, lebih lumayan. Tapi selepas kenaikan harga minyak, sikit sebanyak mengganggu perbelanjaan seharian. Seolah-olah macam memperoleh nilai gaji yang sama seperti di tempat lama. Efek kenaikan harga minyak bukan setakat nilai minyak yang diisi seharian, tapi turut pengaruhi harga keperluan lain. Kalau setiap satu barang naik harga walaupun 10-20sen, nanti bila dicampur-campur, bukan makan beringgit. Boleh jadi berpuluh-puluh ringgit. Kalau nak dikira sebulan pulak, dah jadi beratus.

Nampaknya, kena 'double'kan permintaan gaji andaikata ada rezeki di tempat lain. Itupun kalau ada tawaran kerja yang masih boleh 'offer' gaji lumayan. Dan dah tentu semua orang pun sibuk berlumba-lumba cari peluang pekerjaan yang boleh bagi gaji lebih lumayan.

Andai tiada rezeki untuk memperoleh pendapatan yang lebih lumayan, mudahan kita semua masih boleh memperoleh kehidupan yang selesa dan stabil. Diharap juga, negara kita masih aman damai. Mintak simpang jauh-jauh kalau negara kita jadi seperti negara-negara jiran, yang terlalu beza taraf kehidupan antara yang miskin dan kaya.

Alamak... Aku belum kahwin. Jangan pulak harga hantaran turut melonjak tinggi. Macamana nak kahwin kalau harga hantaran pun dah 'naik harga'. Memang lambat lagi la agaknya kot. Adoyainya pun....

*salahkan kerajaan ataupun salahkan diri sendiri sebab tak kahwin lagi? teng-teng-teng-teng~~~*

Ok-ok...
Harap-harap, kalaupun harga minyak naik lagi lepas ni, mudahan kita semua sebagai rakyat negara ini, kekal aman makmur, sentiasa dilimpahi rezeki dari kekayaan Allah itu dan berjiwa tenang. Ameen~~


Thursday, September 26, 2013

umur bukan penghalang

Walaupun hati sudah melalui saat-saat buruk dalam percintaan, dalam kerjaya, dalam hubungan sesama famili dan macam-macam lagi, tapi kehidupan harus diteruskan. Dan dengan umur aku hampir menjengah three series, but still aku masih mengamalkan gaya hidup orang muda. Mungkin sebab aku masih bujang agaknya.

Tengok wayang di sana sini, travelling sana sini, berdating sana sini. 

Still, ada sesetengah benda yang aku try catch up sebagai orang dewasa iaitu kerja! Have to kan! Sebab without kerja, tak dapat gaji. Takda gaji, takda duit. Takda duit, macamana nak berbelanja. Berbelanja untuk makan, shopping baju kasut semua. Tak larat dah nak berhutang, jadi jom settle hutang perlahan-lahan. 

Currently, ada dua kerja yang aku buat. Satu sebagai full time job, satu lagi sebagai part time job. Sebab sekarang, memang wajib untuk ada side income even passive atau tak. Side income is necessary, of course untuk tambah pendapatan but salah satu sebab lain untuk tambah pengalaman dalam CV, dalam kehidupan seharian. Side income tu tak semestinya related dengan work scope yang kerja fulltime tu, maybe sedikit tersasar atau tersasar lansung. Cuma kalau yang tersasar, you will find it very challenge to face but still it's very good experience and moments in your life.

Dua-tiga hari lepas, aku terbaca satu artikel, berkenaan halatuju dan pilihan seseorang itu. Dalam artikel tu, dah diberikan contoh tapi tak berapa relevan sangat. Daripada pemahaman aku, boleh diringkaskan macam kat bawah ni:

Mira, Nora dan Niza masing-masing tinggal di Ipoh Perak. Mereka bertiga nak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri seminar. Mira memilih untuk menaiki keretapi ke Ipoh, Nora dan Niza memilih untuk memandu tapi seorang melalui jalan lama dan seorang lagi melalui jalan raya (highway). 

Niza sampai dahulu di Kuala Lumpur kerana dia memilih laluan highway. Dia pun tunggu Mira dan Nora di hotel. Disusuli Nora sejam kemudian kerana memilih jalan lama dan Mira, tiga jam kemudian kerana memilih pengangkutan keretapi. Masing-masing sampai di destinasi tapi dengan berlainan pengalaman. 

Niza - sampai paling awal tapi sepanjang perjalanan, tak banyak cerita yang nak diceritakan
Nora- sampai kedua awal tapi dia punya banyak cerita yang nak dikongsikan, dari pembinaan jalan baru, lembu melintas, traffic light rosak, kereta rosak, kedai-kedai di tepi jalan, dan lain-lain yang diceritakan boleh memakan masa berjam-jam lamanya.
Mira - sampai paling lambat, play safe supaya elak dari penat memandu, tiada cerita untuk dikongsikan. 

Kalau kita cuba aplikasikan cerita atas di dalam kehidupan, mana-mana jalan yang kita pilih, InsyaAllah sampai destinasinya, lambat atau cepat, boleh memperoleh pengalaman atau tak. Pengalaman itu penting, pengalaman itu mengajar kita untuk menikmati kehidupan.

Setakat ni, aku pernah melalui fasa hidup macam Niza, cepat tapi tak banyak cerita nak dikongsikan. Pun pernah macam Mira, tapi sekarang aku cuba memilih haluan hidup macam Nora. Berwarna warni dan banyak pengalaman nak dikongsikan. 

Jangan pilih jalan senang, nanti sentiasa tak pernah rasa puas. Tapi pilih jalan susah sikit, supaya kepuasan diri dapat dicapai, pengalaman bertambah, dan hubungan silaturrahim dapat diperluaskan. InsyaAllah.

Sungguh, aku bangga dengan apa yang aku pilih. Alhamdulillah, masih belum tersasar dalam mencari destinasi kehidupan :)

Wednesday, September 11, 2013

Rebate RM200

Rebat RM200 untuk Pakej Komunikasi Belia dah dibuka kembali ye. Sebab ramai yang belum tebus rebate tu, jadi ada error dalam pengiraan untuk capai target 1.5 juta tu belia.

Jadi apa lagi? Jomla tebus untuk siapa-siapa belum tebus rebate RM200 tu. Siapa cepat dia dapat. Kalau nak claim tu, terus je pegi kat kedai telekomunikasi yang menjadi wakil SKMM ni. Valid untuk 2minggu lepas register.

TAPI

Pastikan anda ada kad pengenalan yang sah, berumur 21-30 tahun dan mempunyai pendapatan bawah RM3000!

Saya?
Saya boleh claim rebate RM200 tu, tapi henfon idaman saya tak ada dalam senarai. Sedih. Takkan nak jugak gagahkan diri beli henfon lain semata nak claim rebat kan? Sob-sob-sob!



Monday, September 09, 2013

tiada rasa

Terkilan hati bila makanan yang dimasak seperti tak ada rasa.
Tak ada garam, tak ada gula.
Lagi-lagi menu yang simple macam spageti dengan sos tomato tu.
Gara-gara selsema yang menyerang sehari sebelum.

Habis 'saham' dengan bakal ibu mertua.

Terkilan, terkilan.




Tuesday, September 03, 2013

shopping dan kasut

Apabila ditanyakan, apakah kaitan dengan perempuan dengan duit, kebanyakkan akan memberi jawapan *sikit sebanyak survey dibuat secara random* iaitu, boros, kecantikan, shopping, bazir, pisau cukur, dll. Sikit pun aku tak bangkang sebab aku sendiri ada ciri-ciri tersebut tapi bila sampai bahagian shopping, aku akan terfikir-fikir macamana perempuan *sebilangan sahaja* boleh beli banyak barang yang sama pada waktu yang sama. Contoh, kasut atau handbag.

Aku rasa, barang yang macam tu, kasut atau handbag tu, adalah barang yang sekali-sekala dibeli. Kalau beli pun, jarang la aku tengok yang beli sampai 5 pasang sekaligus. Aku agak orang yang macam ni, ada masalah dengan simpanan kasut, mungkin selalu hilang atau dicuri, ataupun, baru pindah sehelai sepinggang, tapi takkan sampai 5 pasang kot kan.

Kenapa nak beli dengan kuantiti yang banyak? Itupun kalau dibeli sekali tu 5pasang. Cuba kalau memang ada habit setiap kali beli, mesti nak beli berpasang-pasang. Setakat mana sangat yang boleh nak ulang pakai kasut tu? Ke memang beli nak buat pameran ke? Sungguh aku tak faham. 


Boleh kalau nak variety kan kasut, tapi tak perlu la sampai ada 'bilik almari kasut'. Melampau tau. Sikit-sikit sudahlah..

Tapi... Ada kasut cantik kat zalora.


Cantikkan? Sepasang RM65. Sekarang ni, takyah susah-susah pergi kedai, asal ada internet di hujung jari, boleh beli online. Tapi tak perlu beli sampai 5 pasang. Sepasang pun cukup untuk setahun.