small advertisement

Thursday, December 26, 2013

tak usah mencapai awan, lebih baik mencapai pokok kelapa

Share ngan korang video clip ni walaupun dah lama. Tapi bagi aku still mengerikan.




Aku pernah dok umah flat, tingkat 21 selama 2 tahun. Atas bukit pulak tu. Serius takut dok umah setiap kali masa tengah hujan dan ribut sebab lain macam je bunyi dengar angin tu. Pun sakit badan-badan kalau masa tu lif rosak. Kena panjat tangga tinggi-tinggi macam tu.

Ni bila dah tengok video klip macam ni, memangla aku prefer dok umah rendah-rendah. Dah macam permainan jenga dah.

Monday, December 23, 2013

henfon dan shopping

Pagi-pagi, aku on internet, login dan check akaun gaji. Alhamdulillah, gaji dah masuk. Mula la berangan masa tu, kalau beli barang online harini, sempat ni dapat barang tu esok, sebelum Rabu ni cuti.

Masa yang sama, aku pun dah siap buat listing, apa yang nak dibayar secara online. Bil elektrik, pinjaman. Itulah gamaknya kehidupan orang yang bekerja untuk menanggung komitmen kan.

Lepas tu, bersiap-siap pergi kerja macam biasa. Dah elok separuh perjalanan nak sampai ofis, teringat pulak nak check sumthing dekat henfon. Dicari-cari henfon dalam henbag, takde. Bila difikir-fikir kat mana, barulah teringat, terlupa nak capai henfon tadi atas katil. Nak patah balik, memang tak berbaloi. Jauh jugak perjalanannya. Jadi, terus je ke ofis tanpa henfon.

Hari ini, hari tanpa henfon.
Tak payah whatsapp, tak payah facebook, tak payah candy crush.
Bagus!
Boleh fokus buat kerja.

Tapi macamana kalau tok call aku?
Macamana kalau ayah aku ada nak bagitau pape?
Macamana kalau-kalau ada panggilan penting.
Haih!!!~~

Tapi kan, itu takdela terkilan sangat.
Yang paling terkilan sekarang ni, macamana aku nak bayar bil ni.
Dan paling penting, macamana nak shopping online sekarang ni?
Hekhekhek..




Friday, December 20, 2013

pilihan dan keputusan

Setiap pilihan yang terjana, datangnya dari sendiri.
Setiap pilihan yang diusul, ditapis oleh diri sendiri

Tak mungkin adanya pilihan
Yang bernadakan 'aku tiada pilihan'
Tapi sedangkan kau yang mengadakan pilihan itu

Keputusan datang dari pilihan tadi
Keputusan yang dijana, datang dari pilihan itu

Pilihan dan keputusan
Dua-dua datangnya dari hati
Hati yang memilih
Hati yang membuat keputusan

Mana mungkin kau salahkan dia
Mereka atau pilihan yang tiada itu

Tipu!
Sebab kau sedang cuba menyalahkan mereka
Atas keputusan yang dibuat

Bertanggungjawablah dengan keputusan dari pilihan itu
Supaya masyarakat lebih memandang mulia keputusan itu

Tuesday, December 17, 2013

bila budak bercakap ikhlas sangat

Tadi pagi, aku tertarik dengan topik yang diorang sembang-sembang dekat Red FM. Topik tentang budak-budak yang suka cakap secara drastik. Contoh macam cerita pagi tadi, "Bontot aunty besar". Hahaa, apa perasaan korang bila budak-budak cakap camtu? Memang rasa pelik tapi masa yang sama, geli hati dan terkejut kan.

Tapi macamana plak kalau orang dewasa yang cakap camtu, confirm kita terus target, yang dia ni miang ke, pervert ke, suka membelek ke, apa-apa je la yang ke arah tu kan. Unless kalau orang tu, memang rapat dengan kita, takdelah nak terasa hati atau nak target yang bukan-bukan kan. Itulah kelebihan budak-budak, diorang berdaya cakap ikhlas dan terus terang. Terpulang macamana kita nak terima. 

Aku pun pernah jugak kena tegur dengan budak-budak ni, lagi-lagi dengan sepupu aku, anyah yang berumur 9tahun bulan depan. Masa tu, aku nak keluar dengan boyfriend. Boleh agakla kan, macamana kita bersiap kalau nak pegi date kan. Masa tu dia baru umur 5tahun, jadi kepetahan bercakap tu memang layaaaaaaannnnn sangat. Hehe.

Masa nak bersiap ni, si anyah ni sibuk tanya, "Kakak, kakak nak pergi mana? Cantik-cantik macam ni." Haih, dah bunyi jeles masa tu, sebab aku bersiap sorang, tak suruh dia bersiap sekali. Aku cuma diam je, buat tak paham. Lagi dilayan, lagi menjadi-jadi soalan. Lebih baik diam, dari menjawab.

Elok aku dah siap, si boyfriend pun dah sampai umah. Si boyfriend masuk umah dulu, sebab masa tu, aku ade benda lain nak settle. Tak ingat pulak, apa bendanya. Tapi, si anyah dah start melayan-layan sembang dengan boyfriend. Lepas tu aku terdengar anyah cakap, "Abg, abg nak pergi mana? Abg nak pergi bercinta dengan kakak ye?" Adoy...

Merah padam muka aku, walaupun betul masa tu nak keluar date. Agaknya sebab dah biasa pakai istilah date instead bercinta kan. Rasa kekok lain macam. Rasa tak macho. Hahaha!

Elok aku nak keluar rumah dengan boyfriend, sempat lagi anyah sampaikan salamnya, "Kakak, selamat bercinta"...

Sekarang, anyah dah jadi pendiam sikit berbanding dulu-dulu. Adik dia pulak yang take over sekarang ni. Adik dia ni lagi dasat, tapi bukan drastik. Lebih kepada ayat-ayat manis pujuk hati. Kadang-kadang aku pun boleh tersyahdu bila dengar dia cakap. Kalau dia nak jual apa-apa ni, mestila laku ni. Harapnya bukanlah playboy, menjual ayat manis. Hehehe



Thursday, December 05, 2013

smartphone free dari myeg - tak dapat lagi

Dalam bulan sembilan aritu, aku dapat email dari myeg, tentang pemberian percuma smartphone dengan menggunakan skim rebat pakej komunikasi belia. Memandangkan masa tu, henfon aku start buat hal, dengan perangai on-off ikut suka hati dia, perangai tunjuk memory full padahal apa pun tak install, maka email tu menunjukkan suatu cahaya yang menuju harapan menggunung, memiliki sebuah smartphone. Gitu jah oi...



Dengan semangat berkobar-kobar, aku pun register dengan harapan dapatla smartphone tu secepat mungkin. Tapi sampai ke minggu lepas, barulah aku dapat call daripada myeg. Masa tu harapan tak lagi tak lagi menggunung. Sebaik dapat call daripada myeg, mencanak balik pulak harapan tu. Hahaha *apelah ayat kau jah oi*

Masa dia call, aku tengah batuk-batuk. Tak sehat. Memang bukan nak mood sangat nak bercakap. Seingat aku, dia cuma mengucapkan tahniah sebab permohonan berjaya dan dia perlukan fotocopy IC depan belakang untuk proses seterusnya, hantar dekat email dia. Kan semangat tengah mencanak, cepat-cepat aku scan IC aku, hantar dekat dia. Dan smartphone tu?

Dah seminggu berlalu. Smartphone tak dapat lagi. Harapan tak menggunung lagi. Pun makin menurun bila aku check status permohonan aku kat myeg tu tadi.


Apekah maksud partially approved tu? Boleh pulak separuh lulus separuh lagi tak kan. Hmm, biarkan jelah. Kalau ada rezeki smartphone tu dengan aku, In Shaa Allah ada nanti. Lama sangat dah menunggu ni. Memang bukan mood lagi dah. 

Tapi ada siapa-siapa yang dah dapat smartphone tu dari myeg? Yang apply cam aku jugak. Kalau ada, sharelah apa yang patut. Memang lama camtu ke prosesnya. Ataupun dengan cara macamana myeg nak bagi smartphone tu.

 Eh. Sakit pulak ati kite nih

Update pada 6/12/13:


Dapat sms dari 66688, mintak hantar copy IC kat myeg. Brape kali nak hantar da....

Update pada 13/12/13:



Dah approved. Mesti tertanya-tanya, setiap hari ke aku check status, kan? Takla rajin macam tu sangat tapi sebab aku dapat email dari celcom, nama aku dah didaftarkan bawah celcom. Mula-mula terkejut, tapi bila ingatkan yang pakej belia ni datang sekali dengan prepaid celcom, terus aku check status.

Jom tunggu lagi~~~

Friday, November 15, 2013

mengapa mereka telah berubah?

Dari dulu aku ketahui
Malah sedar
Manusia yang diciptakan oleh yang satu itu
Diberikan perasaan
Untuk membezakan antara yang benar dan salah

Tapi kini
Baru ku ketahui
Malah bertambah sedar
Manusia yang diciptakan oleh yang satu itu
Sangat lemah hatinya
Walaupun hari-hari
Sentiasa melalui kebenaran dan penipuan

Manusia pada hari ini
Lebih peka pada hal sekeliling
Lebih mengambil tahu hal di sekeliling
Sehinggakan perkara yang tidak logik
Masih dipercayai oleh mereka
Masih disanjung-sanjung oleh mereka

Dimana kebenaran jika penipuan disanjung-sanjung
Dimana kebenaran jika hati tidak lagi cekal seperti dulu
Hati yang sangat rapuh

Manusia yang berhati rapuh ini
Mudah melenting jika ditegur
Manusia yang berhati rapuh ini
Mudah menjadi amarah bila disentuh

Tiada lagi semangat kejiranan
Tiada lagi semangat kekeluargaan
Yang disemai dalam hati mereka

Mengapa mereka telah berubah?

Wednesday, November 13, 2013

dimana budi pekerti kita?

Sabtu yang lepas, aku cadang nak ke Danau Kota, nak survey baju camtu. Setibanya kat Danau tu, on the way nak cari parking, aku agak ada parking kosong kat depan tu. Aku pun parking kereta tapi dengan tak berapa yakin sebab ada sorang lelaki Melayu berdekatan ngan sebuah kancil parking belakang kereta lain, dok tengok aku dengan cara tak puas hati. Sambil tu, aku ade la mengomel kalau itu bukan tempat parking, aku boleh beransur. Cuma kat situ takde pun sign board mention pasal tak leh parking.

Lepas tu, ada sorang lelaki Melayu yang lain, menuju kat kereta sambil ketuk tingkap kereta. Masa dia dah on the way, aku dah pun nak reverse keluar kereta. Dengan tak sabar-sabar, nak suruh aku reverse cepat-cepat. Aku bukan nak berlengah kalau ada orang yang camtu. Sebelum tu, ada tali besi yang digantung tapi atas lantai je, kekonon nak block dari parking. Aku memang tak nampak kecuali lepas lelaki tu angkat tali besi tu lebih tinggi. Cuma aku tak leh terima cara diorang yang kasar masa nak suruh aku berganjak, dengan muka bengis macam tu. Kalau India, aku boleh terima. Kalau Cina pun, diorang tak kasar macam tu, siap cakap elok-elok dengan senyum-senyum. *so far apa yang aku pernah hadapi kalau nak dihalau keluar dari parking secara adab dari cina, and diorang lebih PANDAI sebab letak signboard besar-besar, NO PARKING.

So bila Melayu buat camtu, aku takleh nak terima.
Adekah sebab aku perempuan yang kau tunjuk terror sangat?
Sebab aku pakai kereta kecik jugak yang kau halau aku camtu kot?

Boleh tak instead kau letak tali besi tu, kau letak signboard NO PARKING ke, atau tu parking rizab ke?

Lepas kejadian tu, aku terus balik. Tak jadi dah nak survey dah kat Danau tu. Patutla Melayu benci sesama Melayu dan Melayu lagi suka berbaik dengan kaum lain. Sebab kaum lain ni kadang-kadang ada budi pekerti diorang sendiri. Sebab tu jugak, Melayu taknak tolong Melayu lain kalau dalam kesusahan. Diorang cuma tolong kaum kerabat diorang je. Outsiders, tak dilayan. Buat rabun mata.

Melayu, kau tahu tak kenapa Cina boleh maju.

Diorang tolong sesama diorang walaupun tak kenal. Bagi pinjam duit beribu-beribu kat anak jiran untuk study sebab percaya kaum dia akan tolong orang bawahan dia macamana dia buat sekarang. Sebab bagi diorang, kemudian hari nanti, masa diorang susah, ada yang menolong. Tapi pernah terpikir kenapa diorang taknak tolong Melayu? Sebab Melayu mudah lupa diri. Buat-buat lupa segala janji. Kecuali diorang dah betul-betul percaya, baru diorang tolong.

Alhamdulillah, sekeliling jiran umah nenek aku, semuanya baik-baik, terdiri daripada cina dan india. Dan diorang memang betul-betul orang baik. Tolong bawak nenek aku ke klinik, tolong belikan barang kat kedai runcit, rekemen dan belikan ubat untuk nenek aku. Ada yang pernah pinjamkan duit waktu-waktu terdesak.

Aku seorang Melayu tapi aku cuba ubah persepsi tu. Aku tak nak jadi tipikal Melayu yang memandang rendah orang lain walaupun sebenarnya masa depan tiada siapa yang tahu.

Maaf, aku harap sangat Melayu membuka minda. Ye, tak semua Melayu macam tu, tapi ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga. Maknanya kerana seorang Melayu yang buat onar, abis satu kaum dipersalahkan. Aku taknak macam tu.

Tolonglah, tolongla.

Mana dah budi pekerti kita yang pernah disanjung tinggi tu?

Friday, November 08, 2013

Kisah hon

Aku memang senang terkejut dengan bunyi hon, tak kisah la bunyi hon apa pun. Kalau orang buat bunyi hon pun, kadang-kadang aku terkejut jugak. Dan bayangkan lah kalau bunyi hon lori pulak, memang aku terperanjat melompat.

Dengan bunyi hon ni, buatkan aku terkejut dan cepat jadi emosional. Sebab aku rasa ada masa-masanya, hon tu tak perlu untuk dibunyikan kecuali emergency. Aku memang tak suka nak hon orang sampailah keadaan yang sangat memerlukan untuk dihon. Sebab, kalau aku sendiri tak suka dengan bunyi hon yang annoying tu, aku rasa orang lain pun macam tu jugak. Konon-konon macamni la, kalau aku suka sesuatu tu, InsyaAllah orang lain pun suka jugak. Kalau aku tak suka sesuatu tu, jarang orang lain nak suka. And, kalau betul orang tu suka dihon sekalipun, disarankan letak atau mesti ade car sticker stated camni,

"Please honk me. Please, please, please. I beg u"

Hahaha! Gila. Sungguh gila kalau ada yang letak sticker macam tu kat keta mereka. Dan orang yang tak pernah nak try hon pun, akan try hon bila jumpa sticker macam ni kot.

Aku cukup bengang dengan orang yang suka bermain dengan hon ni. Sungguh aku tertanya-tanya, kepuasan apa yang ada bila dah start hon tu? Sungguh annoying. Tapi aku terpaksa beralah kalau mak bapak budak bagi budak main hon. Maybe itu cara mak bapak budak meransang pemikiran dan pembelajaran budak tersebut dengan bunyi dan rasa.

Aku ada satu contoh di depan mata aku tentang kes hon-hon ni.

Dia ni seorang perempuan. Suka sangat hon-hon kereta lain, atas alasan kereta lain terhegeh-hegeh, tak bagi laluan kat dia, kereta depan membahayakan dia.
Tapi..
Bila kereta lain hon kat dia, atas alasan yang sama, dia marahkan balik dan komplen macam-macam, "tak reti sabar, sombong, mentang-mentang keta besar"

Jadi, aku sebagai pemerhati, geleng dan senyum je. Sebab bila nak ditegur, terus mempertahankan diri yang dia lansung tak bersalah. Pun tak sedar, orang lain pun marahkan yang sama kalau dia buat benda yang sama kat orang lain.

Bagi aku, orang yang suka hon ni, selalunya orang yang sukakan perhatian dari orang lain. Contoh:

Ada sebiji kereta baru sampai depan rumah, dihon-honnya untuk bagitau dah sampai. Dihon-hon selagi takda siapa yang menyambut. Padahal, bagi la peluang untuk orang yang nak menyambut tu, cari kunci ke, nak perbetulkan baju dengan tudung ke. Tak pasal-pasal, jiran-jiran sibuk mengintai-ngintai tengok, siapa gerangan di dalam kereta tu. Kalau kereta kancil, dibuat derk oleh jiran-jiran. Tapi kalau kereta BMW, mula keluar gosip. Dah jadi cerita lain pulak kan.

Dekat Vietnam, kenderaan kat sana memang banyak berhon-hon. Tipu kalau tak dengar kat tengah-tengah bandaraya diorang tu. Tapi kat sana, memang dah jadi trend sampaikan ada 2-3jenis bunyi hon untuk sesebuah kenderaan. Satu hon untuk marah, satu hon untuk bagi amaran/mintak bagi laluan. Yang lagi satu, tak pasti. Jarang dibunyikan. Memang perasan ada 3jenis bunyi hon. Sana kan majoriti pengguna beroda dua macam motorsikal dan basikal berbanding kenderaan lain. Jadi, nampak bahayanya kat situ.

Aku harap trend hon macam kat Vietnam tu, tak diamalkan macam kat Malaysia ni. Sebab keadaan kereta statik tapi hon berlebihan. Keadaan yang tak perlu dihon pun, pun nk hon jugak. Kecuali la kalau dah nak berlanggar kan, sila hon tanpa henti.


Jadi, boleh tak wahai rakyat Malaysia sekalian, cuba bersabar dan bertimbang rasa sikit sesama pengguna jalan raya yang lain. Hon tu memberi kesan kepada mood tau!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku tak paham nape kau hon aku tadi. Aku bawak macam biasa je, depan ngan kiri kanan aku pun ada kereta kalau kau nak potong pun. Agaknya kau nak terberak kot tadi?

Friday, November 01, 2013

jam brand Playwatch

Alhamdulillah, bertambah koleksi jam lagi. Suke sangat. Aku memang suka kumpul-kumpul jam. Takla berpuluh-puluh utas jam, tapi boleh la nak tukar setiap hari.

Semalam, tempat kerja partime buat celebration makan-makan sempena Deepavali. Tiap-tiap events macam ni, pastinya ada surprise. Dah tentu semua co-worker termasuk aku, cuba meneka-neka apa yang kami akan dapat kali ni. Macam raya aidilfitri yang lepas, kami setiap seorang dapat sebakul hamper makanan, yang mengandungi air botol jus, laici tin, keropok, biskut raya, dan macam-macam lagi la. Kiranya company dah allocate dalam RM100 macam tu setiap sorang.

So, dalam celebration semalam, lepas je siap makan, terus menuju kat manager, amik hadiah celebration. Dan kali ni, kami dapat adiah seutas jam setiap seorang.

 

Memula ramai yang ingat jam ni, jam murah. Sama la dengan aku pun, sebab masa tu tak sempat nak membelek lagi. Tapi bila dah membelek, jam ni unik, sebab totally cover dengan rubber. Kalau nak tukar bateri, kena keluarkan muka jam dari badan dia tu. Kalau jam murah, takkan la ada gerenti untuk 24bulan kan. Jam yang aku beli dalam RM100 lebih pun gerenti setahun je. 


Jadi aku pun google Playwatch ni, untuk cari yang local tapi tak kejumpaanye pun. Tapi, untuk international, ini resultnya.


*klik gamba untuk besarkan*

Kelasss kan u olls! Kalau tengok harga dekat website tu, 49.90 euro which is kalau convert ke ringgit Malaysia sama dengan RM220 setiap satu. Mahal tapi still wonder, berapa company allocate bajet deepavali untuk setiap sorang kali ni. Takkan sampai RM200 kot, even beli banyak, berapa banyak diskaun yang boleh dapat kan. 

Tak kisah la u olls! Asalkan ade jam baru.. Alhamdulillah, syukur-syukur!


*si dia pun bakal dapat jugak, tak confirm lagi kaler ape. harap dapat sama kaler, baru la geng!*




Update:
Si dia dapat jam Playwatch kaler turquoise. Jadi nanti tukar sama suka, si dia amik yang itam, dan aku amik yang turqoise :)



Thursday, October 31, 2013

cara nak positifkan mood di pagi hari

Sebaik saja bangun pagi, keadaan sekeliling yang berlaku ketika itu akan memberi kesan untuk keseluruhan hari samada secara positif atau negatif. Tak kisahla dari sekecil-kecil benda apatah lagi yang besar-besaran.

Contoh..

Bangun pagi, tengok henset, ada text, "Salam, saya mc arini. Dah notify bos" Nak happy ke atau stressed? Kalau kerja banyak, yang melibatkan dia, stressed. Kalau dia jenis yang cakap banyak, menyusahkan orang, jadinya gembira.

Contoh lagi..

Pagi-pagi, on the way nak ke tempat kerja, ada sebiji kereta yang begitu slow, dan masa tu pulak dah terlambat. Dalam hati, mula mencarut-mencarut. Hanya kerana beberapa minit yang slow tu, memberi kesan sampai malam. Abis semua orang sekeliling dicarut jugak. Sebab kononnya, semua ni mengarut. Buat kerja slow.

Lagi contoh..

Sakit perut di pagi hari. Automatik sepanjang hari, mindsetting perut rasa sakit. Padahal pepagi je.\

Lagi-lagi contoh..

Pagi-pagi dapat text, "Saya dah bank in duit dalam akaun." Wow! Senyum lebar ke petang...

Eh, banyakla contoh-contoh. Sebab pepagi je ade je yang moody. Ade yang senyum lebar. Ade yang tetiba jadi baik hati. Kan? So apa yang aku cuba sampaikan, kalau boleh, elakkan buat benda-benda tak best untuk diri sendiri dan orang lain. Kekalkan mood positif, sebab ia akan beri kesan sepanjang hari. Kalau-kalau mood dah ke laut, ceriakan hari korang. Bersedekah ke, belanja kuih ke, senyum-senyum sikit, greet people.

InsyaAllah mood positif activate!



Jom beli banyak-banyak cokelat untuk sedekah esok hari. Mesti yang memberi suka, dan yang menerima pun lagi suka. Ooppss.. Tapi kempen kurangkan gula dalam minuman masih diteruskan tau. Hehehe!

Tuesday, October 29, 2013

nasi beriani review

Dalam sebulan, aku mesti pekena nasi beriani sekali. Wajib! Kadang-kadang tu, setiap minggu sekali. Tapi takla kat tempat yang sama. Akan bersilih ganti lokasi nasi beriani yang best tu. Salah satu feveret aku, nasi beriani kat Restoran Syed Bistro, Kelana Jaya. Diorang ni ada banyak branch, bukan kat sini je. Terima kasih dekat BulanBintang, sebab perkenalkan tempat ni, lepas aku komplen nasi beriani kat JM Beriani mahal. *mahal sangat kalau nak pergi makan beramai-ramai gitu* Kat Syed Bistro tu, aku akan amik nasi beriani biasa dengan ayam goreng. Ayam goreng dia pun kick tau. Ummmphhh gitu. Itu pun dah cukup. Maybe tambah sikit-sikit kuah masak itam. Makan untuk dua orang pun tak sampai RM20 (termasuk minuman bancuh)

Kalau aku ke Jalan TAR, hari sabtu, aku akan singgah makan nasi beriani kat dalam pasarmalam tu. Nasi beriani Johor. Sedap wey. Pilih la lauk antara ayam masak merah atau daging masak kurma. Itu pun dalam RM9 sepinggan. Nak cari gerai yang mana tu, gerai dia kat tengah-tengah. Dekat-dekat dengan Mydin dah. Gerai tu ada jual nasi ayam jugak. Dari awal-awal aku suka makan ni, sorang brother berbadan besar yang akan attend aku. Bila bulan Ramadhan pulak, korang boleh cari dia kat bazar Ramadhan Taman Tun.

Semalam, mood nak makan nasi beriani lagi, padahal dua minggu lepas baru makan kat Jalan TAR tu. Hehe. Nampak tak aku ni tegar sangat dengan nasi beriani. So, malas nak drive jauh-jauh, singgah makan nasi beriani kat Mahbub, dekat je ngan kawasan umah aku ni. Dan sini memang terkenal dengan nasi beriani dengan ayam madu dia. Ayam madu dia, walawey! Menjilat jari. Cuma satu set tu mahal sket dari Syed Bistro, dalam RM12 camtu. 


Macam semalam, nak jimatnye pasal tapi still nak makan nasi beriani, amik dua pinggan nasi beriani kosong. Pastu seketul ayam madu share dua orang. Lepas tu, tak pasal berebut sebab rasa macam si dia makan ayam lebih. Hehee. So total termasuk air suam dengan teh ais, RM18.50.

Sebenarnya kalau ikutkan, aku boleh nak masak nasi beriani tu kalau dah teringin sangat tapi malas nak cari dan siang ayam. Kot nak beli lauk pun, ayam madu kat Mahbub jugak menjadi pilihan. Pun sebab malas nak tunggu-tunggu sementara nasi nak masak. Baik makan terus kat kedai, standby duit je. *Agagagagaga*

Aku dengar-dengar ada nasi beriani sedap kat Sungai Buloh. Tapi sebelum tu, bila-bila nak gi try nasi arab pulak kat TTDI Jaya. 

Adoy. Tak pasal-pasal berlegar-legar lagi terliur dek terbayang gambaran nasi beriani kat kepala.. 



Tegar tak, tegar tak? 



Wednesday, October 23, 2013

leisure sangat ke?

Baru dua bulan kerja di tempat baru, aku dah mula boring. Boring gila yang tahap gaban *walaupun aku tak pasti sangat gaban tu apa* Aku buat kerja kejap je, siap. Buat kerja je siap. Bukan la nak tunjuk aku terer buat kerja tapi memang task agak simple dan cepat siap.

So it is a little bit leisure here. No-no-no.. Very the leisure. *yes, i know, im not suppose to use 'the' there* Jadi, aku dah mula boring sebab dulu kat tempat kerja separuh masa, sangatla rushing. Masa too tight untuk pergi kencing apetah lagi nak berak. Too tight untuk pergi makan sekalipun. Memang jangan berangan nak pergi mengular kecuali kalau aku dah stressed, baru la mengular. Itupun siap mintak permisi dari ketua. Mengular secara berhemah okeh! *takdela aku cakap nak pergi mengular, tapi pergi amik short break la*

While enjoying the leisure, ape lagi aktiviti aku seharian selain dari blogwalking, fesbuking, gaming, and chatting kat henset. Hahaa! Tengok, free tak, free tak. Ko hade!

Sekarang aku dah bertambah bosan. Perlukan sumthing untuk jadi pemangkin datang ke tempat kerja selain dari aktiviti di atas. Serius doh, aku bosan. Sekali sekala best la leisure, kalau dah hari-hari macam ni, mula la aku nak buat bisnes online. Bagi aktiviti yang sibuk sikit untuk diri sendiri. Kan?

Apa komen korang?


Tuesday, October 22, 2013

si dia dan awal

Si dia keja sales consultant selalu sangat attend customer yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat, dari yang kepochi, datang dari kampung, nyah, gay, miskin tapi berlagak kaya, bodoh sombong, artis-artis filem dan drama, orang kenamaan, dan macam-macam lagi.

Aku sendiri pun selalu attend customer-customer yang macam tu, tapi taklah seramai yang pernah si dia attend. Dua-tiga bulan yang lepas, aku attend si artis, Awal untuk dia return barang-barang yang dia salah beli. Aku pun story dengan si dia, pasal Awal. Excited sebab rupa dan personaliti Awal tak banyak berbeza dengan yang ditonjolkan dalam media dan secara lansung. Excited jugak sebab tak sangka artis macam dia, sangat polite.

Selepas beberapa ketika, si dia pulak cerita, yang si dia tolong buat order untuk Awal. Si dia tak se'excited' aku, mungkin sebab si dia dah biasa ataupun jenis tak kisah jumpa retis-retis ni. Berkali-kali jugak si dia cerita yang si dia selalu attend Awal untuk buat order. Bagi aku, maybe Awal dah biasa dan senang dengan cara si dia, sampaikan ada beberapa kawan mencari si dia untuk buat order, yang diperkenalkan oleh Awal.

Ahad lepas, kami ke Ikano. Sementara aku settlekan hal aku, si dia ke Pet Safari. Saja nak melayan tengok-tengok kucing kat situ. Bila aku dah settle hal aku dan pegi jumpa si dia, si dia cerita pasal hal kat Pet Safari tu.

"Tadi ada orang tepuk bahu saya kat Pet Safari tu. Sambil bertanya, tak kerja ke hari ini. Saya dok la pikir siapa yang tepuk bahu saya ni. Bila dah tengok siapa, rupanya Awal."

Wow. Dasat. Tak sangka si dia masih dikenali walaupun berbaju biasa, tak berbaju uniform. Agak-agaknya kalau jumpa kat hutan, Awal kenal si dia lagi tak?

Hehehee

Monday, October 21, 2013

adik ayah

Aku tahu ayah aku ada beberapa orang adik beradik tapi aku takde peluang untuk berkenalan dengan diorang dari aku umur muda-mudi sampailah ke umur yang nak menjengah three series ni. Malah aku tak tahu pun, ayah aku ni adik beradik yang nombor berapa. Berapa orang adik beradik ayah. Sebab... Famili sebelah emak aku tak bagi aku berbaik dengan ayah aku selepas kejadian ayah aku beristeri lain. Kalau dengan ayah sendiri pun tak dapat nak berbaik, macamana pula aku nak berbaik dengan adik beradik sebelah ayah aku kan. Memang tak kenal la jawabnya. Lagipun dulu-dulu, mana ada henfon, ada wassap ni semua.

Minggu lepas, ayah aku ada mesej, bagitau ada adik dia mintak nombor telefon aku, untuk bertanyakan khabar. Aku terkejut tapi sangatlah berbesar hati, dan tunggu je bila adik ayah aku ni nak contact aku.

Dan tadi aku dapat mesej dari nombor yang tak dikenali,

"Kerja ke hari ini? - Pak Tam Shuib (adik ayah) Kedah"

Wow, cool! Walaupun paktam hantar mesej macam tu je, terasa dah dekat dihati. Dan lepas tu, bermula sesi perkenalan secara singkat melalui mesej. Sebelum ni, ada jugak seorang sepupu aku pun menjejak kasih, dengan menggunakan mesej tapi seriously, masih terasa jauh. Mungkin sebab dari cara mula-mula bertegur.

Yeay, dah bertambah adik beradik aku. InsyaAllah akan cuba jumpa diorang semua dalam tempoh terdekat. Mengikut kata ayah aku, aku ni famous dan wanted sebab aku adik beradik yang rare. Sebab diorang kenal nama tapi taktau aku siapa. Hahaha. Lucu kan ayah aku ni, boleh dia kata aku ni rare.

Tapi ni semua aku kena rahsiakan dari famili mak aku. Hek! Tak best betul lah!


Friday, October 11, 2013

stalker di fesbuk

Aku bukan lah stalker tapi sejak wujudnya fesbuk ni, aku cenderung untuk menjadi stalker orang, stalk apa yang kawan-kawan aku ni buat, update itu, update ini. Ouh, thanks news feed. You help me alot! *sigh!*

Kadang-kadang tu, memang terasa busy body. Busy body sangat sampai sibuk je nak tanya yang tu yang ni. Tapi tula, sometimes bila sibuk tanya yang tu yang ni, maybe kita get closer dengan orang yang kita sibuk komen tu ataupun jadi annoying. So aku pun beware apa yang aku nak tanya dan komen. Taknak melukakan hati atau buat orang tu sentap. Itu bila ada mood la.

Ce kalau masa takde mood?

Masa takde mood, scroll atas bawah, belek apa yang patut, pastu dapat mood balik jadi stalker, klik yang tu yang ni, sebab nak jadi busy body lagi. Astagfirullah... Apa nak jadi ni, keja nak stalk. Nampak kat situ, tetiba dah apply kerja jadi stalker. Haha

Tapi kan, dalam dok membelek fesbuk, aku nak jugak check profile orang tu. Saje nak tengok, awek baru lagi ke. Ni awek yang mana pulak. Apa pulak yang orang tu cuba kikis dari awek tu. Motif? Entah, kepuasan kot celah mana tah agaknya. Cuma aku bersyukur, aku bukan lagi dengan dia. Aku tak lagi dengan orang yang rajin mempergunakan barang dan duit aku. Sesekali, terasa nak tolong menyelamatkan awek yang bersama orang tu, tapi dah tentu perempuan tu takkan percaya aku. Automatik aku akan jadi watak antogonis. Heh!

Tapi kan... *bape punya tapi la*, kalau aku nak list awek-awek orang tu yang aku tau kot fesbuk, pergh. Berderet wey! Padahal baru 2 tahun aku takde pape dengan dia. Memang macam tukar baju je dia buat. Memang aku nak doa tak baik je untuk dia tapi pikir-pikir balik, Allah lagi tahu apa yang nak dibuat dengan orang macam tu. Allah lagi tau apa balasan yang akan dia hadap kelak. Aku takut kalau aku doa yang bukan-bukan, aku pulak yang dapat tempias balik. Jangan main-main apa yang korang doa tau.

Untuk elak dari jadi stalker kat fesbuk, meh kita jadi stalker kat blog. Jom blogwalking! :)

Thursday, October 10, 2013

events with pictures

Daripada pagi sampai ke saat ni, aku dah pun bukak page untuk create post baru, dok berfikir-fikir, apa yang nak ditaipkan kat post ni. Dan apa yang aku taip saat ini adalah, "Daripada pagi sampai ke saat ni, aku dah pun bukak page untuk create post baru, dok berfikir-fikir, apa yang nak ditaipkan kat post ni. Dan apa yang aku taip saat ini adalah,"

Nampak tak keserabutan, sampai boleh dok ulang ayat yang sama berkali-kali.

Finally.... *finally la sangat, kalau baru nak mula meluahkan perasaan* Aku nak share tentang aktiviti-aktiviti yang aku involve setakat baru 2 bulan bekerja di tempat baru. Entah kenapa aku ada 'pemanis' kat sini. Or maybe, sebab nampak aku tak kisah join untuk first event, so diorang ingat untuk event lain pun, aku tak kisah jugak.

Untuk first event, aku jadi assistant locater. Kononnya la. Tapi task lebih dari tu, sebab aku kemaskan area untuk hidang makan, angkat dan hidang makan kat meja buffet, make sure keadaan dalam terkawal. Dahla aku masih baru masa tu, nak sesuka panggil orang pun tak tau nama. Hiks!


Selepas beberapa minggu pulak, aku dijemput untuk jadi coordinator pada recruitment day untuk dua hari. Yerp, very glad to be part of the family now. Sebab dengan adanya event, aku mudah bergaul mesra dengan ahli-ahli famili baru ni.


Dengan secara tak semena-mena, networking makin meluas. Dua minggu lepas tu pulak, aku join trip bas sekolah anak-anak staff. Kesnya sebab salah seorang staff tak dapat hadir ke trip tu, jadi diorang mintak aku gantikan. Sweet kan. Once orang dah kenal dan percaya, senang je nama aku jadi sebutan untuk event.


Next, ada event yang menanti tapi aku pulak tak dapat bertugas sebab kena bertugas di ofis masa tu. Event yang diorang nak buat ni dekat luar ofis. Anyhow, dengan pengalaman ni, buatkan I got good networking dan I dah jadi most wanted yo! *pfftttt!*




Wednesday, October 09, 2013

merah itu memang berseri

Semalam, berlansungnya annual dinner yang diadakan oleh tempat kerja separuh masa tu. Yang bertemakan Night of Stars. 
ini bukan invitation aku. no kad invitation aku 1248

Jadi aku pilih baju dress merah untuk digayakan semalam. Konon-konon nak jadi star kan. Dan merah itu buat aku rasa menawan. Sungguh!


Baju tu bukan mahal sangat pun, baru RM70. Labuh pulak tu. Lepas ni, baju ni takde aku nak simpan tersadai. Cuma penggayaan baju ni akan jadi berbeza. Aku akan mengenakan inner lengan panjang itam untuk nampak gaya sopan dan trendy ataupun sarungkan jaket di atas untuk nampak gaya rock. 

Setelah genap 3 dekad, baru perasan warna yang sesuai dengan aku ialah merah. Jadi lepas ni, aku target baju merah je ye. Hehe

Tuesday, October 08, 2013

gelis

Tetiba aku geli sendiri baca artikel di blog aku yang lagi satu. 
Jiwang keparat rupanya aku nih

Friday, October 04, 2013

sis dan junior

Lunch break tadi, sepatutnya aku lunch dengan si azira, tapi entah miscommunication yang macam mana tah, aku keluar lunch dengan orang lain dan si azira ni boleh pulak tunggu aku kat ofis. Sori, sebab aku tak buat message susulan untuk confirm. 

Aku keluar lunch dengan sorang sis ni, dari different department but same division. Jadi, boleh dikatakan aku agak faham dengan job description sis ni. Dari awal kami cuma sembang-sembang kosong tapi final topic adalah tentang seorang staff yang pernah kerja dengan sis ni, yang sekarang dah pun berpindah ke division lain, yang aku bagi nama junior.

Sis sembang sambil mengadu tentang junior, bukanlah tujuan untuk memburukkan junior tapi seolah-olah memberi penjelasan kenapa junior dipindahkan ke division lain. Dan dua-tiga hari lepas, aku pernah lunch dengan junior sambil bertanyakan sebab-sebab pindah division, dan nampaknya di sini, memang sebab-sebab diberikan sangat berbeza. 

Aku tak salahkan junior, aku jua tak salahkan sis. Sebab dari awal, masalah yang berlaku terjadi dari management itu sendiri, yang salah tafsirkan kelayakan junior untuk bekerja di division sebelum ini. Cuma, aku kasihankan mereka berdua, sebab masing-masing taknak bertegur siapa. Tersentap dan terasa hati antara satu sama lain.

Junior pernah mention, management menyatakan sebab pertukaran junior ke division lain sebab tak dapat 'perform'. Bagi bahagian junior, dia rasa dia sangat memberi sumbangan dan tak layak untuk dinyatakan tidak perform tu. 

Bagi sis pula, junior tak dapat perform sebab division sebelum ni tak sesuai untuk junior yang mana, kelayakan junior tidak lansung sesuai dengan division tersebut. Contoh rambang iaitu kalau kelayakan junior di dalam bidang masakan tapi job description dalam bidang menjahit. Jadi, dah tentulah istilah tak perform yang akan digunakan. 

Walaubagaimanapun, junior happy dengan kerja baru dia, dan sis dah pun dapatkan staff baru untuk gantikan junior, yang bakal memulakan kerjaya minggu depan. 

Harap mereka berdua akan rapat kembali dan tidak menyimpan dendam atau kenangan tidak baik itu.
 

Thursday, October 03, 2013

kawan pondan

Aku ada sorang kawan pondan, panggilan Su. Baru-baru ni je pun, aku mula kawan dengan dia, itupun sebab dia satu department dengan si dia. Macamana aku direct sound pondan, sebab dia sendiri buat statement camtu. Tahun lepas, aku kena attend satu training dengan staff-staff department lain. Jadi ada la sikit sebanyak sesi perkenalan. Su pun ada sekali, dan Su ni dengan sukarela memperkenalkan diri. Dari nama, asal, status semua. Alih-alih ayat penutup dia siap dengan gedik-gedik, "Apa lagi yang U olls nk tanya? Yes, I ni pondan okeh" Dah tergelak satu kelas dengar statement dia.

Ada satu masa, tak ingat bila, masa aku saja nak singgah jumpa si dia, aku jumpa dengan Su sekali. Aku offer asam kering, sebab masa tu pun aku tengah layan makan. Asam tu merah, dan boleh pulak dia bersungguh makan dan 'tenyeh' asam tu kat bibir, dengan harapan jadi merah natural dan jadi seksi. Lepas tu sibuk tanya, "Merah sangat tak U?" Dan aku pun geleng sambil senyum-senyum. Sabar jela...

Kadang kala tu, aku pulak yang termalu sendiri sebab Su nampak lebih lembut dan keperempuanan, yang aku ni pulak kebanyakkan masa pulak agak kasar dan ganas.

Selasa ni, dekat I_KEA ade event tahunan, iaitu dinner. Aku dengar cerita dari si dia, yang Su bersungguh-sungguh nak melaram sampaikan nak pakai push-up bra. Aku tergelak lagi sebab aku pun tak terfikir ke arah tu untuk melaram. Maybe sebab dah ada original agaknya. =P

Tahun lepas, Su ni bergaya sakan jugak, pelik nape dia tak menang. Atau maybe, juri confuse nak klasifikasikan Su bawah gender yang mana satu... kot.

Su dan aku di annual dinner 2012

Selasa ni, kalau ada kesempatan, aku cuba snap gambar dengan Su lagi..



Tuesday, October 01, 2013

aku adalah (separuh + sepenuh)masa pekerja

Lately ni, aku kerap cerita tentang kerja aku as part timer untuk bahagian perkhidmatan pelanggan. Sungguh, aku rindu dengan kerja tu lagi-lagi bila dah dekat sebulan aku tak kerja situ. Kelebihan bekerja sebagai part timer, kau boleh pilih hari dan masa yang kau suka atau senang untuk bekerja. Dalam kes aku, selalunya aku dah 'fill up' sebulan sebelum tarikh bekerja dengan fikirkan komitmen di tempat kerja yang full time tu. Sebab tu, aku hampir sebulan tak kerja sebagai part timer sebab ingatkan jadual yang padat di tempat kerja full time tu.

Sebelum aku dapat kerja di tempat full time sekarang, boleh dikatakan sebelum ni, status aku adalah full time sebagai part timer. Jadi kebanyakkan masa, aku memang selalu menghadap (face to face) pelanggan sampaikan sesetengah pelanggan pun mulai kenal aku. Kiranya kalau berselisih kat luar pun boleh tegur aku camtu. Tapi masa tu, aku tak excited kerja seperti sekarang, selepas dari aku mula kerja di tempat kerja fulltime yang baru.

Pelanggan rajin tegur aku yang aku lebih bersemangat dan lebih ceria untuk melayan pelanggan berbanding sebelum ni. Dan sebab ceria dan semangat tu, kebanyakkan masa pelanggan akan tolak ansur atau cepat 'kaw-tim' kalau ada perselisihan faham walaupun tidak melibatkan diri aku. Hebat kan?

Seperti artikel sebelum ni, yang mana pelanggan sikit sebanyak kurang berbahasa dan ajar, sebenarnya orang yang macam ni, pasti akan beri kesan secara negatif kepada kita dan keadaan sekeliling. Jadi aku selalu mengingatkan diri aku sendiri untuk kerap dan teruskan senyum sebagai semangat positif untuk stabilkan keadaan. Jangan menambah bara dalam panas tapi tambahkan ais. Tapi kalau keadaan betul-betul tak terkawal dan sikap positif macam tu pun tak beri kesan jugak, kita cari orang lain untuk tambah beri aura positif tu. Dah reramai nanti, mesti punya keadaan jadi sejuk.

Mungkin dari segi cakap dengar macam senang, tapi kebanyakkan akan fikir, susah nak buat. Sebenarnya susah nak buat, kalau kita tak cukup pengalaman. Dari pengalaman yang akan mengajar seseorang untuk jadi yakin. Bila kita dah cukup pengalaman, yang susah akan jadi senang untuk diselesaikan.

Niat dalam ati juga penting. Kalau dari awal hari bekerja, dipasang niat untuk kerja secara ikhlas walaupun sekadar 'part timer', perasaan tolong pelanggan secara ikhlas, urusan akan dipermudahkan. InsyaAllah rezeki yang kita dapat mungkin lebih dari yang diharapkan. Tapi kalau dari awal diniatkan, kerja arini hanyalah untuk cukup syarat, hanyalah sekadar kerja, ada saja yang tak menjadi semasa bekerja nanti. Rezeki tu jugak mungkin lebih senang ditarik ke sana-sini tanpa sebab.

Politik semasa bekerja tentu ada. Mungkin 'kipas' salah satu cara untuk pastikan kedudukan kita stabil tapi lebih baik sibuk kipas diri sendiri supaya prestasi lebih baik dan ada kedudukan yang stabil. 'Once' kau dah pandai buat kerja, kita dah jadi 'favourite' diorang sebab walaupun kau cuti sekalipun, mereka akan cuba panggil kita bekerja juga. Mungkin pada mulanya kita rasa stress bila dipanggil bekerja semasa cuti tapi itula petunjuk yang prestasi kita dalam keadaan yang terbaik. 

Oh ya! Tempat 'part-time' ni akan mengadakan annual dinner minggu depan. Untung ada annual dinner dua kali setahun. Tema tahun ni pulak, Nights of Star. Baju yang macamana patut aku pakai ye?




Monday, September 30, 2013

budi bahasa budaya kita

Sudah dua tiga minggu, aku mula melepak menonton tv di rumah berbanding yang sebelumnya, aku gemar jadikan McD atau kedai mamak sebagai pengganti. Maklumlah, mereka ni langgan astro. Boleh la tengok crita yang rare sikit. Takpun, layan tengok bola. 

Tapi sejak aku jadi penggemar RTM2, aku mula tertanya-tanya dengan segala motif iklan-iklan di tv tu, yang aku jarang-jarang nampak di channel lain. Iklan yang berbentuk pelajaran dan pengajaran.

Aku sedar dengan 'kempen berbudi bahasa, budaya kita' tu, cuma iklan-iklan tu buat aku tersedar yang kita semua memang sudah kekurangan budi bahasa sesama rakyat. Kementerian Penerangan pun dah terpaksa keluarkan iklan-iklan yang betul-betul nak mengajar dan menyedarkan perkara yang kita anggap selama ini remeh dah pun jadi berleluasa.

Antara iklan yang buat aku tertarik, iklan tentang tempat letak kereta. Macamana kita 'parking' kereta tu, macamana kadang-kadang kita pentingkan diri dengan mencuri tempat letak kereta orang lain, yang dah pun beratur dan tunggu sebelum tu. Iklan yang satu lagi, yang panjang lebar ceritanya pun, sikit sebanyak menyedarkan aku dengan mentality masyarakat sekarang ni. Kebanyakan masyarakat tidak lagi pandai menghormati satu sama lain, tidak lagi fikirkan kepentingan orang lain, tidak lagi pandai untuk memaafkan orang lain..

Aku akui, turut bersalah, sebab kadang-kadang aku selalu pentingkan diri sendiri. Dalam tengah pentingkan sendiri, aku sedar aku turut disrespect orang lain. Aku minta maaf. Namun, sejak aku mula berkecimpung dalam bidang perkhidmatan pelanggan, 'disrespect' aku tak sehebat dengan pelanggan-pelanggan yang aku pernah attend. Dan yang menyedihkan hati, kebanyakkan yang suka melenting tak tentu pasal tu dari bangsa aku sendiri.

Kerenah pelanggan berbagai-bagai dan kadang-kala menuntut aku untuk melenting tapi apa gunanya aku melenting dan mengamuk seandainya aku pun turut dilabel sebagai orang yang tidak berbahasa dan kurang ajar walaupun ketika itu, kebenaran di pihak aku. Di tempat kerja aku, slogan 'customer always right' tak diaplikasikan sebab pelanggan sendiri tak tahu apa yang disoalkan dan dipertahankan itu betul, mengikut 'terms & regulations' syarikat. Tapi sebab nak tunjuk 'good customer service', ade aje benda yang tak boleh pun dibolehkan. Lepas dah dibolehkan, majoriti lupa plak nak berterima kasih atau bersyukur. 

Pengalaman kerja dalam 'customer service' best, sebab aku jumpa dengan ramai orang yang dengan pelbagai kerenah tu. Yang mana yang sombong, yang mana yang ramah, yang mana yang sopan, yang mana yang sangat 'decent'. Perhaps, dikongsikan dalam artikel seterusnya... InsyaAllah






Friday, September 27, 2013

10sen

Dengar khabar berita, harga minyak bakal naik 10sen lagi selepas kenaikan 20sen haritu.

Aku berperasaan gusar. Baru je memulakan kerjaya di tempat yang baru, yang perjalanan pergi baliknya dalam 50km sehari. Baru sangat, kiranya baru je 2 kali terima gaji dekat tempat baru. Gaji sekarang memang berbeza banyak dengan gaji yang diperoleh sebelum ni, lebih lumayan. Tapi selepas kenaikan harga minyak, sikit sebanyak mengganggu perbelanjaan seharian. Seolah-olah macam memperoleh nilai gaji yang sama seperti di tempat lama. Efek kenaikan harga minyak bukan setakat nilai minyak yang diisi seharian, tapi turut pengaruhi harga keperluan lain. Kalau setiap satu barang naik harga walaupun 10-20sen, nanti bila dicampur-campur, bukan makan beringgit. Boleh jadi berpuluh-puluh ringgit. Kalau nak dikira sebulan pulak, dah jadi beratus.

Nampaknya, kena 'double'kan permintaan gaji andaikata ada rezeki di tempat lain. Itupun kalau ada tawaran kerja yang masih boleh 'offer' gaji lumayan. Dan dah tentu semua orang pun sibuk berlumba-lumba cari peluang pekerjaan yang boleh bagi gaji lebih lumayan.

Andai tiada rezeki untuk memperoleh pendapatan yang lebih lumayan, mudahan kita semua masih boleh memperoleh kehidupan yang selesa dan stabil. Diharap juga, negara kita masih aman damai. Mintak simpang jauh-jauh kalau negara kita jadi seperti negara-negara jiran, yang terlalu beza taraf kehidupan antara yang miskin dan kaya.

Alamak... Aku belum kahwin. Jangan pulak harga hantaran turut melonjak tinggi. Macamana nak kahwin kalau harga hantaran pun dah 'naik harga'. Memang lambat lagi la agaknya kot. Adoyainya pun....

*salahkan kerajaan ataupun salahkan diri sendiri sebab tak kahwin lagi? teng-teng-teng-teng~~~*

Ok-ok...
Harap-harap, kalaupun harga minyak naik lagi lepas ni, mudahan kita semua sebagai rakyat negara ini, kekal aman makmur, sentiasa dilimpahi rezeki dari kekayaan Allah itu dan berjiwa tenang. Ameen~~


Thursday, September 26, 2013

umur bukan penghalang

Walaupun hati sudah melalui saat-saat buruk dalam percintaan, dalam kerjaya, dalam hubungan sesama famili dan macam-macam lagi, tapi kehidupan harus diteruskan. Dan dengan umur aku hampir menjengah three series, but still aku masih mengamalkan gaya hidup orang muda. Mungkin sebab aku masih bujang agaknya.

Tengok wayang di sana sini, travelling sana sini, berdating sana sini. 

Still, ada sesetengah benda yang aku try catch up sebagai orang dewasa iaitu kerja! Have to kan! Sebab without kerja, tak dapat gaji. Takda gaji, takda duit. Takda duit, macamana nak berbelanja. Berbelanja untuk makan, shopping baju kasut semua. Tak larat dah nak berhutang, jadi jom settle hutang perlahan-lahan. 

Currently, ada dua kerja yang aku buat. Satu sebagai full time job, satu lagi sebagai part time job. Sebab sekarang, memang wajib untuk ada side income even passive atau tak. Side income is necessary, of course untuk tambah pendapatan but salah satu sebab lain untuk tambah pengalaman dalam CV, dalam kehidupan seharian. Side income tu tak semestinya related dengan work scope yang kerja fulltime tu, maybe sedikit tersasar atau tersasar lansung. Cuma kalau yang tersasar, you will find it very challenge to face but still it's very good experience and moments in your life.

Dua-tiga hari lepas, aku terbaca satu artikel, berkenaan halatuju dan pilihan seseorang itu. Dalam artikel tu, dah diberikan contoh tapi tak berapa relevan sangat. Daripada pemahaman aku, boleh diringkaskan macam kat bawah ni:

Mira, Nora dan Niza masing-masing tinggal di Ipoh Perak. Mereka bertiga nak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri seminar. Mira memilih untuk menaiki keretapi ke Ipoh, Nora dan Niza memilih untuk memandu tapi seorang melalui jalan lama dan seorang lagi melalui jalan raya (highway). 

Niza sampai dahulu di Kuala Lumpur kerana dia memilih laluan highway. Dia pun tunggu Mira dan Nora di hotel. Disusuli Nora sejam kemudian kerana memilih jalan lama dan Mira, tiga jam kemudian kerana memilih pengangkutan keretapi. Masing-masing sampai di destinasi tapi dengan berlainan pengalaman. 

Niza - sampai paling awal tapi sepanjang perjalanan, tak banyak cerita yang nak diceritakan
Nora- sampai kedua awal tapi dia punya banyak cerita yang nak dikongsikan, dari pembinaan jalan baru, lembu melintas, traffic light rosak, kereta rosak, kedai-kedai di tepi jalan, dan lain-lain yang diceritakan boleh memakan masa berjam-jam lamanya.
Mira - sampai paling lambat, play safe supaya elak dari penat memandu, tiada cerita untuk dikongsikan. 

Kalau kita cuba aplikasikan cerita atas di dalam kehidupan, mana-mana jalan yang kita pilih, InsyaAllah sampai destinasinya, lambat atau cepat, boleh memperoleh pengalaman atau tak. Pengalaman itu penting, pengalaman itu mengajar kita untuk menikmati kehidupan.

Setakat ni, aku pernah melalui fasa hidup macam Niza, cepat tapi tak banyak cerita nak dikongsikan. Pun pernah macam Mira, tapi sekarang aku cuba memilih haluan hidup macam Nora. Berwarna warni dan banyak pengalaman nak dikongsikan. 

Jangan pilih jalan senang, nanti sentiasa tak pernah rasa puas. Tapi pilih jalan susah sikit, supaya kepuasan diri dapat dicapai, pengalaman bertambah, dan hubungan silaturrahim dapat diperluaskan. InsyaAllah.

Sungguh, aku bangga dengan apa yang aku pilih. Alhamdulillah, masih belum tersasar dalam mencari destinasi kehidupan :)

Wednesday, September 11, 2013

Rebate RM200

Rebat RM200 untuk Pakej Komunikasi Belia dah dibuka kembali ye. Sebab ramai yang belum tebus rebate tu, jadi ada error dalam pengiraan untuk capai target 1.5 juta tu belia.

Jadi apa lagi? Jomla tebus untuk siapa-siapa belum tebus rebate RM200 tu. Siapa cepat dia dapat. Kalau nak claim tu, terus je pegi kat kedai telekomunikasi yang menjadi wakil SKMM ni. Valid untuk 2minggu lepas register.

TAPI

Pastikan anda ada kad pengenalan yang sah, berumur 21-30 tahun dan mempunyai pendapatan bawah RM3000!

Saya?
Saya boleh claim rebate RM200 tu, tapi henfon idaman saya tak ada dalam senarai. Sedih. Takkan nak jugak gagahkan diri beli henfon lain semata nak claim rebat kan? Sob-sob-sob!



Monday, September 09, 2013

tiada rasa

Terkilan hati bila makanan yang dimasak seperti tak ada rasa.
Tak ada garam, tak ada gula.
Lagi-lagi menu yang simple macam spageti dengan sos tomato tu.
Gara-gara selsema yang menyerang sehari sebelum.

Habis 'saham' dengan bakal ibu mertua.

Terkilan, terkilan.




Tuesday, September 03, 2013

shopping dan kasut

Apabila ditanyakan, apakah kaitan dengan perempuan dengan duit, kebanyakkan akan memberi jawapan *sikit sebanyak survey dibuat secara random* iaitu, boros, kecantikan, shopping, bazir, pisau cukur, dll. Sikit pun aku tak bangkang sebab aku sendiri ada ciri-ciri tersebut tapi bila sampai bahagian shopping, aku akan terfikir-fikir macamana perempuan *sebilangan sahaja* boleh beli banyak barang yang sama pada waktu yang sama. Contoh, kasut atau handbag.

Aku rasa, barang yang macam tu, kasut atau handbag tu, adalah barang yang sekali-sekala dibeli. Kalau beli pun, jarang la aku tengok yang beli sampai 5 pasang sekaligus. Aku agak orang yang macam ni, ada masalah dengan simpanan kasut, mungkin selalu hilang atau dicuri, ataupun, baru pindah sehelai sepinggang, tapi takkan sampai 5 pasang kot kan.

Kenapa nak beli dengan kuantiti yang banyak? Itupun kalau dibeli sekali tu 5pasang. Cuba kalau memang ada habit setiap kali beli, mesti nak beli berpasang-pasang. Setakat mana sangat yang boleh nak ulang pakai kasut tu? Ke memang beli nak buat pameran ke? Sungguh aku tak faham. 


Boleh kalau nak variety kan kasut, tapi tak perlu la sampai ada 'bilik almari kasut'. Melampau tau. Sikit-sikit sudahlah..

Tapi... Ada kasut cantik kat zalora.


Cantikkan? Sepasang RM65. Sekarang ni, takyah susah-susah pergi kedai, asal ada internet di hujung jari, boleh beli online. Tapi tak perlu beli sampai 5 pasang. Sepasang pun cukup untuk setahun. 




Friday, August 30, 2013

bongkak sombong

Perangai aku, bila aku terus diterjah dengan 'high tone', tak kira la sekadar untuk bertegur sapa, aku dengan automatiknya akan jadi sinis. Sebab bagi aku, aku akan jawab mengikut kehendak hati kau. Kalau kau mintak aku layan sinis, aku pun layan kau secara sinis. Kalau kau bersikap kurang ajar, macam tu la juga aku. Aku akan jadi sopan santun kalau kau pun cakap sopan dengan aku. Konon-konon, aku ibarat cermin untuk peribadi kau la.

Jadi bila tak semena-mena, ada seorang MELAYU yang sangatlah tak ada tatasusila, terus nak meninggi suara atas benda yang aku pun tak berapa nak pasti, rasa-rasa aku nak buat muke senyum lagi ke? Orang lain yang buat salah, aku yang kena hadap orang melayu yang takda budi pekerti tu.

Semalam, ada seorang adik dan abang datang untuk buat penukaran barang, atas sebab tersilap ambil. They claimed yang our co-worker wrongly pick up for them. Barang tu, barang yang self collect, bukan yang jenis fully serve by co-worker. As far as i know la kan, apa je barang yang self collect, you have to check by yourself either barang tu betul atau pun tak yang diambil tu. Macam pergi Tesco ke, Giant ke, Watsons ke pandai pula ambil sendiri barang-barang nak dibeli tu. Beras yang berapa puluh kilo tu, larat pula ambil sendiri.

So, si abang ni, mintak co-worker untuk exchange the item as a courtesy for wrongly given the item to customer. Aku, bukan tak nak tolong, boleh. Boleh sangat-sangat. Call je co-worker dekat self collect area untuk assist customer ni. Tapi dengan 'jelebiaq mulut' macam tu, aku sengaja buat benda tu payah nak buat. Tapi sebabkan 'courtesy' of aunty yang kerja situ juga, dia yang tolong ambilkan. Aku kesian kat aunty tu, tapi aku pun tak dapat nak tinggalkan kaunter. Yang konon-konon nak mintak tolong co-worker, aunty tu still insist nak ambil sendiri.

Sementelah nak tunggu barang untuk penukaran tu, yang memang ambil masa yang lama, due to documentation apa bagai, si abang ni dah ngamuk, ungkitkan perjalanan dia yang 'sangat jauh' tu. Jauhla sangat setakat Shah Alam - Damansara tu. Aku pun baru je dari Shah Alam masa tu, tak sampai setengah jam dah pun sampai. Jauh ke? Aku tak meninggikan suara pun, tapi si abang dah cukup panas dengan jawapan pendek aku, "Awak tak kesian ke kat aunty tu. It's not me. Oh ye ke? Orait." Tapi masa yang sama aku dah pun menggeletar sebab terlalu marahkan orang yang tak beradab tu. Aunty tu dah cuba coolkan aku. Si abang tak puas ati, pun cakap "Jangan kurang ajar ye". Haha..! Siapa yang kurang ajar dulu bro! Cukup baik aku tak melawan cakap dengan kau.

Aku cakap dengan adik dia, tolong nasihat abang awak tu, hanya kerana semulajadi hot-tempered, dia boleh suka-suka nak marah orang macam tu. Ke depan tu nanti, elok-elok la perangainya. Kalau setakat nak gaji besar, pangkat besar, belajar pandai-pandai tapi tak pandai nak jaga perangai, tak reti nak hormat orang tua, aku rasa tak lama lagi takda siapa yang suka nak jadi kawan kau. Kalau kau nak banggakan dengan hak customer kau tu, cuba kau kerja sama-sama dengan kami, be in our shoes. Agak-agak, kau nak buat disrespect tu kat customer kau jugak? Mana-mana pekerjaan, semua melibatkan customer. Harap kau berubahla bro. Jangan bongkak sangat!

Thursday, August 29, 2013

azam dan vuvuzela

Baru-baru ni, my bff list kan 41 perkara yang nak dibuat dalam life dia. Mula-mula bila aku dapat azam dia tu, nak tergelak guling-guling. Bukan sebab azam dia yang pelik-pelik cuma aku tak pernah terfikir untuk buat listing sebanyak tu. Aku ada list aku sendiri tapi bila tengokkan 'komited'nya azam kawan aku ni, aku pun turut serta nak create azam macam dia jugak. Cumanya, azam ni hanya boleh dilaksanakan bila kewangan sangat stabil dan punya masa yang terluang nak laksanakan. Some of the azam yang dah disenaraikan:

  • bungee jumping
  • zero debt
  • umrah / Haji
  • sky jump 
  • vacation/honeymoon in floating hotel (Maldives)
  • own a house
  • apply my concept in own house
  • own a stable business
  • holiday on cruise
Latest azam, atau wishlist yang dah ditambah, ialah nak pegi Sunway Lagoon untuk try vuvuzela


Cam best dan menguji adrenalin kan. Ada sape-sape yang dah try? Ce share sikit pengalaman :)


Monday, August 26, 2013

rezeki olehNya, Alhamdulillah

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur sangat pada Allah swt untuk segala rezeki bulan ni. Lain yang diharap, tapi berlebihan yang diberikan. Untuk segala rezeki kurniaan olehNya tu, digunakan untuk mengurangkan hutang-hutang yang ada. Dah pun tutup satu buku akaun. Bakal menyusul tutup dua-tiga akaun dalam masa terdekat ni. Insya-Allah.

Dengan rezeki yang diberikan tu jugak, rasa selesa la sikit nak bernyawa. Boleh beli apa-apa yang patut. Kalau tak sebelum ni, konsep 3R yang diterapkan. Reduce, reuse, recycle. Konsep 3R tu bukan tak bagus, cuma sekali-sekala terasa penat bekerja mencari rezeki tapi tak dapat bagi reward untuk diri sendiri. Alhamdulillah, bersabar itu memberi hikmah tersendiri.

Mudahan, bisnes pun makin maju dan tiada perasaan hasad dengki antara peniaga lain. Lagipun, produk yang dijual tu tak sama dengan produk yang orang lain cuba jual. Nak meniru tu boleh, tapi diharap jangan berlebihan mark-upnya. Kesian customer kalau mark-up tinggi-tinggi.

Dengar-dengar, ada rezeki lagi di bulan depan. InsyaAllah dipermudahkan :)

Tuesday, August 20, 2013

perubahan

Sejak-sejak tukar environment dengan kerja di tempat baru, dah ada yang mula merapat selepas hampir dua tahun mendiamkan diri. Tapi aku jugak yang tak selesa, sebab dulu kawan aku ni berstatus solo sekarang dah berstatus trio, lagi-lagi kawan aku ni bukannya perempuan. Hal itu, aku letak tepi dulu, selagi tak melanggar batasan kawan-kawan.

Masa untuk lepaking dah tak seperti dulu, lagipun kawan-kawan memang ramai dah kawen. So, aku amik kesempatan masa macam ni untuk cari duit lebih dan buat perkara yang penting je. Ntah nape aku rasa kritikal sangat untuk aku cari duit lebih sekarang ni.

Syukur Alhamdulillah, si dia memahami dengan kerjaya aku sekarang selagi aku masih ada waktu untuk bersama si dia lagi-lagi waktu makan.

Harap keadaan akan lebih baik dari keadaan sebelum ni. Dah tak nak menyusahkan orang lagi, dan nak 'grown up' dari masa lalu sebab aku pernah dikatakan tak matang dalam financial. Kalaulah aku boleh tepis permintaan yang bukan-bukan tu, *bukan kehendak hati ye* yang menyumbang kejatuhan financial aku tu, faham konsep tipu dan tertipu tu, InsyaAllah, aku dah mampu memiliki lebih apa yang aku ada sekarang.

Masa tu muda, percayakan bulat-bulat kata orang. Orang suruh apply credit card, aku apply. Padahal orang tu pakai, aku yang bayar. Orang tu suruh beli kete, aku apply jugak sebab awalnya perjanjian macam lain. Tapi orang tu tak bayar loan, alih-alih kena tarik. Orang tu katanya pinjam duit itu ini jumlahnya, tapi buat diam lepas tu.

Aish, entahla. Nak kata lebih-lebih, takut jadi derhaka plak :(

Monday, August 19, 2013

rezeki Ramadhan Syawal

Mood nak bershopping, mood nak travelling bergelodak dalam jiwa. Bergelodak sangat sampai rasa esok lusa nak amik flight pegi travel. Macamana pun, kena ignore perasaan tu. Fokuskan apa yang lebih utama. Fokus apa yang aku nak buat yang sebenar-benarnya tu.

Alhamdulillah, bulan ni dikatakan bulan rezeki. Bulan ni mula masuk kerja tempat baru. Bulan ni jugak tak putus-putus duit poket, hasil jual kuih raya dengan handbag. Bulan ni jugak, ramai yang bermurah hati belanja makan minum yang datangnya dari personal treat sampailah open house.

Pengajaran, berbanyaklah sedekah dengan hati yang ikhlas walaupun sekadar sekuntum senyuman. Berbuat baik dengan makhluk sekeliling, tak kira manusia atau haiwan mahupun tumbuhan, sebab mereka ini yang mendoakan kesejahteraan kita.

Iyap, I am more down to earth compare to earlier. Sebab macamana sombong pun takburnya kita, rezeki tu semua dari Allah. Dan kita tetap berbalik kepada-Nya juga nanti


Thursday, August 15, 2013

berpelangi



  • 1991 - 1992     SRK Methodist Nibong Tebal, Penang
  • 1993 - 1997     SK Permatang Tok Mahat, Penang
  • 1998 - 2000     SMK Perempuan Bandaraya, Kuala Lumpur
  • 2001 - 2002     SMK Teknik Cheras, Kuala Lumpur - civil engineering
  • 2003 - 2004     Kolej Matrikulasi Pulau Pinang - physical science
  • 2004 - 2008     Universiti Malaysia Perlis - mechatronics engineering
  • 2008 - 2010     Ogamas Sdn Bhd - sales engineer in oil & gas engineering
  • 2011 - 2011     RHB Bank - insurance consultant in banking industry
  • 2012 - 2013     IKEA Pte Ltd - customer service officer in retail industry (furniture)
  • 2013 - ????      xxxx xxxx Sdn Bhd - customer service management in property industry


I am so proud with my colorful life.
Perhaps be a teacher after this. Yap, who knows?

Alhamdulillah. Syukur to Allah.


Monday, August 05, 2013

sesat di kg sendiri

Petang tadi, pertama kali melawat bazar Ramadhan tahun ni kat kampung tercinta, Parit Buntar. Mula-mula ke bazar yang terletak di tepi sungai besar, (lokasi sebenar: Bandar Bharu). Abis melawat disitu, berniat nak ke bazar yang satu lagi. Dengan tak cukup kepastian, aku pun text dengan seorang kawan, lokasi sebenar. Tengah leka text sambil-sambil driving (oops, kantoi plak kan), dalam hati tertanya-tanya, 'kenapa jalan petang ni lengang sangat?' 

Lepas tu baru perasan, rupanya dah tersesat. Dulu sebelum nak ke pekan, kena lintas jalan keretapi, tapi tadi laluan tu dah tutup dan akan berpusing-pusing di kawasan tu je sebab sekarang ni dah ada jambatan besar yang menghubungkan dua kawasan iaitu dari pekan lama ke pusat bandar, yang lalu atas jalan keretapi tadi. (oh my bad, aku tak pandai nak explain dengan proper) Jambatan besar tu dibina untuk elak kesesakan lalu lintas apabila keretapi melintas. (melintas ke perkataan yang sesuai?)

Patutla jalan lengang. Orang dah tak lalu sini lagi kecuali nak pusing balik. So terpaksa la aku buat pusingan jauh untuk amik laluan ke jambatan besar. Baru dua bulan aku tak balik kampung, boleh pulak sesat. Jambatan tu menyenangkan apabila keretapi melintas, tapi dengan map yang belum nak cukup update dalam fikiran aku ni, still rasa susah lagi. 

Esok kena keluar lagi ni, nak update dan biasakan jalan..

Sunday, August 04, 2013

sebak sebelum raya

Salam semua.. Tak sangka, almost setahun tak sentuh blog ni. Blog yang boleh dikatakan rumah yang kesepuluh dalam carta life aku, untuk aku sandarkan rintihan hati dan perasaan. Rumah yang sampai terlupa kata kuncinya apa. Kalau tak, lock la rumah yg kesepuluh ni kn. Nasib baik boleh reset kata kunci tu.

Seperti entri yang kedua terakhir tahun lepas, tajuk spesifik 'raya advance' tu, aku masih dalam mood merajuk dengan orang yang selalu busy body dengan life aku, dan sibuk mengungkit bermacam-macam hal ni. Ikutkan minggu lepas, aku masih lagi mood nak beraya sampaikan aku dah mintak leave untuk 9 hari. Dah siap berangan nak beraya bersama ke rumah saudara-saudara. Tapi dalam mood nak beraya tu, aku ditimpa dugaan, yang menduga hubungan aku dengan semua orang pada masa tu, lagi-lagi saudara sendiri.

Aku menerima panggilan dari peguam untuk selesaikan hutang tertunggak yang dah bernilai beribu tu. Betul la orang kata, bulan pertama tu sangkut nak bayar, berjangkit-jangkit dan melarat bila nak bayar bulan seterusnya tu. Lagi-lagi, bank tu 'rare' dalam Malaysia. Kalau dulu, tak boleh lansung bayar pakai online atau IBG. Kena terus pergi cash deposit machine dia tu. Kalau takda dalam kawasan tu, pandai-pandai kau la adjust dengan sapa-sapa tolong bank in kan kt cdm tu.

Disebabkan hutang yang beribu tu, aku pernah diberitahu oleh si suami person ni, yang aku sepatutnya mintak tolong daripada dia berbanding orang lain, sebab aku dengan si suami person ada ikatan. Dia tak nak malu dengan masyarakat kalau-kalau aku mintak tolong dengan orang lain.

So, aku ni, bila dah dapat panggilan dari peguam, tanpa ragu-ragu terus hubungi si suami person ni. Tak jawab. Ok, aku text plak. Pun tak jawab. Lama, baru dapat reply, dia dalam meeting. Fine.

Aku pun terus call seseorang untuk bagitau yang aku dah call dan text. Dia pun bagitau, dia tahu dan dah pun dengar cerita tak best dan soal selidik pasal hal tu. Lepas tu, hampir seharian, aku still tak dapat berita dari si suami person, kecuali berita yang si person ngomel macam-macam dan persoalkan kenapa baru nak cari diorang. Persoalkan mampu kah aku nak bayar balik hutang tu dengan mereka. Persoalkan kenapa gaji aku tak cukup-cukup untuk komitmen dan membeza-bezakan dengan gaji orang lain.

Aku, straight forward. Kau nak bagi, kau cakap je kau bagi, berapa lama nak bayar. Kalau tak bagi, cakap je tak boleh. Aku takkan tanya sebab. Sebab aku taknak buang masa kau dan aku.

Tapi bila kau buat aku macam ni, herdik-herdik dengan kebolehan aku, merendahkan keupayaan aku, mengungkit benda yang lepas, ini last aku mintak tolong. Untuk yang sebelum-sebelum ni, aku cuba balas jasa budi kau tu. Dan apa yang aku pernah tolong, setakat ni je aku tolong. Kau tak payah nak suruh-suruh aku buat kerja kau lagi dah.

Aku harap sangat, kau ingat asal usul kau tu. Bukan cukup besar untuk memperlekehkan orang macam tu. Sekarang kau rasa stabil, ke depan ni tiada siapa yang tahu masa depan tu masih cerah atau tak. Lagipun kau ada anak-anak. Aku harap, kau takkan mintak tolong kat aku masa kau susah atau perlukan pertolongan, sebab aku takut aku mengungkit apa yang kau pernah buat aku. Lagipun, ini bukan kali pertama kau buat aku macam ni. Aku takut, kau akan dapat yang lebih teruk dari apa yang aku rasa. Aku taknak doa yang bukan-bukan, tapi bukan aku seorang yang pernah diherdik oleh kau.

Tak semestinya kau dah bertudung, kau tahu hukum hakam lebih dari orang lain. Kalau kau tahu hukum hakam, kau takkan jadi pembawa mulut cerita dekat masyarakat. Kau takkan biarkan suami kau jadi anak derhaka. Tengok, belum apa-apa, aku dah nak ungkit...

Sudahla meza. Beristigfar, dan ingat pada Allah. Dia Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui...