small advertisement

Friday, November 18, 2011

demand jawapan

Ada sorang mamat ni, dia mula berkawan dengan aku sejak dua bulan lepas. Kami berdua mula rapat atas sebab satu insiden yang mengaitkan kami berdua secara tak lansung. Rapat tu memang rapat, sebab banyak benda yang dia selalu cerita kat aku, dan kadang-kadang aku share jugak cerita aku dengan dia.

Tapi sejak akhir-akhir ni, dia seperti demandkan jawapan.

Tak dinafikan, kadang-kadang aku selesa dengan dia.. Tapi itu semuanya berlaku sekadar dalam telefon sebab kami belum pernah jumpa selama kami kenal. Semua berlaku dalam telefon je. Jadi bila dia menanyakan soalan-soalan yang melibatkan hati, aku tak suka nak tipu-tipu dia. Aku terus terang dan bagi jawapan yang jujur. Ternyata bukan itu jawapan yang diharapkan.

Jadi setiap hari, dia cuba menyulam kasih sayang antara kami berdua. Aku pula kadang-kadang suka, kadang-kadang rasa terkongkong. Terkongkong sebab seolah-olah macam dah terikat hubungan dengan dia. Baru-baru ni, dia merajuk sebab aku tak usahakan untuk berjumpa dengan dia.

Dia di utara semenanjung, aku pula di tengah-tengah semenanjung. Bukan senang nak jumpa. Adakala aku terpikir, bila jumpa, apa yang kena buat? Tengok wayang, karoke? Atau lepak minum berdua je? Nak sembang apa nanti? Bab-bab camni, aku tak reti nak handle, dan bagi aku terburu-buru untuk apa?

Hari-hari jugak dia bertanyakan tentang perasaan aku kepada dia. Jawapan aku tetap sama sampai ke hari ini. Hari-hari jugak dia bertanyakan perasaan rindu kat dia. Apa perasaan rindu yang aku rasa untuk dia setakat ni? Tak ada apa pun.

Perasaan rindu tu bukan boleh dibuat-buat macam tu je. Benda tu datang dari hati. Setakat nak sebut, memang senang, tapi betul ke ada perasaan rindu tu. Macamana la nak bagi dia ni paham, aku belum ready ke arah tu. Tak terbukak ati lagi. Macamana nak bagi dia paham, kami cuma kawan je.

Adoy...




No comments:

Post a Comment

Hello!