small advertisement

Monday, November 28, 2011

bergaduh dengan psycho

Aku selalu beranggapan psycho selalunya di kalangan perempuan. Jarang sekali aku dengar psycho di kalangan lelaki walaupun aku pernah tengok keadaan tu kat tv. Tapi baru-baru ni, aku ada berkenalan dengan seorang lelaki, terima kasih dekat sedara aku sebab tolong rekemen.

Awalnya masa perkenalana tu, kau takkan perasan ciri-ciri psycho dalam diri lelaki tu. Kenapa tak perasan, sebab masa awal-awal perkenalan, dia akan tunjuk side dia yang ok dulu. Kita plak sebagai orang yang baru nak berkenalan, dengan keadaan minda yang terbuka kita akan terima segala input yang diberikan tu secara jujur.

Lepas sehari demi sehari, dia akan cuba meraih perhatian daripada kita. Meraih perhatian daripada segi perhatian dan simpati. Mula-mula, dia akan beza-bezakan perhatian yang kita bagi dengan dia atau dengan kawan-kawan lain. Padahal masa tu baru berkenalan dalam tempoh sehari dua. Dalam hal macam ni, aku tak rasa patut ada pertikaian tentang perhatian kita nak bagi dekat kawan-kawan yang kita kenal sehari dua berbanding kenal bertahun-tahun.

Dua tiga hari lepas tu, dia akan mula bercerita tentang hidupnya yang teruk, penuh masalah, ditipu perempuan. Hey, macam kau seorang je kan yang ada masalah. Slow down la der. Itu takpe lagi, tetiba dah sebut pasal hal mati sebab dilanda masalah yang 'teruk' tu. Kalau semua orang dalam negara ni, ada masalah 'teruk' macam kau, buat keputusan nak mati, memang terlalu aman negara ni, sebab dah tak ada penduduk. Semua dah mati dek pikir masalah.

Itula ujian dunia der. Kalau sikit macam tu pun dah fed up, aku taktau nak kata apa lah. Tapi aku bagi diskaun sebab kau muda lagi, baru 22. Mungkin tak cukup pengalaman, cuma kau sedar tak masalah yang melanda diri tu la yang buat kita makin matang dan dewasa. Kalau tak, sila kembali jadi baby ok. Itu apa masalah pun takda. Makan tido je.

Selepas seminggu berkenalan, dia mula hantar SMS yang dia taknak mengganggu hidup kita lagi, taknak berkawan lagi, dan dia mintak kita padam nombor fon dia dari handphone. Perlu tak nak pujuk orang macam ni? Perhatian apa yang dia cuba cari? Sorry, aku tak perlu kawan yang macam ni. Belum apa-apa kau boleh bagi negative aura kat aku.

Jadi, lepas kejadian SMS yang berunsur 'tah apa-apa' tu, aku pun tanya dengan sedara aku, apa masalah dia nih? Dengan harapan, nak membantu (masa tu je la). Tapi lepas je aku tanya kat sedara aku tuh, lansung aku dapat SMS yang berbau ugutan. Jangan cakap-cakap belakang pasal dia dengan sedara aku. Ouh, tak bole ye... Ok....

Esok lusa tu, dia masih anta SMS yang berunsur 'tah apa-apa' tu, takmau kawan, takmau ganggu. Ntah berapa banyak kali aku dapat SMS macam tu daripada dia. Tapi masih call, cakap macam biasa.

Sampaila satu kejadian dimana, dia mintak jumpa memandangkan masa tu dia berhampiran dengan tempat aku. Tapi aku dengan selamba derk je, reject. Mujurla masa tu hujan, jadi kukuh sket alasan aku tu. Aku bukan saje-saje nak reject tapi nampak sangat dia tu tak gentleman. Masa dia call aku untuk ajak jumpa, dia tengah makan tengahari. Kalau dikatakan aku jumpa dia lama, tak ke perut aku berkeroncong nanti. Lepas tu, masa yang sama dia nak jumpa aku tuh, dia nak minta teman pegi jumpa sedara aku kat tempat yang agak jauh, dalam 20minit perjalanan. Eh, suka-suka ati dia je nak arah aku teman ke sana sini, lepas tu mana aku nak letak muka bila aku jumpa sedara aku nanti. Baru jumpa sekali dah berkepit. Eh, sory sket.

Nak dijadikan cerita, ntah macamana aku berselisih pulak dengan sedara aku kat pekan dengan kawan dia. Dan kawan dia tu dengan baik hati bagi laporan dekat laki psycho tu aku ada kat pekan. So lepas tu, aku pun dapat SMS dari dia lagi. SMS hebat punya!

Sms dia:
Aku xksh la ang nk jmpa ak ka x,smbg kta xkluar dgn bks tunang dia la dia g jmpa gf dia kt balai la ape la.. Dripda ak kna bhong ngn ang hari2 lbh baik aku caw dripda ang..6ber ang ak pdam 6ber ak ang pdam ak xnk tgk 6ber ang.. Lg 1 klau ang ngadu kt ejat lg ang mmg pmpn yg xbrguna..K jgn reply msj nie, skit hty ak tgk.. Caw

Kenapa dia nak kisah, aku kluar dengan sapa. Aku tak tipu dia masa tu, memang aku tak kluar dengan bks tunang aku. Tah berapa kali yang kau kata nak padam, nak caw dari hidup aku, ada kau buat betul-betul?

Malam tu, sedara aku online di fesbuk. Well, baru nak chatting, tiba-tiba orang lain yang nyampuk. Sapa lagi kalau bukan dia.

Ni sebahagian 'pertengkaran' aku dengan dia. Bole nampak tahap kematangan tu macamana. Bertarik tali, taknak ngaku salah, tak serius. Aishh... aku pun tak paham. Tapi seronok la jugak gaduh ngan orang macam ni. Haha. Kau memang jahat la meza! Isk-isk!

dia:
  • jgn smpai ak kurang ajar dgn ko

  • ak mmg dh tau ar la ang kaki pnipu

aku:
  • ok, terima kasih

  • trima kasih utk pujian2 ikhlas

    dia:
    • dh kali nie ak bg can kt ang..

    • klau ak tau ko kta kt blkng ak nahas ko

    • drpd mula dh ak dh rsa yg ang nie kaki tmbak

    • k ar caw

      aku:

      huuuuu, trima kasih lagi skali utk pujian

      dia:

      sial

      • pujian pala otak ko

        • dh la ak xnk tgk muka ko lg wt skit hty ak ja

        • pmpn smua sama ja mcm haram jadah

          prngai srupa pelax

          aku:

          • block je la klau dh mlas nk tgok

          • tmasuk mak awak skali ke??

            jgn sebarang ckp

            • nnti pompuan jugk yg awk nk kawen nnti

              dia:

              lntak p la sy kta kt mak sy ke ape ke ko sbok asai

              ak xkwin pn xpe tp ak bhgia hdp sorg2 ssh pn sorg2

              ala ko xpyh la nk mngaja ak

              aku:

              • hahahaha!

              • syurga bwh tapak kaki ibu

              • awak nk ckp2 biar blapik

              • jgn smpai tk hidu syurga sbb tuduh smua pmpuan mcm tu

                dia:

                ak mmg xpnh maaf kn ko smpai mty

                dh la ko xpyh nk tnjuk baik dpn nie lg skit hty ak tgk

                aku:

                • sebab sy lg bagus dr awk

                • sbb tu awk sakit ati

                • tu je

                • :)

          • dhla, tkyh susah2 nk reply lg

            dia:

            klau ak mty pn ak xksh asalkn ak xtpu org
            aku:
            awk tk pnah tipu sy ke??
            • btul?

            • 1st call awk, bila sy tnya mna dpt no fon tu, awk sumpah awk mmg salah nombor

            dia:
            • klau setakat tpu skali xpe

            • tp ko hari2 tpu ak

            aku:
            • tipu sekali bole diskaun ke?

            • sure ke ari2 tipu awk?

            • ada bukti?

            • ada saksi?

            dia:
            ko ingat kdai runcit ke nk diskaun
            ak xckp sumph ak tlis smph jew
            aku:
            • awk la, tipu skali tu tk dikira tipu jugk ke

            • tipu tetap tipu walaupun sekali

            dia:
            • awk xtau mtsd smph 2

            • awk tau x smpah



Saturday, November 26, 2011

Ya Allah, seketika di awal tahun ini InsyaAllah muncul tahun baru yang ceria. Engkau muliakan & sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan drp fitnah, penganiayaan & penghinaan, suburkan benih keimanan dgn penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan cita2nya yang murni. Amin Ya Rabbal A'lamin. SALAM MAAL HIJRAH 1433H...

Monday, November 21, 2011

sains

Aku tak pasti samada aku makin mengurus atau ada something wrong dengan rantai kaki aku nih... Sesekali boleh plak gelang kaki tu tercabut. Bukan sekali, dah banyak kali terjadi.

Orang kata gelang kaki tu bole mengembang masa tengah panas. Tapi bila pikir balik, time sejuk macam winter pun boleh tercabut. Apa kes?

Kaki mengecut dan rantai kaki mengembang ek?

Sains oh sains...

Friday, November 18, 2011

demand jawapan

Ada sorang mamat ni, dia mula berkawan dengan aku sejak dua bulan lepas. Kami berdua mula rapat atas sebab satu insiden yang mengaitkan kami berdua secara tak lansung. Rapat tu memang rapat, sebab banyak benda yang dia selalu cerita kat aku, dan kadang-kadang aku share jugak cerita aku dengan dia.

Tapi sejak akhir-akhir ni, dia seperti demandkan jawapan.

Tak dinafikan, kadang-kadang aku selesa dengan dia.. Tapi itu semuanya berlaku sekadar dalam telefon sebab kami belum pernah jumpa selama kami kenal. Semua berlaku dalam telefon je. Jadi bila dia menanyakan soalan-soalan yang melibatkan hati, aku tak suka nak tipu-tipu dia. Aku terus terang dan bagi jawapan yang jujur. Ternyata bukan itu jawapan yang diharapkan.

Jadi setiap hari, dia cuba menyulam kasih sayang antara kami berdua. Aku pula kadang-kadang suka, kadang-kadang rasa terkongkong. Terkongkong sebab seolah-olah macam dah terikat hubungan dengan dia. Baru-baru ni, dia merajuk sebab aku tak usahakan untuk berjumpa dengan dia.

Dia di utara semenanjung, aku pula di tengah-tengah semenanjung. Bukan senang nak jumpa. Adakala aku terpikir, bila jumpa, apa yang kena buat? Tengok wayang, karoke? Atau lepak minum berdua je? Nak sembang apa nanti? Bab-bab camni, aku tak reti nak handle, dan bagi aku terburu-buru untuk apa?

Hari-hari jugak dia bertanyakan tentang perasaan aku kepada dia. Jawapan aku tetap sama sampai ke hari ini. Hari-hari jugak dia bertanyakan perasaan rindu kat dia. Apa perasaan rindu yang aku rasa untuk dia setakat ni? Tak ada apa pun.

Perasaan rindu tu bukan boleh dibuat-buat macam tu je. Benda tu datang dari hati. Setakat nak sebut, memang senang, tapi betul ke ada perasaan rindu tu. Macamana la nak bagi dia ni paham, aku belum ready ke arah tu. Tak terbukak ati lagi. Macamana nak bagi dia paham, kami cuma kawan je.

Adoy...




Tuesday, November 15, 2011

Rasa macam nak pegi holiday sorang-sorang
Taknak bawa sapa-sapa
Taknak bagitau sapa-sapa pun nak ke mana nanti

Cuma nak menenangkan hati yang runsing ini
Cuma nak mencari kekuatan untuk hadapi runsing ni

Tapi takda modal untuk buat semua tuh


Kan bagus kalau setiap orang dalam friendlist facebook tu bole donate rm1 setiap sorang

Insya-Allah aku bole kurangkan kekusutan ini


Monday, November 14, 2011

Bermula pagi, my handphone keep ringing in silent mode.

Ringing in silent mode? So, cuma lampu saja yang lip lap lip lap..

Ngeh3..

Tapi yang mencemaskan dan menggusarkan hati, ialah..

Nombor yang menghubungi itu, tidak kenal sama sekali.

Bukan satu atau dua. Tapi tiga nombor yang tak dikenali!

Now, sapa yang menjaja my number ni?

Fine, nak jaja, jaja la...




P/s: dont assume, investigate 1st