small advertisement

Tuesday, October 18, 2011

Stronger

Aku selalu buat keputusan drastik. Selalu mengejutkan pelbagai pihak dengan keputusan aku. Kadang-kadang aku sendiri pun terkejut tau walaupun sendiri yang buat keputusan macam tu.

Kalau dulu, aku buat keputusan berenti keja di KL, untuk pindah duduk kat kampung. Mencari ketenangan kononnya. Sekarang, aku buat keputusan untuk pindah balik duduk kat KL yang pernah menjadi tempat nightmare aku suatu masa dulu.

Dalam nightmare tu, aku sedar masih ada kawan-kawan yang aku boleh harapkan, ada sedikit ketenangan dalam dunia KL yang penuh kesibukan tu. Memang aku rindukan keadaan di KL ni walaupun aku jauh di kampung.

Cuma bila sesekali aku singgah tempat-tempat yang ada kenangan aku dengan dia, aku jadi sayu dan diam jap. Teringat saat-saat bergurau senda dan manja-manja dengan dia. Tapi itu semua dulu, aku kena kuat untuk lupakan.

Orang cakap, ubat untuk mengubat hati yang luka ialah berdepan dengan luka tu sendiri. Bukan dengan mengabaikan luka tu. Ada benarnya kata-kata itu, sebab bila aku berdepan dengan tempat-tempat yang pernah menjadi kenangan, dan berdepan dengan orang tu sendiri, aku ingtkan aku akan bertambah lemah dan lembik, tapi akhirnya aku dapat semangat baru dan bertambah kuat untuk lupakan hal dulu dengan menerima ketentuan olehNya.

Alhamdulillah, hari demi hari, aku bertambah kuat untuk lupakan dia.

:)

1 comment:

Hello!