small advertisement

Sunday, October 09, 2011

saman yang tak jadi

Jumaat lalu... Masa on the way nak gerak balik dari tempat kerja, aku receive call dari seorang kawan. Cakap-cakap fon sampai tak sedar kat depan tu ada roadblock. Aiseyman!

Dan tak semena-mena, kena tahan dengan pakcik trafik. Terus aku end call kawan aku tuh then aku park kete kat tepi, sambil turunkan cermin kat sebelah co-pilot punya.

Pakcik trafik pandang aku, lepas tu confirmkan sesuatu kat walkie talkie.
"Betul ke kereta AG* ***3, Viva biru, pompuan yang bawak, yang cakap fon tu"

Dan yang sebelah sana pun menjawab, "Ye, pompuan. Terima."

Aku pun senyum sambil hulur lesen memandu kat pakcik trafik tu.
"Encik, saya sedar kesalahan saya. Saya ngaku, saya salah" <-Honest tak aku??

Pakcik tu amik lesen, membelek dan pandang-pandang aku.

"Cik ni keja mana ni?"
"Saya keja kat *H* Sg Bakap."
"Tak pernah nampak cik pun kat situ?"
"Eh ada je. Cuma saya selalu dok kat dalam"
"Cik, saya kena keluarkan saman jugak kat cik ni" <-tak sure, apa maksud ayat ni.
"Ok, takpe. Saya sedar kesalahan saya" <-senyum2 goda. hahahaa!
"Saman ni RM300 tau." <-memang tau pun rm300... tapi?
"Ok je encik"
"Takpela, (sambil hulur lesen kat aku balik) Jangan buat lagi. Lagi-lagi sini memang selalu ada trap."
" Oh ye ke. Terima kasih encik. Terima kasih!" <-sambil memberi senyuman teruja! (^,^)

Dan aku cepat-cepat belah dari tempat tu sebelum pakcik trafik tu bertukar fikiran nak bagi surat cinta lagi. Hahahaaa!


Pengajaran: Sila bersikap jujur dan senyum walaupun kena tahan dengan pakcik trafik yang nampak macam garang gila tu! Sebab who knows, senyuman itu mampu bagi diskaun! kehkeh!



Nota: Ni pengalaman kali kedua, nak dapat saman dari pakcik trafik, tapi sebab senyum, lansung tak dapat saman tu. Senyum-senyum selalu keh! Alhamdulillah!

2 comments:

  1. emm pokcik traffic tu niat sbena nye nak saman ke nak pow? aiseh.. seb bek ko senyum miza..heee..rezeki ko.. :)

    ReplyDelete
  2. Rasanya lelaki mmg kalah dgn senyuman pompuan. May be sebab yang sama aku dapat lesen walaupun time test kete dulu aku mati enjin 5 kali

    ReplyDelete

Hello!