small advertisement

Sunday, October 23, 2011

hidup ini tidak adil

Semenjak arwah meninggalkan kami, terlalu besar tanggungjawab yang aku harus pikul tanpa aku sedari hingga kini. Walaupun sudah berbulan lamanya arwah meninggalkan kami, tapi baru terasa aku tak mampu untuk menanggung tanggungjawab itu lagi.

Arwah wan aku, sangat cool, good listener dan caring. Masa yang sama arwah memastikan kebajikan atau keperluan semua ahli keluarga dia terjaga, samada anak, menantu, cucu, mak dan dah tentu isterinya sendiri.

Jadi, bila arwah meninggalkan kami, aku sebagai cucu 1st, tanpa sedar, telah take over tanggungjawab arwah yang merupakan ketua keluarga tu. Macamana aku yang muda ni dan still single, take over tanggungjawab tu, tak sesuai kot. Should be other person yang take over.

Bila arwah meninggal, aku balik dok kampung, jaga tok dan nenek (mak tok). Aku ubah lifestyle aku dari dok bandaraya pindah ke kg, aku ubah haluan career aku, dari engineering ke banking. Aku downgrade gaji aku ke SPM level. Aku korban life dengan kawan-kawan dan boyfriend aku sendiri, sebab nak look after them.

For a while, aku ok. Sebab thanks to bank, diorang anta aku training kat KL setiap bulan. Jadi, bole la melepaskan rindu dan update apa yang patut dengan kawan-kawan kat KL. Bole la jugak dating dengan boyfriend di sana.

Tapi lama-lama, ati makin meronta. Sampai bila nak jadi macam ni. Sampai bila aku kena sacrifice macam ni. Tak nampak lagi kan pasal tanggungjawab tu, apa yang burden sangat.

I have to adjust my self to be like arwah. Understanding, cool, bole jaga kebajikan setiap ahli keluarga, because only me yang link kat semua ahli keluarga. To be understanding quite easy, tapi to be cool, not that cool. Sebab staying with tok, aku kena maintain performance yang sedia ada dulu which is aku tak dapat nak follow sangat.

Kalau tok cakap nak A segera, please. Segera kau kena siapkan. Even u have something else to do. Kalau tok cakap, B kena siapkan now, aku kena siapkan sekarang tu jugak. Don't play-play. Even pasal nak bayar zakat fitrah pun bole jadi isu.

I'm not a good listener. Yes, aku boleh mendengar, but I can't response well according to your needs. I will just let you know, apa yang aku rasa. So kat situ pun dah ada isu. Sebab orang tua akan nampak macam derhaka, macam tak hormat orang tua. Bole, kalau nak suruh aku berlakon, just say yes for everything she wanted to hear. Tapi takkan benda yang tak betul pun kena ngaku betul.

Bila tok tak sehat, sekali skala diserang dengan darah tinggi atau kencing manis, only me know how bad the situation is. Anak-anak tok,menantu, cucu-cucu lain,tak pernah tahu keadaan tok macamana. Yang diorang tahu, I should take a good care of her.

Diri pun tak lepas nak jaga, macam-macam lagi nak pikir, macamana aku nak jaga tok.

Raya aritu, aku kembali single tanpa boyfriend di sisi. Aku tahu, punca kami jadi macam ni, lain dan tak bukan sebab berjauhan. Sebab pernah kami bincang dulu, andainya kami menikah, aku kena pindah KL balik. Aku memang nak sangat, tapi tok dah pun pesan awal-awal, kena temankan tok kat kg selagi tak sehat which is I dont know when. Sebab arini nampak sehat, tup-tup esok macam tak berapa nak sehat pulak. Bila diajak dok KL sekali, taknak. Nak jugak dok kat kg yang takda sape nih. Semua anak-anak, cucu-cucu dok KL tu.

Last week, aku decide nak kerja balik kat KL lepas aku rasa aku takleh maintain dengan life macam ni kat sini. I mean, dari segi financial. Terlalu banyak loan yang aku kena cover dengan gaji yang tak seberapa tu. So, dari Sabtu minggu lepas, aku datang KL, try attend interview sebanyak yang mungkin. Tapi Jumaat lepas, tak pasal-pasal apa tah tok ngadu dekat pakcik dan makcik aku, dan aku kena konfrantasi dengan diorang selama 3jam.

Dah tentula, aku kalah bila kena confront 2 dengan 1. Dan yang paling sedih, bila hal-hal yang tak sepatutnya diungkit tu, disebut-sebut dalam confront tu. Aku rasa benda yang nak diungkit tu pun, adalah salah satu tanggungjawab diorang sebenarnya. Lagi-lagi, besar sangat ke famili aku nih. You should be ashamed since purposely I dont want to ask your help. It's better to ask somebody else who dont have any blood bonding with me.

N patut ke, aku dituduh pentingkan diri sendiri bila aku pilih nak keja KL. Helllooooooo! Im only 26, this is my time to build my life and career. Nothing I gain so far after 3 years working. N you still want me to stay here just for your sake? Pandai kan you all lepaskan tangan.

Tanggungjawab jaga tok tu, bukan tanggungjawab aku. Sepatutnya jatuh kat anak-anak especially boy. Aku ni cucu je pun. Memangla aku bole melabur saham untuk akhirat tapi, sacrifice my life for your sake, again??

Minggu ni, sepupu-sepupu aku cuti sekolah. Tapi ada nak balik kampung? Takda maknanya. Instead balik kampung, amik this chance pegi Singapore. Pandai! Raya Haji nanti baru nak balik kampung. Padahal yang mana lagi lama, cuti raya haji atau cuti sekolah yang seminggu ni?

Memang terang-terang melepaskan tanggungjawab tu kat aku.

Actually, masa confront tu, ada mention pasal if I choose to stay KL, then they don't want to know or care about me again. Probnya, selama ni, memang diorang ada amik tahu ke? Kalau ada amik tahu, apa pertolongan yang diorang penah buat? Please, you should help us before we have to ask help from you. Baru nampak sincere. Dan kami ni pun takdala nak mintak tolong dengan orang lain... Bukan setakat mintak, kadang-kadang tu terpaksa merayu untuk pertolongan.

Confront tu selama 3jam, tak mungkin la semuanya aku nak ingat untuk aku coret dalam ni. Mostly, semuanya menikam kalbu, sebab nampak aku sorang yang salah. Nampak macam aku ni jahat. Dan hanya sebab aku yang paling rapat dengan tok, aku kena amik tanggungjawab macam tu...

See...

Hidup tak pernah adil.

N why should I care to stand up for others if no one stands for me.

2 comments:

  1. u r not the 1 should be blamed! oh deng, ms kecik2 dlu parents leh jg anak2..dh besor pjg, xmo jg parents lak. ah..mjr ada cucu yg sgt n syg kt tok dia. bertabahlah..psti ada solutions! aja2 figthing! ^_^

    "Allah x membebani seseorg mlainkn sesuai dgn ksanggupannya.." al-Baqarah: ayat 287

    ReplyDelete

Hello!