small advertisement

Monday, October 31, 2011

setengah jam!

Alhamdulillah..

Interview yang aku attend last Friday tu, memang berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya.

Sampai tempat interview jam 11 pagi, isi borang untuk tempoh setengah jam. Attend interview dengan director untuk setengah jam. Tunggu offer letter dalam tempoh setengah jam. Go thru offer letter untuk tempoh setengah jam jugak!

Mujur Director tak tanya aku, boleh start keja dalam tempoh setengah jam tak?

Heheheeeee

Tuesday, October 25, 2011

Terima kasih sangat-sangat pada kawan-kawan yang bagi pendapat dan pandangan membina tentang hal hidup ini tidak adil. Really appreciate it. Tak sangka, even ayat komen-komen tu ada yang pendek tapi sangat bermakna.

My Father: mata terang kat kl. dunia luas. peluang banyak. sepatutnya kalau ikut hukum pun, itu tanggungjawab anak lelaki. sampai bila2 pun tak lepas.

My Mother: don't worry bout tok. bring them to KL. Rumah kita takla besar, tapi selesa la jugak. Kalau tok nak balik kg, nanti mi cuti teman tok balik.

Sis Rina: please jangan rosakkan keyakinan adik yang adik dah bina selama nih. sis nak adik berjaya lebeh dari mereka

X: Masa awak keja KL dulu, awak tak susah macam ni. Biarlah orang kata awak pentingkan diri.

Nad: Kadang2 kite kene kejarkan ape yg kite nak dlm hidup n shud be ur tok lg paham sbb mesti dia nak tgk cucu dia hapy..mogaurusan ko dipermudahkan..insyaallah

Maria & Azy: Kesiannya meza. Meza jauh dengan famili, tapi kena tanggung sorang-sorang.

Arfah: u r not the 1 should be blamed! oh deng, ms kecik2 dlu parents leh jg anak2..dh besor pjg, xmo jg parents lak. ah..mjr ada cucu yg sgt n syg kt tok dia. bertabahlah..psti ada solutions! aja2 figthing! ^_^

"Allah x membebani seseorg mlainkn sesuai dgn ksanggupannya.." al-Baqarah: ayat 287


Aku dah mula dapat semangat dan keyakinan untuk teruskan keputusan aku.

Terima kasih semua!

Monday, October 24, 2011

Walaupun dah attend interview berkali-kali, debaran tu tetap ada.

Tak pernah kurang, malah bertambah.

Pe daa, nak interview pun suspense lebih!




apa pun tak boley! :p

Sunday, October 23, 2011

hidup ini tidak adil

Semenjak arwah meninggalkan kami, terlalu besar tanggungjawab yang aku harus pikul tanpa aku sedari hingga kini. Walaupun sudah berbulan lamanya arwah meninggalkan kami, tapi baru terasa aku tak mampu untuk menanggung tanggungjawab itu lagi.

Arwah wan aku, sangat cool, good listener dan caring. Masa yang sama arwah memastikan kebajikan atau keperluan semua ahli keluarga dia terjaga, samada anak, menantu, cucu, mak dan dah tentu isterinya sendiri.

Jadi, bila arwah meninggalkan kami, aku sebagai cucu 1st, tanpa sedar, telah take over tanggungjawab arwah yang merupakan ketua keluarga tu. Macamana aku yang muda ni dan still single, take over tanggungjawab tu, tak sesuai kot. Should be other person yang take over.

Bila arwah meninggal, aku balik dok kampung, jaga tok dan nenek (mak tok). Aku ubah lifestyle aku dari dok bandaraya pindah ke kg, aku ubah haluan career aku, dari engineering ke banking. Aku downgrade gaji aku ke SPM level. Aku korban life dengan kawan-kawan dan boyfriend aku sendiri, sebab nak look after them.

For a while, aku ok. Sebab thanks to bank, diorang anta aku training kat KL setiap bulan. Jadi, bole la melepaskan rindu dan update apa yang patut dengan kawan-kawan kat KL. Bole la jugak dating dengan boyfriend di sana.

Tapi lama-lama, ati makin meronta. Sampai bila nak jadi macam ni. Sampai bila aku kena sacrifice macam ni. Tak nampak lagi kan pasal tanggungjawab tu, apa yang burden sangat.

I have to adjust my self to be like arwah. Understanding, cool, bole jaga kebajikan setiap ahli keluarga, because only me yang link kat semua ahli keluarga. To be understanding quite easy, tapi to be cool, not that cool. Sebab staying with tok, aku kena maintain performance yang sedia ada dulu which is aku tak dapat nak follow sangat.

Kalau tok cakap nak A segera, please. Segera kau kena siapkan. Even u have something else to do. Kalau tok cakap, B kena siapkan now, aku kena siapkan sekarang tu jugak. Don't play-play. Even pasal nak bayar zakat fitrah pun bole jadi isu.

I'm not a good listener. Yes, aku boleh mendengar, but I can't response well according to your needs. I will just let you know, apa yang aku rasa. So kat situ pun dah ada isu. Sebab orang tua akan nampak macam derhaka, macam tak hormat orang tua. Bole, kalau nak suruh aku berlakon, just say yes for everything she wanted to hear. Tapi takkan benda yang tak betul pun kena ngaku betul.

Bila tok tak sehat, sekali skala diserang dengan darah tinggi atau kencing manis, only me know how bad the situation is. Anak-anak tok,menantu, cucu-cucu lain,tak pernah tahu keadaan tok macamana. Yang diorang tahu, I should take a good care of her.

Diri pun tak lepas nak jaga, macam-macam lagi nak pikir, macamana aku nak jaga tok.

Raya aritu, aku kembali single tanpa boyfriend di sisi. Aku tahu, punca kami jadi macam ni, lain dan tak bukan sebab berjauhan. Sebab pernah kami bincang dulu, andainya kami menikah, aku kena pindah KL balik. Aku memang nak sangat, tapi tok dah pun pesan awal-awal, kena temankan tok kat kg selagi tak sehat which is I dont know when. Sebab arini nampak sehat, tup-tup esok macam tak berapa nak sehat pulak. Bila diajak dok KL sekali, taknak. Nak jugak dok kat kg yang takda sape nih. Semua anak-anak, cucu-cucu dok KL tu.

Last week, aku decide nak kerja balik kat KL lepas aku rasa aku takleh maintain dengan life macam ni kat sini. I mean, dari segi financial. Terlalu banyak loan yang aku kena cover dengan gaji yang tak seberapa tu. So, dari Sabtu minggu lepas, aku datang KL, try attend interview sebanyak yang mungkin. Tapi Jumaat lepas, tak pasal-pasal apa tah tok ngadu dekat pakcik dan makcik aku, dan aku kena konfrantasi dengan diorang selama 3jam.

Dah tentula, aku kalah bila kena confront 2 dengan 1. Dan yang paling sedih, bila hal-hal yang tak sepatutnya diungkit tu, disebut-sebut dalam confront tu. Aku rasa benda yang nak diungkit tu pun, adalah salah satu tanggungjawab diorang sebenarnya. Lagi-lagi, besar sangat ke famili aku nih. You should be ashamed since purposely I dont want to ask your help. It's better to ask somebody else who dont have any blood bonding with me.

N patut ke, aku dituduh pentingkan diri sendiri bila aku pilih nak keja KL. Helllooooooo! Im only 26, this is my time to build my life and career. Nothing I gain so far after 3 years working. N you still want me to stay here just for your sake? Pandai kan you all lepaskan tangan.

Tanggungjawab jaga tok tu, bukan tanggungjawab aku. Sepatutnya jatuh kat anak-anak especially boy. Aku ni cucu je pun. Memangla aku bole melabur saham untuk akhirat tapi, sacrifice my life for your sake, again??

Minggu ni, sepupu-sepupu aku cuti sekolah. Tapi ada nak balik kampung? Takda maknanya. Instead balik kampung, amik this chance pegi Singapore. Pandai! Raya Haji nanti baru nak balik kampung. Padahal yang mana lagi lama, cuti raya haji atau cuti sekolah yang seminggu ni?

Memang terang-terang melepaskan tanggungjawab tu kat aku.

Actually, masa confront tu, ada mention pasal if I choose to stay KL, then they don't want to know or care about me again. Probnya, selama ni, memang diorang ada amik tahu ke? Kalau ada amik tahu, apa pertolongan yang diorang penah buat? Please, you should help us before we have to ask help from you. Baru nampak sincere. Dan kami ni pun takdala nak mintak tolong dengan orang lain... Bukan setakat mintak, kadang-kadang tu terpaksa merayu untuk pertolongan.

Confront tu selama 3jam, tak mungkin la semuanya aku nak ingat untuk aku coret dalam ni. Mostly, semuanya menikam kalbu, sebab nampak aku sorang yang salah. Nampak macam aku ni jahat. Dan hanya sebab aku yang paling rapat dengan tok, aku kena amik tanggungjawab macam tu...

See...

Hidup tak pernah adil.

N why should I care to stand up for others if no one stands for me.

Friday, October 21, 2011

Silence

Sometimes someone maintain SILENCE to protect a beautiful relationship with you
but they always forget that TOO MUCH of SILENCE creates a distance in every relationship.

SILENCE doesn't resemble of one's privacy
but it reflected more to egoism and make both of you drifted apart.

Wednesday, October 19, 2011

Alhamdulillah, interview tadi berjalan dengan lancar.

Dalam masa sejam lepas 1st interview, aku dipanggil untuk 2nd round.

Rasanya peluang besar untuk dapat tu ada.

Moga-moga semuanya dipermudahkan.

:)

Tuesday, October 18, 2011

Stronger

Aku selalu buat keputusan drastik. Selalu mengejutkan pelbagai pihak dengan keputusan aku. Kadang-kadang aku sendiri pun terkejut tau walaupun sendiri yang buat keputusan macam tu.

Kalau dulu, aku buat keputusan berenti keja di KL, untuk pindah duduk kat kampung. Mencari ketenangan kononnya. Sekarang, aku buat keputusan untuk pindah balik duduk kat KL yang pernah menjadi tempat nightmare aku suatu masa dulu.

Dalam nightmare tu, aku sedar masih ada kawan-kawan yang aku boleh harapkan, ada sedikit ketenangan dalam dunia KL yang penuh kesibukan tu. Memang aku rindukan keadaan di KL ni walaupun aku jauh di kampung.

Cuma bila sesekali aku singgah tempat-tempat yang ada kenangan aku dengan dia, aku jadi sayu dan diam jap. Teringat saat-saat bergurau senda dan manja-manja dengan dia. Tapi itu semua dulu, aku kena kuat untuk lupakan.

Orang cakap, ubat untuk mengubat hati yang luka ialah berdepan dengan luka tu sendiri. Bukan dengan mengabaikan luka tu. Ada benarnya kata-kata itu, sebab bila aku berdepan dengan tempat-tempat yang pernah menjadi kenangan, dan berdepan dengan orang tu sendiri, aku ingtkan aku akan bertambah lemah dan lembik, tapi akhirnya aku dapat semangat baru dan bertambah kuat untuk lupakan hal dulu dengan menerima ketentuan olehNya.

Alhamdulillah, hari demi hari, aku bertambah kuat untuk lupakan dia.

:)

Sunday, October 09, 2011

saman yang tak jadi

Jumaat lalu... Masa on the way nak gerak balik dari tempat kerja, aku receive call dari seorang kawan. Cakap-cakap fon sampai tak sedar kat depan tu ada roadblock. Aiseyman!

Dan tak semena-mena, kena tahan dengan pakcik trafik. Terus aku end call kawan aku tuh then aku park kete kat tepi, sambil turunkan cermin kat sebelah co-pilot punya.

Pakcik trafik pandang aku, lepas tu confirmkan sesuatu kat walkie talkie.
"Betul ke kereta AG* ***3, Viva biru, pompuan yang bawak, yang cakap fon tu"

Dan yang sebelah sana pun menjawab, "Ye, pompuan. Terima."

Aku pun senyum sambil hulur lesen memandu kat pakcik trafik tu.
"Encik, saya sedar kesalahan saya. Saya ngaku, saya salah" <-Honest tak aku??

Pakcik tu amik lesen, membelek dan pandang-pandang aku.

"Cik ni keja mana ni?"
"Saya keja kat *H* Sg Bakap."
"Tak pernah nampak cik pun kat situ?"
"Eh ada je. Cuma saya selalu dok kat dalam"
"Cik, saya kena keluarkan saman jugak kat cik ni" <-tak sure, apa maksud ayat ni.
"Ok, takpe. Saya sedar kesalahan saya" <-senyum2 goda. hahahaa!
"Saman ni RM300 tau." <-memang tau pun rm300... tapi?
"Ok je encik"
"Takpela, (sambil hulur lesen kat aku balik) Jangan buat lagi. Lagi-lagi sini memang selalu ada trap."
" Oh ye ke. Terima kasih encik. Terima kasih!" <-sambil memberi senyuman teruja! (^,^)

Dan aku cepat-cepat belah dari tempat tu sebelum pakcik trafik tu bertukar fikiran nak bagi surat cinta lagi. Hahahaaa!


Pengajaran: Sila bersikap jujur dan senyum walaupun kena tahan dengan pakcik trafik yang nampak macam garang gila tu! Sebab who knows, senyuman itu mampu bagi diskaun! kehkeh!



Nota: Ni pengalaman kali kedua, nak dapat saman dari pakcik trafik, tapi sebab senyum, lansung tak dapat saman tu. Senyum-senyum selalu keh! Alhamdulillah!

Sunday, October 02, 2011

Jar Of Heart

Jar Of Hearts lyrics
Songwriters: Christina Perri;Drew Lawrence;Barrett Yeretsian



I know I can't take one more step towards you
Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore?
You lost the love I loved the most

I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I've learned to live, half-alive
Now you want me one more time

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
[ From: http://www.elyrics.net/read/c/christina-perri-lyrics/jar-of-hearts-lyrics.html ]
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

Dear, it took so long
Just to feel alright
Remember how to put back
The light in my eyes

I wish I had missed
The first time that we kissed
'Cause you broke all your promises
And now you're back you don't get to get me back

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?


Please dont treat me like this. Kalau nak, cakap nak and leave her. Jangan main tarik-tarik tali.. Fed up already!