small advertisement

Saturday, September 10, 2011

Cut and start new!

Aku tekad nak potong pendek rambut aku, sekurang-kurangnya sampai kawasan yang ada rebonding yang aku pernah buat setahun lepas.

Tak mudah tau nak buat keputusan untuk potong rambut pendek..

Sebab rambut yang rebonding tu, adalah memori aku dengan dia. Macamana dia sanggup teman aku selama 4 jam untuk buat rebonding.

Sekarang rambut pun dah cukup panjang untuk buang kawasan tu. Kalau tak, mungkin aku terpaksa botakkan kepala. Jadi, aku bole mulakan hidup baru dengan melepaskan segala memori seperti mana aku melepaskan rambut yang sedia panjang di bahagian rebonding tu.

Bukan tak sayang nak potong rambut yang sedia panjang tu, yang dah dijaga dan dibelai.. Tapi macam tu jugakla perasaan masa nak melepaskan dia dari hidup aku, lepas aku berikan perhatian, berkorban, dan paling penting aku berikan cinta pada dia.

1 comment:

  1. macam yg aku buat dulu2.. skang tak potong rambut dah bertahun2. bukan sb cinta itu berteman sentiasa untuk aku. tapi sebab aku tak ada cinta dan tak ada hati utk rasa kecewa.

    ReplyDelete

Hello!