small advertisement

Monday, September 19, 2011

Apa yang aku rasa sekarang ni, aku dah pun lalui sejak 2tahun yang lepas.

Dan aku tak sangka, perasaan ini akan berulang kembali.

Dituduh mengongkong, tidak memahami, dan tidak menghormati mereka.

Maaf, kalau betul kamu rasa begitu. Cuma, itu antara sifat aku yang tak dapat dielakkan bila berjauhan dari kamu lagi-lagi bila kamu tidak selalu beri penjelasan yang sewajarnya.

Kalau perasaan ambil berat yang dianggap sebagai mengongkong, maafkan aku.

Kalau perasaan ambil tahu di mana kamu berada dan mengingatkan tentang sesuatu perkara sebagai tidak memahami, maafkan aku.

Kalau perasaan ingin selalu bersama dan rindu pada kamu, dan selalu membuat permintaan sewajarnya untuk diriku, tapi dianggap sebagai tidak menghormati kamu, maafkan aku.



Aku cuma perempuan biasa.

Yang ingin selalu diberi perhatian dan dimanjakan.




:(

Saturday, September 17, 2011

Ada manusia yg dh mula jd kacang lupakan kulit.dulu ada teman yang menolong dia dlm kesusahan dgn pinjamkn duit,yg teman dia menangis, menjaga makan minum dia, teman jmpa DR, tlg byrkn bil klinik, jaga masa dia sakit, masih bsama dia wlaupun baru lpas kena kondem dgn kwn2, bsama dgn dia lagi walaupun tgh mngalami masa kejatuhan, mlebihkan dia dr famili sendiri. tapi apa bole buat, lumrah manusia begitu... kesian kat dua2 org ni. satu tu dh dikhianati, satu lg tu, dh jd hidung tinggi. pdhal teman tu pnah ckp, 'tgokla lpas dpt keje G***N ni, mesti tknk kt teman dh". tgok2 jadi kenyataan..

Tapi..... teman ini masih berterima kasih kpd manusia yg lupa diri tu. sebab bsama dgn teman hmpir 24jam sehari selama 7bulan. trima kasih juga sbb mberi sokongan moral dan kewangan smasa teman mhadapi masalah dlm hidupnya, memberi kenangan2 yg terindah, mneman teman kesana kesini.. sebenarnya mereka dua saling melengkapi cuma, mungkin jodoh mereka berdua setakat itu saja. Wallahualam

Friday, September 16, 2011

Official Announcement

Saya tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan dia.




Ada sapa-sapa nak isi borang untuk jadi kekasih hati?

Saturday, September 10, 2011

Cut and start new!

Aku tekad nak potong pendek rambut aku, sekurang-kurangnya sampai kawasan yang ada rebonding yang aku pernah buat setahun lepas.

Tak mudah tau nak buat keputusan untuk potong rambut pendek..

Sebab rambut yang rebonding tu, adalah memori aku dengan dia. Macamana dia sanggup teman aku selama 4 jam untuk buat rebonding.

Sekarang rambut pun dah cukup panjang untuk buang kawasan tu. Kalau tak, mungkin aku terpaksa botakkan kepala. Jadi, aku bole mulakan hidup baru dengan melepaskan segala memori seperti mana aku melepaskan rambut yang sedia panjang di bahagian rebonding tu.

Bukan tak sayang nak potong rambut yang sedia panjang tu, yang dah dijaga dan dibelai.. Tapi macam tu jugakla perasaan masa nak melepaskan dia dari hidup aku, lepas aku berikan perhatian, berkorban, dan paling penting aku berikan cinta pada dia.