small advertisement

Wednesday, August 03, 2011

tanda penghargaan

Alhamdulillah, hari ni dapat lagi duit poket RM50 dari bos. Bukanla aku sorang yang dapat, satu branch dapat. Duit poket kali ni sebagai tanda appreciate usaha semua staff dalam branch. Aritu pun dah dapat Rm150, atas sebab yang sama. Syukur!

Dan sepanjang aku kerja kat sini, boleh dikatakan selalu jugak dapat macam-macam yang tak diduga samada dari bos atau customer. Macam raya cina aritu, merasa dapat duit angpau dari customer RM 5. Dari bos pula RM 10. Sapa nak bagi buta-buta walaupun setakat RM5 ke RM10 tu. Kan?

Ada staff yang sorang tu, pernah bagi brooch kat aku, konon-kononnya sebagai tanda appreciate yang aku selalu tolong dia. Ntah apa la yang aku tolong agaknya, aku pun tak tau. Amik jela, apa nak dikata lagi. Oh ye, yang bagi tu cina tau. Pandai pula dia bagi brooch kan.

Baru-baru ni, ada customer bagi telur masin. Bunyi macam hape je, tapi tau ke berapa banyak dia bagi? Ada la dalam 40 biji. 20 biji satu round. Dan dah 2 kali dia bagi. Jenuh dok memikir macamana nak abiskan, tapi aku serah dekat tok. Sebab aku dengan tok tak makan telur masin sangat.

Sempena bulan puasa ni pula, ada customer bagi kurma. Sorang customer bagi kurma Safia, satu lagi kurma madu. Masing-masing brand Yusof Taiyoob. Alhamdulillah, tak payah nak cari-cari kurma lagi. Syukur lagi sekali.

Semua ni, bukanla aku dapat sorang-sorang, semua staff kat tempat aku dapat. Betapa tak berkiranya customer-customer ni dengan kami. Padahal kami bukan buat apa-apa, setakat bagi servis je.

Syukur Alhamdulillah. Moga-moga rezeki yang macam ni, berpanjangan... :)

No comments:

Post a Comment

Hello!