small advertisement

Thursday, August 04, 2011

If u love 2 people at the same time, choose the 2nd one, because if u really loved the 1st one u wouldn’t have fallen for the second ~~ Johnny Depp ~~
Secara logiknya, boleh diterima akal tak pendapat tu?

I really agreed! Sebab benda ni terjadi kat diri aku sendiri. Jadi, bila aku recall balik, yes! I am not so in love with him.. So selalu sangat rasa yang nak berkawan dengan orang lain tu.

Tak percaya?

Seriously aku rasa macam tu. As proof, bole tanya dengan my X tu or orang yang berkaitan.. I mean, orang yang aku berkawan dulu. Bukan tak sayang dengan si X tu dulu tapi selalu rasa nak berkawan dengan orang lain (teman tapi mesra), cuma bila sekarang ni,bila pikir-pikir balik and betul-betul dah sedar, yang aku sayang tapi tak pernah cinta dengan dia..

Mungkin kerana itu la, ati selalu rasa nak cari pasal dengan si X... Mula-mula, aku ingatkan aku ni cuma nakkan perhatian daripada dia, jadi, cuba cari pasal dengan si -X. Cumanya, kadang-kadang tu, bila rasa nak berkawan dengan kawan sendiri (yang mana dia pun kenal juga, malah kami berdua sama-sama satu sekolah), macam ada satu larangan, yang membuatkan aku rasa tak berapa nak selesa nak handle.

Boleh dikatakan kawan-kawan sekolah kami, orang yang sama, balik-balik muka tu jugak tapi setiap kali ada jemputan untuk reunion, atau jemputan kawen dari kawan-kawan sekolah, trip berjalan sana sini, mesti salah seorang dari kami je yang pergi. Tak pernah kami ni nak pergi sama-sama, ataupun mungkin la ada la sekali dua. Itupun, cepat-cepat pergi, cepat-cepat balik. Dan aku tak larat nak bagi excuse dengan kawan-kawan masa tu, tapi nak buat macamana, biar je la. Apa bole buat....

Sekarang aku bukan lagi berkawan dengan si X, sudah pun kawan dengan orang lain. Yang mana, kali ni ati aku tak pernah rasa sekali pun nak menduakan si dia. Dan dengan dia, ati aku rasa lebih tenang. Si dia ni pun tak segan-segan dan jenis tak kisah nak bergaul dengan kawan-kawan aku, sudi untuk teman aku ke sana sini, dan masa yang sama bagi kebebasan untuk aku berkawan depan si dia. Akhirnya aku bole jadi diri aku sendiri.

Tapi bagi kes lelaki yang berniat nak kawen dua pulak, nanti aku bagi pendapat aku yang lain ye :)

Wednesday, August 03, 2011

tanda penghargaan

Alhamdulillah, hari ni dapat lagi duit poket RM50 dari bos. Bukanla aku sorang yang dapat, satu branch dapat. Duit poket kali ni sebagai tanda appreciate usaha semua staff dalam branch. Aritu pun dah dapat Rm150, atas sebab yang sama. Syukur!

Dan sepanjang aku kerja kat sini, boleh dikatakan selalu jugak dapat macam-macam yang tak diduga samada dari bos atau customer. Macam raya cina aritu, merasa dapat duit angpau dari customer RM 5. Dari bos pula RM 10. Sapa nak bagi buta-buta walaupun setakat RM5 ke RM10 tu. Kan?

Ada staff yang sorang tu, pernah bagi brooch kat aku, konon-kononnya sebagai tanda appreciate yang aku selalu tolong dia. Ntah apa la yang aku tolong agaknya, aku pun tak tau. Amik jela, apa nak dikata lagi. Oh ye, yang bagi tu cina tau. Pandai pula dia bagi brooch kan.

Baru-baru ni, ada customer bagi telur masin. Bunyi macam hape je, tapi tau ke berapa banyak dia bagi? Ada la dalam 40 biji. 20 biji satu round. Dan dah 2 kali dia bagi. Jenuh dok memikir macamana nak abiskan, tapi aku serah dekat tok. Sebab aku dengan tok tak makan telur masin sangat.

Sempena bulan puasa ni pula, ada customer bagi kurma. Sorang customer bagi kurma Safia, satu lagi kurma madu. Masing-masing brand Yusof Taiyoob. Alhamdulillah, tak payah nak cari-cari kurma lagi. Syukur lagi sekali.

Semua ni, bukanla aku dapat sorang-sorang, semua staff kat tempat aku dapat. Betapa tak berkiranya customer-customer ni dengan kami. Padahal kami bukan buat apa-apa, setakat bagi servis je.

Syukur Alhamdulillah. Moga-moga rezeki yang macam ni, berpanjangan... :)