small advertisement

Sunday, April 03, 2011

Sejak-sejak tengok Majalah 3 semalam, aku dah mula goyang. Ok-ok... Dalam M3 semalam, diorang cerita pasal penyakit Autisme. Pasal penyakit ni, simptom-simptom dia macam bawah ni:

- hidup dalam dunia sendiri
- tidak pandai berkawan
- ambil masa untuk belajar sesuatu
- tidak suka ubah rutin
- ...... (aku tak rajin nak ingat fakta semalam, sila google)

Dan apa yang aku tengok, semua ada pada aku.... Aku akui, aku memang suka hidup dalam dunia aku sendiri. Aku bole layan dok umah sorang-sorang seharian, bole dok pi makan sorang-sorang walaupun ada peluang utk ditemani dengan kawan-kawan..... Kalau aku join perjumpaan dengan kawan-kawan sekolah dulu, aku mesti diam je. Aku akan mendengar, bukan sibuk bersembang sama-sama. Jadi, kebanyakkan akan cuba elak cakap dengan aku, sebab bosan takde feedback. Agaknya laaa....

Kebelakangan ni, aku agak amik masa untuk belajar dan memahami sesuatu. Jenuh hafal, lepas tu bole plak lupa.

Aku ada penyakit autisme ke???


p/s: tak logik dah umo mcm ni baru nk kena autisme. ni penyakit masalah komunikasi je! hekhekhek

1 comment:

Hello!