small advertisement

Monday, April 18, 2011

Haaaa... Nak cite pasal keja lagi....

So....
Setiap pagi Isnin, aku selalu dok mengadap depan pc, buat report untuk submit dekat ketua bahagian sales berkenaan kat KL. Selalunya dalam sejam, dah siap dah. Bukan setakat sejam, kadang-kadang kurang dari sejam sebab aku dah buat sikit-sikit dari minggu sebelum tu. Macam arini, 15minit je dah siap... Tapi, aku dah siap-siap buat report, aku dok membelek-belek email kat ofis.

Lansung ada benda baru yang aku nak kena explore. Baru launch katanya. Dah tu nak kena log in bagai. Dan bila aku dok try log in, ada error plak. So dok deal dengan service centre sampai sejam.

Dalam dok deal tu, bos kat ofis ni singgah kat tempat aku....

"Dayang, u buat apa kat sini. Apasai tak pi depan?"

Dalam ati aku, amboi-amboi.... Ni workstation aku, bukannya aku tumpang orang. Dan bukannya aku dok berehat-rehat, main game ke apa. Bole plak dok sound macam tu. Dan, mesti ke aku nak kena dok depan? Aku bukannya navigator. Aku bukannya apply keja yang tu. Aku apply keja untuk benda lain.

"I tengah log in portal yang baru launch ni. Kalau i tak buat arini, sampai forever i tak bole masuk portal"

Bos pun belah dari workstation dengan muka tak puas ati. Woi-woi...... Aku buat keja la, bukan dok goyang kaki bodoh je.

Haa, lansung aku buat muka don depan dia. Lantak la. Aku memang tak kisah pun dia nak komplen apa kat HQ KL tu. Sebab kalau dia komplen, makan diri dia balik punya.

Tengok je la nanti macamana.

No comments:

Post a Comment

Hello!