small advertisement

Tuesday, April 12, 2011

Aku sekarang ni tengah giat survey hasil kerja photographer, survey pakej yang ditawarkan, survey pricing yang berbaloi-baloi untuk satu event di masa akan datang. Walaupun lambaaaaaaaaaaat lagi, event tu, tapi kenala buat research serba sket tak....

Setakat ni ada dua-tiga hasil kerja photographer yang aku minat, yang tunjukkan sesuatu perasaan secara neutral, bukan dibuat-buat, dan masa yang sama dapat rasa kemesraan sesama insan. Selain daripada tu (ayat agak mengikut protokol di sini), photographer ni pandai main dengan angle, warna dan kejituan keadaan yang cuba digambarkan.

Antaranya hasil kerja abg asraf. Pheww! Hasil kerja abg asraf ni, memang aku dah jatuh cinta masa dia jadi photographer untuk kawen kawan aku tu (yang mana adalah adik ipar abg asraf). Memang menarik! Cuma sekarang tak dapat nak mintak advise dia lagi, dia tengah tak sehat. Abg asraf, get well soon ya!

Next, ashikin abdullah. Yang ni pun, hasil kerja dia the BOMB! Dan sapa-sapa yang melawat blog dia, korang mesti terpegun mamat yang hampir-hampir menyerupai Cullen! Odeng... Tergoda sat sebelum di'U'turnkan balik kepada kekasih sebenar. Uhuuuuuu~

Yang masih lagi dikategorikan hasil kerja yang menarik, ialah irwan syah. Aku tak sure, ni si irwan syah penyanyi atau irwan syah si photographer. Ehehee... Tapi cool jugak hasil kerja dia...

Tapi kalau dah hasil keja mabeles macam tu, jangan plak expect murah sangat pakejnya kan. Dahla diorang ni nun di KL, sure-sure nak import mai kampung aku, aku nak kena bear cost transportation. Odengg.......

Money-money-money!

1 comment:

  1. ehem..ehem...cam ada bau2 nasi minyak jer nih...hehehe

    ReplyDelete

Hello!