small advertisement

Monday, April 18, 2011

Haaaa... Nak cite pasal keja lagi....

So....
Setiap pagi Isnin, aku selalu dok mengadap depan pc, buat report untuk submit dekat ketua bahagian sales berkenaan kat KL. Selalunya dalam sejam, dah siap dah. Bukan setakat sejam, kadang-kadang kurang dari sejam sebab aku dah buat sikit-sikit dari minggu sebelum tu. Macam arini, 15minit je dah siap... Tapi, aku dah siap-siap buat report, aku dok membelek-belek email kat ofis.

Lansung ada benda baru yang aku nak kena explore. Baru launch katanya. Dah tu nak kena log in bagai. Dan bila aku dok try log in, ada error plak. So dok deal dengan service centre sampai sejam.

Dalam dok deal tu, bos kat ofis ni singgah kat tempat aku....

"Dayang, u buat apa kat sini. Apasai tak pi depan?"

Dalam ati aku, amboi-amboi.... Ni workstation aku, bukannya aku tumpang orang. Dan bukannya aku dok berehat-rehat, main game ke apa. Bole plak dok sound macam tu. Dan, mesti ke aku nak kena dok depan? Aku bukannya navigator. Aku bukannya apply keja yang tu. Aku apply keja untuk benda lain.

"I tengah log in portal yang baru launch ni. Kalau i tak buat arini, sampai forever i tak bole masuk portal"

Bos pun belah dari workstation dengan muka tak puas ati. Woi-woi...... Aku buat keja la, bukan dok goyang kaki bodoh je.

Haa, lansung aku buat muka don depan dia. Lantak la. Aku memang tak kisah pun dia nak komplen apa kat HQ KL tu. Sebab kalau dia komplen, makan diri dia balik punya.

Tengok je la nanti macamana.

Tuesday, April 12, 2011

Aku sekarang ni tengah giat survey hasil kerja photographer, survey pakej yang ditawarkan, survey pricing yang berbaloi-baloi untuk satu event di masa akan datang. Walaupun lambaaaaaaaaaaat lagi, event tu, tapi kenala buat research serba sket tak....

Setakat ni ada dua-tiga hasil kerja photographer yang aku minat, yang tunjukkan sesuatu perasaan secara neutral, bukan dibuat-buat, dan masa yang sama dapat rasa kemesraan sesama insan. Selain daripada tu (ayat agak mengikut protokol di sini), photographer ni pandai main dengan angle, warna dan kejituan keadaan yang cuba digambarkan.

Antaranya hasil kerja abg asraf. Pheww! Hasil kerja abg asraf ni, memang aku dah jatuh cinta masa dia jadi photographer untuk kawen kawan aku tu (yang mana adalah adik ipar abg asraf). Memang menarik! Cuma sekarang tak dapat nak mintak advise dia lagi, dia tengah tak sehat. Abg asraf, get well soon ya!

Next, ashikin abdullah. Yang ni pun, hasil kerja dia the BOMB! Dan sapa-sapa yang melawat blog dia, korang mesti terpegun mamat yang hampir-hampir menyerupai Cullen! Odeng... Tergoda sat sebelum di'U'turnkan balik kepada kekasih sebenar. Uhuuuuuu~

Yang masih lagi dikategorikan hasil kerja yang menarik, ialah irwan syah. Aku tak sure, ni si irwan syah penyanyi atau irwan syah si photographer. Ehehee... Tapi cool jugak hasil kerja dia...

Tapi kalau dah hasil keja mabeles macam tu, jangan plak expect murah sangat pakejnya kan. Dahla diorang ni nun di KL, sure-sure nak import mai kampung aku, aku nak kena bear cost transportation. Odengg.......

Money-money-money!

Monday, April 11, 2011

Baru keja beberapa bulan kat tempat baru, dah pun rasa bosan. Bosan yang tak terhingga.

Orang kata, kita kena cari keja yang sesuai dengan jiwa kita, baru enjoy dan layan. Tapi citenya sekarang, macamana nak tau keja tu sesuai dengan kita atau tak, selagi tak buat keja tu kan. Dan ada jugak orang kata, kalau dah dapat keja tu, redha je la. Try sesuaikan diri dengan keja tu sebab bukan senang zaman sekarang nak cari keja lain.

Bistu, apa cerita bhai?

Keja aku sekarang ni, bukan tak best, okla jugak. Ada cabaran dia yang tersendiri cuma cabaran dia tu, bukan senang aku nak hadapi memandangkan aku ni tak ada minat dalam bidang ni. Lagi-lagi melibatkan sale. Sale yang melibatkan faedah jangka panjang, yang rata-rata ramai takkan berminat kecuali orang yang punyai kesedaran tentang hal tu.

Orang pernah kata, syokla keja buat sale, komisen dapat banyak. Choy! Komisen apa jadahnya kalau susah nak jual produk ni. Dan kalau dapat jual pun, dah sampai target beribu ringgit, baru nak dapat komisen. Mudah sangat ke?

Ye, nak senang itu, kenala usaha lebih sket. Tapi, bukannya semudah jual kacang rebus kat padang kota kan?

Lagi-lagi, ada je benda yang remeh-temeh jadi rintangan tu. Mula la rasa down kan....

Hmm....................



Nak keja apa plak pasni ha?

Sunday, April 03, 2011

Sejak-sejak tengok Majalah 3 semalam, aku dah mula goyang. Ok-ok... Dalam M3 semalam, diorang cerita pasal penyakit Autisme. Pasal penyakit ni, simptom-simptom dia macam bawah ni:

- hidup dalam dunia sendiri
- tidak pandai berkawan
- ambil masa untuk belajar sesuatu
- tidak suka ubah rutin
- ...... (aku tak rajin nak ingat fakta semalam, sila google)

Dan apa yang aku tengok, semua ada pada aku.... Aku akui, aku memang suka hidup dalam dunia aku sendiri. Aku bole layan dok umah sorang-sorang seharian, bole dok pi makan sorang-sorang walaupun ada peluang utk ditemani dengan kawan-kawan..... Kalau aku join perjumpaan dengan kawan-kawan sekolah dulu, aku mesti diam je. Aku akan mendengar, bukan sibuk bersembang sama-sama. Jadi, kebanyakkan akan cuba elak cakap dengan aku, sebab bosan takde feedback. Agaknya laaa....

Kebelakangan ni, aku agak amik masa untuk belajar dan memahami sesuatu. Jenuh hafal, lepas tu bole plak lupa.

Aku ada penyakit autisme ke???


p/s: tak logik dah umo mcm ni baru nk kena autisme. ni penyakit masalah komunikasi je! hekhekhek