small advertisement

Tuesday, March 15, 2011

Jumaat lepas, aku ikut satu team ke ala-ala roadshow kat satu tempat tu, untuk promote produk banking. Dan aku ni, yang baru nak familiar produk, ikutla kejap, cari pengalaman. Maksud aku kejap tu, memang kejap je pun. Dalam sejam macam tu je.

Lepas tu aku pun balik ke branch. Depan branch aku ni, bukan ada parking, dan timing aku balik ni plak, memang peak time dia punya parking. Bole dikatakan bersepah-sepah la keta parking sana sini. Dan aku dah sampai depan branch, try usha-usha parking, kalau bole yang dekat, yang depan branch. Tapi sampai ke ujung, tak dapat lagi parking.

Pusing dua-tiga kali semata-mata nak cari parking.Tapi dah sebab lambat nak report kt branch, aku parking jugak, belakang kete coolegue aku jugak yang parking diorang tu menyerong. Aku parking belakang kete diorang sebab dah tau diorang tu nak kluar jap lagi, pi solat jumaat. Bole la aku ganti parking diorang kan. Masa tu lagi 10minit nak pukul satu. Patut tak lama la kan.

Tapi baru aku dok report dalam branch, baru nak attend customer, polis dah kacau-kacau nak suruh aku alih kete. Apa la agaknya yang disibukkan tu. Bukan nya owner kete nak klua parking pun. Dah tentu, aku kenal diorang tuh..

Lepas tu, geng-geng nak pi solat jumaat pun kluar, dan aku pun sibuk la nak masuk parking diorang. Dah start enjin apa semua, check kiri kanan belakang, tengok ada kete ke tak, lepas tu reverse. Bole plak masa reverse, kete aku tercium dengan BMW.

Hoi, celah mana plak hang mai nih! Mujur bucu kete aku je kena, calar la jugak.. Pintu kete BMW tu, cam biasa, takde pape pun. Sehat walafiat. Dan masa aku baru nak belek-belek kete, cik polis dan pakcik polis sibuk-sibuk mintak lesen dengan IC.

HELLLLLLLOOOOOOOO! Awak tak nampak ke saya baru je tercium kete orang, dan saya sibuk nak tengok kete saya dengan dia ok ke tak, yang awak berdua ni sibuk nak mintak lesen dengan IC. Lepas tu, tak bagi aku parking elok-elok kete plak tu, takut aku lari dari tempat kejadian.

Aku keja depan tu je kot. Lima langkah je dari tempat kejadian. Aku nak lari pun, time tu je. Sok lusa, aku kena mai keja jugak kat situ. Takkan bagi notis 24jam semata-mata tercium kete. Budus betul....

Dah siap aku parking kete, dok sibuk-sibuk lagi mintak IC ngan lesen, siap eskot masuk dalam branch. Takut aku lari. Pergh, aku buat salah apa yang dasat sangat ni..

Dah bagi IC+lesen, bole plak surat saman diorang letak kat viper. Yang IC+lesen, pandai plak bagi balik. Aku dah knpius. Aku pun tanya cik polis tu dan banyak benda yang aku tak puas ati.

Cik, saya nak tanya, yang keluarkan saman tu, anggota atau orang biasa (sebab dia tak pakai baju seragam)..

Dia anggota. Apa-apahal bole pegi balai. (Amboi, dasatnya. Aku tanya camtu pun kena pergi balai ke)

Cik, nape cik tak bagi terus saman tu kat saya. Nape letak kat viper kete. Padahal bole bagi masa bagi balik IC dengan lesen.

Cik tolong amik sendiri. (amboi, cantiknya bahasa awak cik polis)

Jadi, sebab tak puas ati, aku pegi tanya kat anggota yang berbaju biasa tu.

Encik, kalau tak keberatan, bole saya mintak nombor anggota encik..... (tak sempat nk abis ayat)

No saya 9*****, Lans Koperal XYZABC. Kenapa, nak report kat balai ke? Atau nak bawak kes pegi court? (apa kejadahnya depa ni.... baru tanya no anggota, dah over sampai court bagai.. budus ke?)

saya tanya je, bukan nak pegi court...... bla,bla,bla... Aku pun mula tanya macam-macam...
.
.
.
(dh malas nk ingat sebab tah apa-apa punya self defense)
.
.
(dh keluar segala akta-akta yang aku tak pernah dengaq)
.
.
.
(dan akhirnya)
mengikut akta bla-bla-bla (sori, aku tak hafal), saman yang ditulis atas kesalahan jalan raya, kita bagi sendiri dengan pemandu. untuk akta bla-bla-bla, saman parking pulak, kita letak kat viper.
.
.
.
saya minta maaf bagi pihak berkaitan sebab buat macam tu dengan cik.... bla-bla-bla....
.
.

Polis memang samseng camni ke? Tak reti nak berbudi bahasa dah? Ataupun tu memang stail diorg bercakap kot?

tapi kepada cik polis tu, awak memang berlagak betul la... elok awak pi training balik untuk bercakap dengan orang awam elok-elok. Dan awak ingat saya heran sangat awak tu polis ke, bila awak cakap "bole trus pegi balai"... Awak mati nanti pun, kita share sama tanah jugak.....!


Geram sungguh dengan manusia yang takda budi bahasa ni. Harap muka je cun dan pakai tudung. Budus!

1 comment:

Hello!