small advertisement

Tuesday, March 15, 2011

Jumaat lepas, aku ikut satu team ke ala-ala roadshow kat satu tempat tu, untuk promote produk banking. Dan aku ni, yang baru nak familiar produk, ikutla kejap, cari pengalaman. Maksud aku kejap tu, memang kejap je pun. Dalam sejam macam tu je.

Lepas tu aku pun balik ke branch. Depan branch aku ni, bukan ada parking, dan timing aku balik ni plak, memang peak time dia punya parking. Bole dikatakan bersepah-sepah la keta parking sana sini. Dan aku dah sampai depan branch, try usha-usha parking, kalau bole yang dekat, yang depan branch. Tapi sampai ke ujung, tak dapat lagi parking.

Pusing dua-tiga kali semata-mata nak cari parking.Tapi dah sebab lambat nak report kt branch, aku parking jugak, belakang kete coolegue aku jugak yang parking diorang tu menyerong. Aku parking belakang kete diorang sebab dah tau diorang tu nak kluar jap lagi, pi solat jumaat. Bole la aku ganti parking diorang kan. Masa tu lagi 10minit nak pukul satu. Patut tak lama la kan.

Tapi baru aku dok report dalam branch, baru nak attend customer, polis dah kacau-kacau nak suruh aku alih kete. Apa la agaknya yang disibukkan tu. Bukan nya owner kete nak klua parking pun. Dah tentu, aku kenal diorang tuh..

Lepas tu, geng-geng nak pi solat jumaat pun kluar, dan aku pun sibuk la nak masuk parking diorang. Dah start enjin apa semua, check kiri kanan belakang, tengok ada kete ke tak, lepas tu reverse. Bole plak masa reverse, kete aku tercium dengan BMW.

Hoi, celah mana plak hang mai nih! Mujur bucu kete aku je kena, calar la jugak.. Pintu kete BMW tu, cam biasa, takde pape pun. Sehat walafiat. Dan masa aku baru nak belek-belek kete, cik polis dan pakcik polis sibuk-sibuk mintak lesen dengan IC.

HELLLLLLLOOOOOOOO! Awak tak nampak ke saya baru je tercium kete orang, dan saya sibuk nak tengok kete saya dengan dia ok ke tak, yang awak berdua ni sibuk nak mintak lesen dengan IC. Lepas tu, tak bagi aku parking elok-elok kete plak tu, takut aku lari dari tempat kejadian.

Aku keja depan tu je kot. Lima langkah je dari tempat kejadian. Aku nak lari pun, time tu je. Sok lusa, aku kena mai keja jugak kat situ. Takkan bagi notis 24jam semata-mata tercium kete. Budus betul....

Dah siap aku parking kete, dok sibuk-sibuk lagi mintak IC ngan lesen, siap eskot masuk dalam branch. Takut aku lari. Pergh, aku buat salah apa yang dasat sangat ni..

Dah bagi IC+lesen, bole plak surat saman diorang letak kat viper. Yang IC+lesen, pandai plak bagi balik. Aku dah knpius. Aku pun tanya cik polis tu dan banyak benda yang aku tak puas ati.

Cik, saya nak tanya, yang keluarkan saman tu, anggota atau orang biasa (sebab dia tak pakai baju seragam)..

Dia anggota. Apa-apahal bole pegi balai. (Amboi, dasatnya. Aku tanya camtu pun kena pergi balai ke)

Cik, nape cik tak bagi terus saman tu kat saya. Nape letak kat viper kete. Padahal bole bagi masa bagi balik IC dengan lesen.

Cik tolong amik sendiri. (amboi, cantiknya bahasa awak cik polis)

Jadi, sebab tak puas ati, aku pegi tanya kat anggota yang berbaju biasa tu.

Encik, kalau tak keberatan, bole saya mintak nombor anggota encik..... (tak sempat nk abis ayat)

No saya 9*****, Lans Koperal XYZABC. Kenapa, nak report kat balai ke? Atau nak bawak kes pegi court? (apa kejadahnya depa ni.... baru tanya no anggota, dah over sampai court bagai.. budus ke?)

saya tanya je, bukan nak pegi court...... bla,bla,bla... Aku pun mula tanya macam-macam...
.
.
.
(dh malas nk ingat sebab tah apa-apa punya self defense)
.
.
(dh keluar segala akta-akta yang aku tak pernah dengaq)
.
.
.
(dan akhirnya)
mengikut akta bla-bla-bla (sori, aku tak hafal), saman yang ditulis atas kesalahan jalan raya, kita bagi sendiri dengan pemandu. untuk akta bla-bla-bla, saman parking pulak, kita letak kat viper.
.
.
.
saya minta maaf bagi pihak berkaitan sebab buat macam tu dengan cik.... bla-bla-bla....
.
.

Polis memang samseng camni ke? Tak reti nak berbudi bahasa dah? Ataupun tu memang stail diorg bercakap kot?

tapi kepada cik polis tu, awak memang berlagak betul la... elok awak pi training balik untuk bercakap dengan orang awam elok-elok. Dan awak ingat saya heran sangat awak tu polis ke, bila awak cakap "bole trus pegi balai"... Awak mati nanti pun, kita share sama tanah jugak.....!


Geram sungguh dengan manusia yang takda budi bahasa ni. Harap muka je cun dan pakai tudung. Budus!

Monday, March 14, 2011

dalam bercinta

Jika kamu memancing ikan . . .
setelah ikan itu terlekat di mata kail . . .
hendaklah kamu mengambil ikan itu. . .
jangan sesekali kamu LEPASKAN semula kedalam air begitu sahaja . . .
kerana ia akan SAKIT kerana bisanya . . .
ketajaman mata kail kamu & ia mungkin akan MENDERITA selagi ia masih hidup . . .

Begitulah juga . . .

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang . . .
setelah dia mula MENYAYANGI kamu . . .
hendaklah kamu MENJAGA hatinya . . .
janganlah sesekali kamu terus MENINGGALAKNYA begitu sahaja . . .
kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu . . .
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingatimu . . .

___________________________________________________________________

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada . . .
jangan terlalu berharap pada takungannya dan menggangap ia begitu teguh. . .
cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja. . .
kerana apabila ia mula retak. . .
tidak sukar untuk menampal dan memperbaikinya semula. . .
dan bukannya terus dibuang begitu sahaja. . .

begitulah juga. . .

Jika kamu sedang memiliki seseorang. . .
TERIMALAH dia seadanya. . .
janganlah kamu terlalu mengaguminya dan menggangapkan dia begitu istimewa. . .
anggaplah dia manusia biasa. . .
kerana apabila dia melakukan KESILAPAN. . .
tidaklah sukar untuk MEMAAFKAN dan MEMBOLEHKAN
hubungan kamu akan TERUS ke akhir hayat
dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN
dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewadengan sikapnya. . .
lalu semuanya akan TERHENTI begitu sahaja. . .

_________________________________________________________________

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi. . .
yang kamu pasti baik untuk diri kamu. . .
yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT. . .
mengapa kamu perlu berlengah lagi?
cuba mencari makanan yang lain? . .
kerana terlalu ingin mengejar kelazatan. . .
kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu tidak boleh menikmatinya lagi. . .
kamu akan menyesal. . .

Begitulah juga. . . .

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN. . .
yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu. . .
MEYAYANGIMU. . .MENGASIHIMU. . . dan MENCINTAIMU. . .
mengapa kamu berlengah lagi?
cuba membandingkannya dengan yang lain. . .
terlalu mengejar KESEMPURNAAN. . .

kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. . . kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi. . .

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejarkan KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN. Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI InsyaAllah kita akan BAHAGIA, BAHAGIA, dan terus BAHAGIA. . itu lebih BERMAKNA!

sumber dari blog, SinarMawaddah

Sunday, March 13, 2011

Sejak-sejak balik dok kat kampung, kerja kat kampung, gaya hidup aku dah berbeza berbanding masa dok kat KL dulu. (dulu tu macam lama sangat la kan).

Kalau dulu setiap sabtu ahad, aku berdating dengan Fence, pi karok ke, tengok wayang ke, window shopping dekat Mid Valley ataupun sekurang-kurangnya layan makan aiskrim kat McD. Tapi sekarang, aku boleh layan duduk umah sepanjang ari setiap kali hari minggu. Klau klua pun, setakat kluar pegi pekan, beli barang dapur.

Fuhh, dasat plak perubahan yang dah jadi ni.

Bukan tak ada shopping mall, ada... Boling, karok, wayang, semua ada... Tapi excitement nak buat semua tu, pulak yang takda. Paling-paling nak pi shopping mall tu pun, sebab nak makan sushi je. Hehe..

Tapi mesti korang rasa aku dapat berjimat kan, sbb tak banyak klua duit. Cuma bila dah teknologi di ujung jari ni, benda yang aku tak buat secara fizikal dah buat secara zahir... (betul ke istilah ni) sebab shopping tetap berjalan sama macam kat KL jugak, layan game virtual pun, layan download movie...

Jadi apa kebaikannya?

Aku rasa badan makin malas, bontot makin besar tu ada la....





Kehkehkehkeh!

Thursday, March 10, 2011

Dulu aku tercari-cari lagu, untuk ekspresi apa yang aku rasa masa tu. Tapi sekarang dah terlambat, lagu lain plak aku kena cari untuk ekspresi perasaan aku sekarang. Cuma rasa macam If I Could Turn Back Time, aku nak bagitau apa yang aku rasa masa tu, so that dia bole realise dan buat apa yang patut..

Waliband: Puaskah

Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah hoo.. Sayangku

Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakanku
Setelah kau dapatkanku

Reff:
Mungkin hanya bila ku mati
Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai

Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tega khianatiku

Back to Reff


Cuma sekarang, aku rasa kawan-kawan dia plak pikir, aku yang patut terima lagu ni...

Odeng!!!