small advertisement

Saturday, February 19, 2011

Sebelum arwah meninggalkan kami, berat tok masih lagi dalam 56kg. Tapi selepas arwah pergi, sikit-sikit berat tok menurun. Mula-mula sebab masalah kencing manis tu. Mula nak pantang, takmau makan sangat. Takut kencing manis menyerang lagi. Masa tu dah pun kat rumah pakcik aku.

Bila dah ada kat umah pakcik, nasi dah kurang makan. Rasanya sebab takda sapa yang pantau berapa banyak yang tok makan. Masa tu aku ada hal lain, tak dapat nak stay kat umah pakcik. Lepas beberapa ari, tok kena darah tinggi plak. Lansung lagi takde selera nak makan. Dok pikir-pikir pasal hal penyakit tok tu..

Bila dah balik duduk kat kampung, selera tak ok jugak lagi. Nasi makan separuh pinggan, biskut pun kurang makan. Aku mula risau, takut berat makin kurang lagi. Taknak tok makin kurus. Aku taknak orang kata, cucu tak pandai jaga tok sampai jadi kurus macam tu.

Ahad lepas, ada bawak tok pegi klinik, check darah tinggi, masa yang sama jugak, tok kena batuk. Lansung pegawai perubatan tu check sekali dan bagi ubat.

Arini, sngelera makan dah ok. Pagi-pagi bangun dah komplen lapar. Makan roti goreng telur berkeping-keping. Tengahari makan nasi pun dah abis sepinggan.

Sronoknya ati bila tengok orang yang kita sayang dan kasih tu, makan dengan banyak.

:)

No comments:

Post a Comment

Hello!