small advertisement

Sunday, January 30, 2011

Welcome 2011, and Bubye 2010.

Walaupun dah genap sebulan aku di tahun 2011, tapi seperti baru semalam aku lalui segala kenangan di tahun 2010. Let me share some of the events di tahun 2010.


Januari 2010, aku dengan Fence dan rombongan makcik-makcik pegi jalan-jalan di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Pengalaman kat sini, pergh.....Memang orang selalu kata, pengalaman tak bole dibeli dengan wang ringgit. Kena hadapi sendiri. Kalau KL terkenal dengan kesesakan lalu lintas kereta. Kat Ho Chi Minh plak, terkenal dengan kesesakan lalu lintas motorsikal. Makanan pun sedap-sedap. Mudah nak cari makanan halal. Tak perlu risau. Pasal shopping plak, aku prefer sini berbanding Bandung atau Jakarta. Aku teringin nak pergi lagi tempat tu untuk enjoy shopping. Hohoho!

Februari 2010, sempena dapat bonus, merasala pakai handphone baru dengan merasa ada hairstyle baru. Haha. Tapi handphone tu dah pun dijual sebab kesempitan wang punya pasal. At least, bole berfungsi sebagai aset sementara berbanding hairstyle baru. Miahahahaa..

Mac 2010, trip dengan geng-geng sekolah menengah dulu ke Bandung. Okla jugak pegi Bandung ni, untuk tambah pengalaman ke tempat orang. Tapi aku tak berapa minat nak ke sana untuk kali kedua.

April 2010, aku punya la dok berangan nak pegi ke India masa ni. Tapi hampeh, tak jadi. Kalau tak, bole jugak tengok sistem perpaipan kat sana. Aku selalu dengar kat sana selalu ada masalah perpaipan. Heee.. Ye, aku memang pelik.

Mei 2010, reunion dak-dak sekolah teknik untuk kali kedua lepas pegi ke Taman Negara, November 2009. Pengalaman pertama aku ke pulau, merasa menghitamkan kulit lepas mandi air laut, snorkeling yg tak snorkeling sangat, dating dengan Fence bawah kelipan bintang... ahahahaa. (Dating ngan fence lagi, takde orang lain ke?)

Jun 2010, merasa dapat close satu akaun hutang. Hutang apa la agaknya kan. Hutang along ke, hutang angah ke.... aku berjaya close akaun kredit kad. Fuh, lega wey. Kalau tak, dibebani dengan masalah kredit kad tu...

September 2010, yerp... Hope past be past, hope present be the future. Kita cuma merancang, Allah yang tentukan segalanya....

Oktober 2010, tekad dan merealisasikan impian! hahaaa. Impian untuk berenti keja dari dunia oil& gas yang digembar gembur bole menjamin masa depan. Eceh. Takdela, bukan berenti keja sebab taknak dengan oil & gas dah, tapi dah bosan dengan janji manis bos cmpany tu. Tak larat dah nak bersabar. Dan sementara masih muda dalam mencari pengalaman kerja, elok aku cuba mencari rezeki di bidang lain plak. Ekekeee~

November 2010, saja suka-suka business secara kecil-kecilan. Jual baju, panties, alat tulis, brooch dll dengan setup Pretty Rain Collections. Income agak ok seiring dengan tenaga yang diberikan. Cuma apa yang aku paham dengan business ni, muka kena tebal seket dan usaha kena lebih kalau nak duit lebih. Takpe, usaha lagi!

Disember 2010, berita sedih. Insan yang paling aku sayang, tempat aku bermanja selama ni, telah kembali ke Rahmatullah. Semoga beliau berada di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Hmm. Dalam setahun tu, ada turun naik paras kegembiraan dan ksedihan. Maknanya tak semestinya kita akan selalu diberikan berita gembira, dan tak semestinya kita akan selalu diberikan berita sedih. Cuma bergantung kepada diri sendiri, untuk menerimanya dengan ati yang terbuka ataupun tertutup.

Sesungguhnya, Dia telah pun mengaturkan perkara-perkara yang terbaik untuk diri kita ini.


No comments:

Post a Comment

Hello!