small advertisement

Sunday, December 05, 2010

28 Zulhijjah 1431 - 4 Disember 2010 merubah hidupku

Dalam jam dua macam tu, wan pulang dari kenduri. Wan berikan goodie beg yang terisi dengan sedikit gula-gula dan kuih. Tak sempat nak bersembang lagi, wan mengadu yang wan rasa sakit dada. Aku endah tak endah sebab aku fikir, mungkin sakit dada yang singgah sekali sekala macam aku pernah alami. Cumanya, aku lupa. Wan dah berumur 73 tahun. Aku pula belum pun menjengah umur 25 tahun....

Wan dah ajak isteri wan, mintak isterinya urutkan badan, bagi hilang angin. Sebab wan rasa, sakit dada tu berpunca dari angin. Punca angin?? Ntah, aku pun tak tahu. Cuma aku syak, wan salah makan.

Keadaan wan tetap sama. Menggelisah dengan keadaan sakit dada tu. Sekejap di ruang tamu, sekejap di biliknya, sekejap di luar di tempat buaiannya. Maknanya memang wan betul-betul kurang sehat sampaikan wan mintak isterinya untuk kekal urut bagi nak keluar angin di dadanya tu. Tapi, tok, iaitu isteri wan, dah tentu takkan duduk diam bila suaminya dah pucat, badan sejuk yang tak rasa seperti orang tu..

Tok minta wan pegi berurut dengan orang yang pakar tentang urut bukan tok yang urut sebarangan tu. Aku yang masa tu dah mula risau, mula membantu tok untuk dail telefon untuk tanyakan orang yang pandai mengurut tu. Panggilan tak dijawab setelah beberapa kali percubaan.

Kemudian, tok cadangkan untuk jumpa dengan bomoh untuk ambil air ubat. Mana tau, mampu kurangkan sakit dada wan tu. Tapi ternyata salah, sakitnya tak berkurang lansung padahal masa tu dah jam 6.

Lansung, terus *berani pengsan* ke rumah orang yang pandai mengurut tu. Sebabnya memang dah bole nampak yang wan tu lansung tak senang duduk diam. Sepanjang perjalanan nak ke rumah orang yang pandai mengurut tu, tak pernah lansung tengok wan bole bertahan dengan keadaan duduk dia selama seminit.

Mungkin dalam tempoh seminit, berbagai-bagai posisi duduk yang wan cuba terapkan untuk mencari keselesaan. Dah pun sampai ke rumah orang yang pandai mengurut tu, tapi ada orang yang menunggu giliran. Jawabnya tunggu lagi setengah jam untuk ambil giliran untuk diurut. Masa tu dah pun jam 7.30 malam.

Bila dah diurut, orang tu kata memang angin. Dan angin tu degil, taknak keluar melalui punggung. Tersangkut kat perut. Dan masa tu boleh nampak yang perut wan dah pun nampak kembung. Orang yang mengurut, bagi cadangan untuk minum air suam panas, bagi memudahkan proses buang angin tu.

Bila dah sampai rumah, tengok keadaan wan seolah-olah makin baik. Wan tak lagi menggelisah macam siang tadi. Yang kena cari banyak port untuk cari keselesaan. Kali ni, wan kekal dengan satu-satu tempat untuk duduk dan cari keselesaan. Dan tika itu, wan dah pun mula hisap rokok. Aku anggap itu satu petanda satu tahap keselesaan bagi wan.

Cuma tok ada merungut, perut kosong. Lebih baik kalau dapat diisi dengan makanan daripada diisi dengan air suam panas tu. Wan pun makan roti untuk memenuhi kehendak tok. Yela, dah sakit, ikut apa saja cadangan yang diberikan. Jam tika itu jam 9 malam (lebih kurang).

Lepas wan makan, wan berehat seketika. Dalam jam 10 macam tu, dimana itu adalah masa tidur bagi wan, wan pun melangkah masuk ke dalam biliknya dengan membawa segala handphone nya, rokok dan lighter sebelum periksa keadaan pintu rumah yang dah dikunci atau belum.

Tok masih meneman aku di depan. Sambil sembang-sembang ringan. Cuma lepas tu, aku suruh tok tidur. Dan masa tu, tok pun pergi ke bilik sambil periksa keadaan wan. Masa tu jugak, nama aku dijerit untuk periksa keadaan wan jugak.

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Kerana masa tu, aku dah pun berada disisi wan ku yang tidak lagi bernyawa walaupun berkali aku panggil namanya. Mungkin tika itu, dalam jam 10.20 malam. Masa tu juga, aku rasa kelam, terasa berada di awan, tiada idea apa yang harus aku buat seterusnya.

Ntah macamana, ada pula perasaan di hati untuk capai handphone wan dan mendail nama-nama yang selalu disebut oleh wan ketika masih hidup. Masa tu jugak, aku cuba menjadi seorang yang tabah dan kental hadapi dugaan ini.

Dan aku berjaga sehingga sekarang untuk cuba menjadi tabah dan penyabar. Cumanya kerap kali aku berasa sebak dari apa yang aku harapkan. Aku sebak setiap kali nampak benda-benda atau topik yang menjadi kegemaran perbualan arwah.

Tika masa ini, aku cuba menahan dari air mata membasahi pipi dan baju. Sungguh sunyi rasa tanpa arwah. Sungguh sunyi tanpa gurauan dari arwah. Sungguh sunyi rasa tanpa teguran arwah.

Dan aku telah pun kehilangan seorang datuk yang aku anggap seperti ayahku sendiri tika ini. Seorang datuk yang takkan putus asa dengan cucunya walau apa alasan yang aku berikan. Seorang datuk yang tak pernah putus-putus beri kasih sayangnya walaupun dihimpit kesusahan. Seorang datuk yang cuba berikan layanan terbaik kepada cucunya walaupun tak logik di akal. Seorang datuk yang bole dibuat kawan terbaik dalam dunia.

Aku terkilan....

Aku terkilan sebab tak dapat berada bersama arwah tika menghembuskan nafas terakhir itu... Aku terkilan sebab tak luangkan masa dengan arwah akhir-akhir ini...

Ya-Allah, Ya Tuhanku, Kau letakkan la datuk ku di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Kau permudahkan segala urusannya di sana nanti. Dan Kau jagalah dia sepertimana dia pernah jagaku dengan penuh kasih sayang. Dan Kau sampaikanla ucapan sayang ku padanya. Kerana aku tak pernah sempat untuk ucapkan kata-kata sayang dan penghargaan ku padanya.
Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin..

Wan, meza sayang wan. Meza minta maaf untuk segala salah silap meza dengan wan. Meza tak pernah bersedia yang wan akan tinggalkan meza suatu hari nanti. Tapi meza akan terima cabaran ini, untuk memulakan hari ini tanpa wan. Meza akan cuba bertabah untuk jaga tok tanpa wan nanti.

Meza harap kita akan jumpa di syurga nanti.

Insya-Allah.......

2 comments:

  1. takziah meza.. insya allah dia akan ditempatkan dikalangan org yg soleh..

    ReplyDelete
  2. Banyakkan la berdoa n berigtifar. SOlat jgn tinggal. Moga Allahyarham tenang bersemadi di sana.

    ReplyDelete

Hello!