small advertisement

Saturday, November 06, 2010

Aku dah pun menjadi penggangur berjaya sejak sebulan yang lepas. Dengan masalah kesihatan aku yang kurang memuaskan masa tu, lansung aku bagi notis 24jam berenti keja. Hebat tak hebat, dengan tak ada back up keja lain.

Tapi aku gamble, aku bagi jugak notis 24jam tu bila pikirkan, tiada kepentingan untuk aku lagi kat situ. Bos aku pun takde nak counter offer bagi kenaikan gaji ke ape, cuma dia cuba umpan aku dengan tender yang bernilai jut-jut tahun depan. Ye, tahun depan tau. Belum tentu dapat. Dan kalau dapat, belum tentu dapat payment dalam tempoh 24jam. Kurang-kurang nak jugak dalam tempoh 5-6bulan. Fuh, takyah berangan la camtu.

Mula-mula aku tak sedap ati jugak bila aku tinggalkan keja macam tu je, sebab ada projek yang aku kena follow-up lagi. Jenis aku, siapkan keja sebelum nak pegi mana-mana. Puas ati tapi bila pikirkan takde toleransi bab kesihatan aku, dan bila tiba-tiba melibatkan hal personal aku, lantak kat company tu nak handle keja aku macamana.

I dont give a damn!

Untuk permulaan, enjoy sakan 'cuti' aku tuh. Lepas tu, pelan-pelan aku terjerumus dalam dunia perniagaan plak. Ye, sekarang ni, bole dikatakan aku buat bisnes secara full time sebelum dapat keja baru. Income seharian bole cover expenses seharian walaupun tak sebanyak yang aku dapat income sehari kat company sebelum ni. Cuma income dari bisnes ni lebih nyata dan bagi aku kepuasan. Dan 'office hour' aku lagi best. Bisnes dari pukul 12 sampai pukul 3 je. Kan best tu.

Nak bangun lambat pun bole. Nak foya-foya petang tu pun bole. Tak jadi hal. Tak payah kena marah dengan bos sebab bos tu sendiri wujud masa pukul 12 sampai pukul 3 je. Bos tu, customer aku la tu.

Nanti kalau aku rajin, aku buh gamba-gamba yang menjadi bahan niaga aku tu. Kot-kot ada yang berkenan nak beli dengan aku ke. Ngeh-ngeh-ngeh.. (Promote dalam diam rupanya)

5 comments:

  1. Heheheee....
    there u go babe...

    miss u much laa..

    nway.. jom g sm2 wahie nikah krismas ni kt cherating nk?

    ReplyDelete
  2. uit.. benti keje ke? nape..

    ReplyDelete
  3. wah ami, krismas nnti ye? nnti meza cnfirm balik dgn ami. utk masa skrg, cm bminat.

    nat, aku dh fed up dgn pcik sorg tu. huhuu. lebih baik aku brenti keje dr nk tnggung dosa kutuk dia ari-ari. miahahaa

    ReplyDelete
  4. Salam meza.

    Semoga sihat dan berolah kebaikan...

    ReplyDelete
  5. hope u will join me too!!
    plizzzzz!!!

    ReplyDelete

Hello!