small advertisement

Sunday, November 28, 2010

rahsia itu

Dulu berahsia, semahu-mahunya taknak mengaku akan rahsia itu bila masa rahsia itu terdedah. Dan bila rahsia itu masih selamat tanpa diketahui oleh orang ramai, seboleh-bolehnya mendiamkan diri dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

Tapi sekarang.....

Rahsia itu bukan rahsia yang sama.
Telah bertukar isi.
Kali ni, rahsia tidak lagi dirahsiakan, malah didedahkan secara umum.

Rahsia bukan lagi rahsia.

:)

Saturday, November 20, 2010

PrettyRain Collections

Dengan ini aku nak memperkenalkan gerai niaga aku kat korang semua. Ceh, gerai niaga konon. Yelah, sesuai la kan aku pun baru nak mula berniaga, niaga pun secara kecil-kecilan lagi... Tak cukup modal nak niaga sampai ke tahap pasaraya lagi kan.. hehehe.

Aku niaga secara bergerak sebab tu tak letak alamat. Kang aku letak alamat rumah nanti, ramai plak yang serbu rumah aku tu nanti. (eceh, macam la ramai sangat peminat baju-baju aku tuh kan). Nanti kalau ada masa lapang tambah-tambah lagi kalau terajin, mai la singgah kat blog lagi satu tu ye.

www.PrettyRain24.blogspot.com

Kot-kot ada yang berkenan ke, atau teringin nak tolong jadi sub untuk aku, meh contact aku. Kita runding-runding. Aku bole kasi komisen baik punya! Sungguh! Al-maklumla ni dalam proses untuk melebarkan sayapla ni. Hehe.

Nway, terima kasih untuk sesiapa yang bagi sokongan kat aku dalam memulakan perniagaan ini. Love you all!


Saturday, November 06, 2010

Aku dah pun menjadi penggangur berjaya sejak sebulan yang lepas. Dengan masalah kesihatan aku yang kurang memuaskan masa tu, lansung aku bagi notis 24jam berenti keja. Hebat tak hebat, dengan tak ada back up keja lain.

Tapi aku gamble, aku bagi jugak notis 24jam tu bila pikirkan, tiada kepentingan untuk aku lagi kat situ. Bos aku pun takde nak counter offer bagi kenaikan gaji ke ape, cuma dia cuba umpan aku dengan tender yang bernilai jut-jut tahun depan. Ye, tahun depan tau. Belum tentu dapat. Dan kalau dapat, belum tentu dapat payment dalam tempoh 24jam. Kurang-kurang nak jugak dalam tempoh 5-6bulan. Fuh, takyah berangan la camtu.

Mula-mula aku tak sedap ati jugak bila aku tinggalkan keja macam tu je, sebab ada projek yang aku kena follow-up lagi. Jenis aku, siapkan keja sebelum nak pegi mana-mana. Puas ati tapi bila pikirkan takde toleransi bab kesihatan aku, dan bila tiba-tiba melibatkan hal personal aku, lantak kat company tu nak handle keja aku macamana.

I dont give a damn!

Untuk permulaan, enjoy sakan 'cuti' aku tuh. Lepas tu, pelan-pelan aku terjerumus dalam dunia perniagaan plak. Ye, sekarang ni, bole dikatakan aku buat bisnes secara full time sebelum dapat keja baru. Income seharian bole cover expenses seharian walaupun tak sebanyak yang aku dapat income sehari kat company sebelum ni. Cuma income dari bisnes ni lebih nyata dan bagi aku kepuasan. Dan 'office hour' aku lagi best. Bisnes dari pukul 12 sampai pukul 3 je. Kan best tu.

Nak bangun lambat pun bole. Nak foya-foya petang tu pun bole. Tak jadi hal. Tak payah kena marah dengan bos sebab bos tu sendiri wujud masa pukul 12 sampai pukul 3 je. Bos tu, customer aku la tu.

Nanti kalau aku rajin, aku buh gamba-gamba yang menjadi bahan niaga aku tu. Kot-kot ada yang berkenan nak beli dengan aku ke. Ngeh-ngeh-ngeh.. (Promote dalam diam rupanya)