small advertisement

Wednesday, September 22, 2010

Seperti tahun-tahun sebelum ni, setiap kali raya idulfitri menyinggah, kita akan ucap kata selamat dan maaf sesama umat. Kita harapkan hal-hal serius yang terjadi sebelum ni, dilupakan tika ucap maaf tu. Mudah dan bermakna. Syukur ada waktu-waktu macam ni. Kalau tak, nak tunggu sampai bila baru nak tego, baru nak ziarah, baru nak ucap maaf, kan.

Better late than never.

Dan masa hari raya macam ni, ramai yang ambil kesempatan untuk melawat sanak saudara yang bertahun-tahun terputus hubungan. Ada jugak yang ambil kesempatan untuk lawat bakal keluarga. Ala, yang konon-konon kenalkan kawan yang lebih dari kawan tu. Eceh, pura-pura tak tahu pula. Lepas tu ada yang ambil kesempatan ni untuk melawat cikgu yang pernah menjadi tempat sandaran untuk menimba ilmu.

Better late than never.

Bab makanan plak, waktu hari raya macam ni yang dapat merasa ketupat, rendang, lemang. Masa-masa lain tu ada jugak, bukan tak ada hidang lemang tapi tak sesedap masa raya ni. Pendek kata, apa je yang dihidang masa raya ni, memang sedap belaka.

Tapi apa cerita baru nak buat entri raya selepas dua minggu raya ni?

Raya pun dah tk into dah ni.....



Takpela, takpela.
..
.
Better late than never.


Selamat Hari Raya Semua!

No comments:

Post a Comment

Hello!