small advertisement

Tuesday, June 01, 2010

selepas 13 tahun berpisah


Kiri: Arfah, Aini, Fadirul, Ami, Farisya, Syarima, Fatimah
Selepas tiga belas tahun terpisah, akhirnya bertemu di kenuri Farisya.

Agak mengejutkan bila aku dapat jemputan ke kenuri Farisya sebulan yang lepas. Sebab masa aku kenal dulu, Farisya seorang yang ala-ala ganas sikit. Series ganas. Dia dulu pengawas, tinggi (masa tu aku pendek je), berbadan besar (selalu wakil sekolah untuk bola jaring dengan bola baling), selalu buli orang. Takut wey. Tapi aku antara kawan-kawan yang selalu lepak rehat sama dengan dia. Masa tu rasa macam konco-konco Farisya. hahaa. Kat sekolah rendah dulu, aku jarang makan berat sebab takut sakit perut dan malas nak bersesak-sesak beratur. Jadi, kami ni selalu beli keropok leko, lepak rehat sama kat gazebo tepi kelas. Hehee.

Kembali ke topik jemputan, takkan semua orang yang ganas-ganas ni, orang tak suka kan. Mestila ada bahagian Farisya yang lemah lembut ke ataupun yang suami dia ni bole berkenan kan. Kalau tak, takdela dia kawen dulu dari aku. Hahaa. Tapi masih, waktu aku kat kenuri Farisya, memang dia tak berubah dari zaman aku kenal dia 13 tahun yang lepas. Masih Farisya yang sama. "Gelong" sungguh pengantin tu aritu.

Kat kenuri Farisya tu jugak, sesi small reunion dengan kawan-kawan yang lain. Dan kalau si pengantin tu tak kenal atau lupa salah sorang kami, kami sakat dengan istilah,

"Hang dulu selalu buli dia. Takkan tak ingat?"

Tengok, betapa ganas nya Farisya ni dulu, sampai istilah buli yang digunakan. Bukannya nak cakap, si polan-polan ni dulu comel ke, cantik ke, tapi Farisya jugak yang kena. Hehee.

Sebenarnya, kebanyakkan kawan-kawan sekolah dulu ni, tinggal dan keja di sekitar KL dan Shah Alam jugak. Tapi kat kampung jugak yang jadi tempat bertemu. Yelah, kalau kat KL ni, ada yang keja tak ikut jadual, ada yang punya masalah transport kan.

Tapi, percaya tak kalau aku cakap, muka-muka kami tak banyak berubah dengan 13 tahun lepas? Cuma berubah ketinggian je. Heheee..



meza:............ nanti aku try cari gamba di zaman sekolah rendah.

2 comments:

  1. gile lama tak jumpa..
    ok, buat perbandingan gmaabr dulu skearnag k..
    nak tgk gak..
    haha~

    ReplyDelete
  2. haha. bole-bole.
    tapi kena mulakan mission mencari gambar oldskool dulu.
    eheks

    ReplyDelete

Hello!