small advertisement

Thursday, June 17, 2010

judi

Bagi Islam, judi itu haram. Mana-mana agama pun kalau ikutkan, hukumnya haram. Tapi macam si ai en aa, diorang tak peduli. Macam arak tu la, diorang mana bole minum, Tapi minum jugak. So, kalau judi, diorang judi je. Dan ada segelintir orang Islam pun judi jugak. Tapi pandai, dalam diam-diam pi berjudi.

Bulan ni, bulan WorldCup, banyakla aktiviti bet sana, bet sini, team mana bole menang, team mana kalah nanti, team mana yang bole pi masuk semi final. Macam-macam selok-belok atau angle dok bagi bole bet. Serius, macam-macam cara.

Yang aku mushkil tu, kalau menang pun, bukannya duit tu bole buat belanja pun. Nama pun duit judi kan. Tak kisah ke kalau duit judi buat belanja makan bukan takat diri sendri tapi untuk bini dan anak-anak. Tapi aku pernah tanya sorang kawan aku ni, apa dia nak buat dengan duit judi tu kalau menang.

Dia bole kata, "bayar duit utang kat kawan-kawan la, nak buat belanja sendiri, tak bole."

Hohoo. Aci ke camtu.

Tepuk dada tanya iman.

Ke iman pun tak cukup kat dada tu?




meza:.... susah kalau nak dapat duit yang betul-betul halal sekarang ni

2 comments:

  1. lesen judi pun dah lulus..
    makin kencang la beb..

    ReplyDelete
  2. bila lesen judi dh lulus, apa lagi nk jd lpas ni?

    ReplyDelete

Hello!