small advertisement

Tuesday, June 22, 2010

bahana senaman

Aritu dok pasang azam dan angan-angan nak bersenam setiap kali Sabtu dan Ahad pagi. Maka, Sabtu lepas, pagi-pagi aku dah start bersenam. Mula-mula warm up badan dulu. Stretch sana sini. Lepas tu mula buat senaman yang sederhana berat. Dan seterusnya, mula berjogging. Semua senaman tu tak lama. Sejam je.

Tapi tengahari tu, aku dah mula rasa sakit-sakit kaki. Jalan pun dah tak stabil. Malam sabtu tu, dah start letak minyak angin, urut-urutkan sikit, dengan harapan esok tu, kaki tak sakit lagi.

Esok pagi, bangun-bangun dari tido tu, elok je nak jejak lantai, dah terhuyung-hayang. Rasa kaki still sakit dan tak kuat macam selalu. Jalan pun terjengket-jengket. Terasa lambat nak pergi dari satu destinasi ke satu destinasi. Tapi kaki tak terasa sakit, bila tengah duduk, baring, bersila. Rasa sakit bila nak berjalan je, dan extra sakit bila nak turun tangga. Petang dan malam tu, urut lebih sket. Yelah, Isnin kan kena kerja.

Pagi Isnin, try test jalan kat dalam umah. Kaki belum ok lagi. Woohoo! Dah terus, rasa taknak gi keja. Cepat-cepat SMS encik bos dan orang yang berkaitan, tentang kepontengan ke tempat kerja. hehe. Petang ke klinik, untuk amik MC. Taknak la cuti dipotong sebab memang betul-betul sakit kan. Lansung bila dah check dengan puan doktor, puan doktor cakap, lambat lagi nak baik 'penyakit' ni. Erkkk.

Sampai sekarang kaki tak ok lagi, jalan terjengket-jengket. So, jangan pelik ye kalau terserempak aku kat tengah jalan dan nampak macam aku ni macam patah kaki. Itu sesungguhnya, bahana buat senaman yang keterlaluan! Wohooo!





meza:..... dah 4 hari bercuti. malasnya nak gi keja sok. :P

No comments:

Post a Comment

Hello!