small advertisement

Tuesday, June 08, 2010

antara menu terbaik di kampungku!

Masa cuti wesak aritu, aku balik kampung kat Perak. Dalam tempoh yang tak seberapa lama tu, sempatla aku melantak menu terbaik kat umah tok aku tuh. Walaupun bukan semua tu tok buat, meaning ada yang beli, tapi tok pastikan menu kegemaran cucu yang sorang ni disediakan. Hehee


Satay: kat mana-mana pun ada tapi setiap tempat tu, rasa satay tu berbeza kan. bagi aku, yang ni dia punya keistimewaan dia, sebab letak sambal dalam kuah kacang tu


Apam lenggang: Sedap dimakan bila-bila masa. breakfast ke, lunch ke, minum petang ke, supper ke. kat kl ni, macam payah sket nak cari


Putu Mayam: Walaupun setakat cicah dengan gula perang, tapi sedap woo. tak bole celen yang ada kat kl ni. tapi kalau dapat cicah dengan sambal, lagi best!


Ta Foo Fa (cmni ke ejaan?): perfect! lembut, terasa soya, air gula pun tak manis sangat!


Mee Udang: Fuhh, terbaik. Air udang, air daging, kacang, cili semua terasa dalam mee udang ni. Dan dibuat special untuk aku je...erk, bole bikin meleleh ayaq liuq masa taip ni pun.


Macamana aku tak gemuk kalau balik kampung walaupun sehari dua. Dan macamana aku tak rindu kat tok...... :( Pergh, terbayang-bayang keenakan kuah mee udang tok tu. Terasa kacang dengan cabai yang dikisar halus tu. Terasa kemanisan air udang. <----- erk, bape kali mau ulang daaa~


meza:.... awak, tak pernah rasa lagi kan mee udang tok tu. confirm termimpi-mimpi. sebab tu, tak bole bagi awak rasa sekarang. hehehee

No comments:

Post a Comment

Hello!